Jan 27, 2011

Mencari jawapan


Lihat di sekeliling kita , mengapa di dalam dunia nie terdapat pelbagai jenis sifat dan keadaan manusia yang berbeza . Mengapa ada yang gembira dan ada juga yang sedih . Mengapa ada yang hidup dalam keadaan mewah dan ada juga yang hidup dalam keadaan miskin dan ada yang terpaksa menjadi peminta sedekah.Mengapa ada yang tinggal di rumah yang besar mewah dan ada juga yang tinggal di pondok buruk dan yang lebih teruk lagi bila ada yang tinggal di bawah jambatan. Mengapa ada yang berjaya dengan penuh keyakinan dan ada yang gagal dan terlalu merendah diri. Mengapa semua ini boleh berlaku? Sedangkan kita sebagai makhluk allah di bumi ini adalah sama dan tiada beza di antara satu sama lain...

Mungkin ada yang menganggap ini semua adalah takdir yang sememangnya di cipta oleh ALLAH pada setiap umatnya. Mungkin juga ada yang bertanggapan , manusia mempunyai nasib yang berbeza. Tapi aku mempunyai jawapan aku tersendiri , kerana setiap yang miskin tidak akan mustahil akan berjaya malah lebih berjaya daripada orang lain.Tidak semestinya orang yang pada mulanya mempunyai sifat merendah diri , pengecut akan terus menyimpan sifat itu sehingga mati.

Kita boleh lihat , ramai jutawan bermula dari kehidupan yang susah.Namun akhirnya mencipta nama sebagai jutawan dan seterusnya mempunyai empayar perniagaan sendiri.Mengapa? Apa yang membezakan di antara kita dan mereka *jutawan-jutawan yang lain*Jom sama-sama kita fikirkan jawapannya....



20 comments:

  1. sebab mereka pernah susah, dan mereka mungkin lebih berinspirasi untuk menyenangkan kehidupan mereka. tak nak keturunan mereka akan dtg merasai kesusahan yg mcm mereka pernah lalui
    wah bebel plak. hihi

    ReplyDelete
  2. jawapannya bergantung dengan usaha diri sendiri. kalau malas, camana nak kaya. camana nak hidup senang. lain la kalau dah ada harta pusaka yg x habis 7 keturunan..huhu

    ReplyDelete
  3. itulah.. kadang2 sedih mengenangkan mereka2 yg miskin..

    ReplyDelete
  4. x de beza kita ngan jutawan2 itu...
    yg penting kalau nak jadi seperti mereka, amalkan sikap hendak seribu daya....

    ReplyDelete
  5. Kerana tiap manusia itu dilahirkan berbeza-beza 'akad'nya bersama Allah. Ada yg dianugerah .. ada yg perlu mencari 'anugerah'.

    ReplyDelete
  6. bukan senang utk jadi senang kan?

    ReplyDelete
  7. Assalam..

    Ada antara kita telah berusaha dgn berbagai cara & kaedah tapi hidupnya masih tidak berubah tetapi ada yang hanya dengan satu 'sentuhan' dia menjadi kaya raya..mungkin ini dikatakan rezeki masing2 ada sikit & ada yg banyak..bersyukurlah dgn apa yg diperolehi setelah kita berusaha.

    ReplyDelete
  8. sebab itulah jgn hanya berfikir "kenapa"..berfikirlah "bagaimana"

    justeru kita pasti akan berusaha utk meningkatkan taraf hidup kita...

    hendak seribu daya dan jika tak hendak seribu malah sejuta dalih dan alasan..

    ReplyDelete
  9. xder jwpn utk tuh
    sbb dunia nih byk manusia bayak ragam

    ReplyDelete
  10. setelah berusaha segalanya juga adalah qada' dan qadar Allah. Ingat bahawa Allah maha adil dan saksama, pengasih dan penyayang....

    ReplyDelete
  11. Salam

    Kak amy.. ermmm, kerana sifat berkata susah tu bleh membertikan rfrct kepada kita ke?

    ReplyDelete
  12. abis tue.... apa pun just simple jerrrr

    ReplyDelete
  13. sebab dorang rajin..nekad, berani dan berusaha gigih utk lari dari kemiskinan..

    MDT pandai cakap jer..sob..sob..

    ReplyDelete
  14. hidup perlu bercita-cita dan perlu ada usaha.. live well with funs and obstacles onward^^

    ReplyDelete
  15. firman Allah untuk kita menuntut ilmu waima sampai ke China...

    amalkanlah ilmu yang baik... cuba melihat kepada kelebihan diri sesekali kita akan lebih mensyukuri..

    ReplyDelete
  16. selagi ade kesungguhan, slagi tu ade kejayaan..yg penting jgn mudah putus asa, tu misi org yg ingin kan kejyaan..

    ReplyDelete
  17. orang yang berjaya ni sebab mereke pernah susah, sebab tu mereka berusaha.. pernah bace pasal tan sri syed al bukhari.. its interesting..

    anyway, nak mintak tolong vote kan untuk akak untuk Friso Contest

    Ok.. ini instruction dia..

    1. Go to http://apps.facebook.com/flaunt-it/
    2. Click ALLOW
    3. Click VOTE NOW
    4. Go to FLAUNT YOUR MOMENT
    5. go to

    http://apps.facebook.com/flaunt-it/moment_view.php?

    id=10195&menu=gallery
    6. Click VOTE..

    or kalau nak tengok gambar sekali. boleh tengok dekat

    http://malaysiagiveaway.blogspot.com/2011/01/i-appreciate-your-vote-for-friso.html

    Kalau if you dont mind, boleh vote every 24 hours..

    Once again.. Thanks yer
    Kak Mira
    www.emmira.blogspot.com

    ReplyDelete

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign