Dec 30, 2010

LUAHAN HATI AKU SEPANJANG 2010


Tak tahu nak mulakan dari mane untuk simpulkan kehidupan aku sepanjang 2010.. Suka , duka , ketawa , gembira , menangis duka dan geram.. Macam-macam yang berlaku sebenarnya.. Our life is full of colors .. dull, brilliant, calm, happy, angry, sepanjang tahun nie..Tinggal sehari saja lagi tahun 2010 akan melabuh tirainya.. Tinggallah semuanya sebagai kenangan dan semoga lebaran 2011 akan memberi sinar baru kepada aku..

Tahun 2010 aku mulakan tanpa resolution.. Bukan sebab aku nie seorang yang tidak berazam atau tidak punya cita-cita untuk move forwards tapi aku cuma mahu muhasabah diri sepanjang tahun nie ..Aku nak cari di mane ruang yang perlu aku perbaiki dan apa yang perlu aku tingkatkan lagi sebagai usaha untuk menjadi lebih berjaya...Alhamdulillah sedikit sebanyak aku tahu kelemahan diri aku dan insyaallah di lebaran baru nie aku cuba perbaikinya..

Bagi aku tahun nie adalah tahun yang paling mencabar buat diri aku..Baik dari segi kerja mahupun dari segi rumahtangga.. Tapi dalam masa yang same aku tetap bersyukur dengan rezeki yang tidak pernah putus ini.. Bila aku lihat hasilnya sekarang rasa hilang semua penat lelah aku selama nie.. Alhamdulillah terima kasih ya allah..

Mungkin hari nie aku rasa aku dah berjaya dalam kerjaya aku , aku dah berjaya menjadi seorang isteri yang taat dan patuh pada suami dan aku dah berjaya menjadi seorang anak yang tak pernah lupa akan tanggungjawabnya kepada ibu bapa .. tapi malangnya aku masih gagal dan masih tidak berjaya untuk bergelar seorang ibu..

Sedih memang sedih tambah tertekan dengan suara2 luar yang sering mengajukan soalan kepada aku.. Memang agak berat untuk aku terima ujian nie tapi walau seberat mane sekali pun aku harus tabah dan yakin apa yang terjadi pasti ada hikmahnya..

Aku bersyukur ke hadrat illahi kerana aku terpilih untuk menerima ujian dariNya..Itu tandanya aku di beri lebih perhatian oleh yang maha Esa dan terima kasih juga ya allah kerana Engkau telah meminjamkan aku satu lagi nyawa walaupun ianya tidak sempat untuk melihat dunia nie namun aku tetap gembira kerana aku dapat merasai saat2 yang di nantikan oleh setiap wanita yang sudah berumahtangga...Insyaallah tahun 2011 aku akan lebih berhati2 dan berjaga2 supaya peristiwa lame tidak berulang buat kali ke 3....Doakan aku ye kawan2!!!

Sebelum menutupi tirai 2010 nie aku bersama en.hubby dengan rendah diri memohon maaf kepada semua pembaca dan pengunjung Sinar Raudah sekiranya sepanjang aku menulis entry di sini ada kata2 yang kurang menyenangkan hati u all atau ada yang tercuit sane sini aku mohon maaf.. Aku hanya sekadar manusia biasa yang tidak lepas dari melakukan kesilapan..

Dan satu hal lagi 2011 nie aku mungkin akan kurangkan aktiviti aku di Sinar Raudah kerana memandangkan aku baru dapat beberapa projek baru jadi aku harus memberi tumpuan kepada yang lebih penting tapi aku janji sekiranya ada kelapangan masa pasti aku akan update at least satu entry sehari pun jadilah kan hehehe(",) dan aku pasti akan singgah rumah korang walaupun tidak seperti selalu ..Ok la Selamat menyambut Tahun Baru semua , semoga tahun hadapan akan lebih bermakna dari tahun sebelum2nya , amin ...Love u all !!!



25 comments:

  1. ye amy...
    mcam2 dugaan kan tahun 2010 nih...
    semuanya memberikan kita pengajaran & pembelajaran buat kita semua...

    cik putih pun nak memohon maaf sekiranya terdapat salah & silap sepanjang kita berlayar dibahtera indah ni kan...

    semoga 2011 memberikan kita semua semangat baru...!!!

    ReplyDelete
  2. semua yang berlaku pasti ada hikmahnya. moga2 tahun 2011 nanti harapan nan satu tu akan termakbul :)

    ReplyDelete
  3. Batul tue dear semoga 2011 memberi semangat baru kepada kita semua...

    ReplyDelete
  4. Dugaan itulah yg mengajar kt lebih menginsafi diri. Membuat kt lebih tabah utk menghadapi cabaran akan datang. Smg dugaan yang kt lalui hr ni membuahkan hasil yg plg baik untuk ms hadapan my..terutama diakhirat esok.

    Akak lg berat dugaan...satu demi satu..tapi akak yakin ada hadiah diSANA nanti....

    Selamat tahun baru my..seronok berkenalan ngan amy...

    ReplyDelete
  5. selamat tahun baru Amy... semoga tahun 2011 lebih bersinar buat Amy sekeluarga

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum sahabatku..tersentuh baca entri awak hari ini..ingatlah..sesungguhnya Allah SWT tidak akan menguji hambanya jika hambanya tak mampu hadapi ujian itu..sesungguhnya ujian ini menandakan kita mampu hadapinya...apapun, semoga semua urusan sdri dipermudahkan oleh-Nya dan dirahmati Allah SWT

    ReplyDelete
  7. akak harap amy tabah hadapi semua dugaan dlm hidup ini .. setiap org x sama nasibnya .. kita kena redha dan belajar mengharunginya .. :)
    sama2 kita doa ye ..

    ReplyDelete
  8. luv u 2..hehehe

    semoga amy lebih bahagia, lebih dimurahkan rezeki pada 2011
    dan x lupa semoga Amy dikurniakan cahaya mata..
    kami sekuarga sentiasa doakan..

    cabaran dan dugaan 2010 lebih mematangkan kita ..

    tapi 2010 kita kenal..kenangan tuh, walaupun di alam maya, tapi saya ikhlas menjalinkan persahabatan maya dengan amy..
    insyallah, suatu hari nnti kita ler berjumpa..amin
    selamat tahun baru amy

    ReplyDelete
  9. samalah, ingat 2011 nak slow gak berblog nih

    ReplyDelete
  10. moge tahun baru lebih menggembirakan sis..yg penting kene senyum tau ..hehe :)

    ReplyDelete
  11. salam Amy

    sedey nya..sabar ye.Allah tidak akan menduga hambanya atas jika dia tahu ahambanya tak mampu menanggungnya.. Amy dan hubby mesti kuat ok!!

    ReplyDelete
  12. selamat menyambut tahun 2011
    semoga thun 2011 akan membawa byk sinar kebahagiaan utk kita semua..

    ReplyDelete
  13. salam

    kak semoga aka tabah, kita diuji untuk melihat dimana kedudukan kita :D

    ReplyDelete
  14. Orang yang bersabar adaah orang yang berani dan kuat.

    Semoga semakin tabah dan terus tabah. Terimakasih. Sama-sama memaafkan diri kita semua.

    ReplyDelete
  15. Insya Allah, semoga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan untuk mendapat cahayamata.. Mungkin Allah ingin Amy menjadi ibu yg kental hati & bersemangat waja, kerana itu diuji sedemikian.. Setiap ibu ada rentetan ranjau tersediri sebelum mampu menyandang gelaran ibu..

    ReplyDelete
  16. slm sist!bru dpt peluang nak BW!heee.happy new year!

    http://sachiasukaii.blogspot.com/2010/12/tahun-baru-bukan-senang-nak-senang.html

    ReplyDelete
  17. happy new year 2011..
    bye bye 2010.. :)

    ReplyDelete
  18. moga taun depan lebih bersinar dari taun ni..amin

    ReplyDelete
  19. selamat tahun baru amy..semoga tahun baru ni lebih baik dari tahun sebelumnya..

    jadikan kenangan lalu sebagai sejarah dan kenagan manis untuk di kenang:)

    ReplyDelete
  20. moga tahun baru ini akan memberi lebih sinar bahagia,,,,amiinn,

    ReplyDelete
  21. selamat tahun baru amy

    akak tag tuk join 1st GA akak ... check it out

    ReplyDelete
  22. Setiap yg hidup akan diuji oelhNya. Kesabaran yg lama pasti akan lebih manis di pengakhirannya.

    Doa kakak moga Amy lebih sukses dan beroleh apa yang menjadi impian sebelum ini yg belum kecapaian.

    ReplyDelete
  23. slmt tahun br amy..jgn lupa jenguk cik tom jgk ye...huhu..

    ReplyDelete
  24. betui tu amy...idup kita ni penuh dgn warna warni.....ada suka & duka....

    apa2 pon amy sm2 kita bdoa semoga dimurahkan rezki ye.....kita diberi ujian ini ada sbb2 dier...

    ReplyDelete

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign