Feb 23, 2011

Usaha ke arah pelaburan masa


Betul ke orang berjaya akan mencari jalan untuk berjaya. Manakala orang yang gagal pula akan berusaha untuk mencari alasan! Bagi aku la kan kalau hendak seribu daya tapi kalau tak hendak tue yang bagi seribu alasan..

Kalau kita berhadapan sesuatu situasi , cara setiap orang mengatasinya pasti berbeza. Tahap kesabaran setiap orang juga tidak sama. Adakah orang orang yang berjaya memiliki 'sesuatu yang istimewa' yang tidak di miliki oleh orang orang biasa? Tapi kalau nak fikirkan dalaman mereka sama je macam orang biasa.

Mereka juga bernafas udara yang sama , punya rasa letih , punya rasa jemu tapi yang membezakan orang biasa dengan mereka yang berjaya nie ialah keazaman mereka yang tinggi dan juga kepercayaan mereka terhadap apa yang mereka perjuangkan. Mereka sanggup keluarkan duit untuk bayar apa apa harga yang perlu di bayar. Beri masa.

Masa adalah satu benda yang mahal. Sesetengah kita tak sanggup beri masa. Ada yang nak kaya sekelip mata jadi itulah ramai yang beli loteri dan sebagainya.Tapi ramai juga yang nak jadi begitu , nak kaya cepat , yang untung pastinya tauke loteri tue! Ambil sebagai contoh mudah , nak faham sesuatu kena dalami dan kena beri masa. Berapa banyak masa yang kita sanggup beri untuk pelaburan kepada diri dengan membaca? Jadi fikirkanlah....


Note : Mencari 4 orang follower lagi untuk menjadikan nombor yang di tunggu2 1234... So sekiranya anda di giliran follower 1234 pls print screenkan untuk amy ye! nanti amy akan buatkan entri khas untuk anda..Thanks!!!




20 comments:

  1. betul amy...
    jika ada masalah kene selesaikan bukan cari alasan..

    think how
    not why..

    ReplyDelete
  2. :)

    semua bergantung pada diri sendiri..

    ReplyDelete
  3. otak manusia ni -+ lebih kurang sama je besarnya cuma cara penggunaannya yg membezakan...guna secara optimum pasti membuahkan hasil...yang penting usaha...

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum..

    entry awak la ni dh byk berubah..dah ke arah motivasi..bagus tue...

    ReplyDelete
  5. setuju bab masa itu mahal. ada yang membandingkan dgn masa seperti emas. walhal bagi saya tiada ukuran untuk masa (pendapat peribadi jer). sebab emas boleh di beli, masa yang berlalu tak boleh di ganti balik. masa esok belum tahu apa akan jadi. itulah harga masa

    ReplyDelete
  6. yg penting kena usaha dulu..gagal atau berjaya no 2..tul tak kak..ehe..

    ReplyDelete
  7. semoga kita bijak menggunakan masa yang ada..

    ReplyDelete
  8. pada saya hati / nawaitu yg penting.. kalau sekdar mahu yg tu je, jgn harap la.. betol tu kak amy. nak seribu daya tak mahu seribu pujukkan pon xdenya..

    ReplyDelete
  9. Selamat tengahari amy

    alhamdullillah.sesekali blogging, semakin bertambah ilmu...dan rasanya semakin keldil diri ini


    hanya yang manfaat sebaiknya masa, yang memahami..

    ReplyDelete
  10. kita hanya merancang .
    tp yg btol, mrcang dan berusaha
    kan?

    ReplyDelete
  11. yang penting usaha... baru ada hasilnya... klu malas berusaha mmg takdelah hasilnya...

    ReplyDelete
  12. huuuh setuju .. tapi bila ada masalah akaks elalu buntu :(

    ReplyDelete
  13. setuju ngan amy..bkn tmbah lagi mslah tu..kene cari jln selesaikan..

    amy..ade tag utk kamu..free2 nnti join ye..

    http://shiemacma.blogspot.com/2011/02/edit-photo-contest.html

    ReplyDelete
  14. kalau dah terlepas satu saat yg berharga mmg tak boleh patah balik kan... so...hargailah masa yg ada~

    ReplyDelete
  15. kdg2 tu susah payah cari alasan.. itu dah tunjukkan tanda2 org yg tak mahu berjaya kan..

    ReplyDelete
  16. berusaha tangga kejayaan...

    kalau menang loteri...pkai duit loteri.perhhh...api neraka sdg mengusha...huhuhu

    ReplyDelete
  17. pernah dengar pepatah nie?
    Org yg berjiwa besar akan melihat, setiap kesempitan ada kesempatan.
    Orang yg berjiwa kecil, melihat setiap kesempatan ada kesempitan...

    ReplyDelete
  18. gagal tak semestinya kalah...
    kdg2 yg dah kalah tu laa selalu down & hilang punce...

    ReplyDelete

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign