Mar 15, 2011

Happy before success


Gembirakan dia, ukirkan senyuman di wajahnya.

Salam ceria buat semua,

Adakah kegembiraan datang selepas kita berjaya?

Jawapan bagi persoalan tersebut terpulang kepada individu itu sendiri dalam mentafsirnya. Namun, aku teringat kata-kata seorang sahabat aku yang menegaskan bahawa kita perlu gembira sebelum berjaya.

Jika kita tidak gembira sepanjang perjalanan kita menuju kejayaan, pasti kita akan lebih tertekan. Kita akan terasa lebih jauh perjalanan kejayaan kita. Kita bertambah stress apabila apa yang kita lakukan tidak membuahkan hasil. Orang sekeliling sudah mula berkata-kata. Semangat makin pudar dan akhirnya kita serah diri.

Namun, jika kita bergembira dalam perjalanan menuju kejayaan, kita akan lebih menghargai setiap jatuh bangun perjalanan menuju kejayaan yang semestinya tidak semudah yang kita fikirkan.

Perumpaannya begini, jika korang telah mendapat 1 tiket percuma untuk ke London. Korang sudah membuat persiapan, mengemas pakaian, merancang tempat-tempat menarik untuk dikunjungi dan 1001 persiapan lagi. Walaupun masih tidak sampai di London ( sebagai destinasi yang akan mengembirakan korang), korang sudah berasa gembira kan? Korang buat persiapan dengan hati berbunga-bunga kerana korang yakin korang akan sampai ke sana.

Jadi jika korang yakin korang akan berjaya, kita seharusnya perlu rasa gembira bermula saat ini betul tak?


Note : Entri ini untuk motivasi diri aku. Tapi kalau dah berjaya tue bersyukur sangat,,caiyokkk amy syaquena semoga aku akan memperolehi kedua2nya satu masa nanti..amin


19 comments:

  1. Kadang-kadang rasa dah nak berjaya dah, gembira dah, tapi ketentuan takdir, tak berjaya.. sedih...

    ReplyDelete
  2. bagus sgt motivasi ni dear :)

    akan cube utk gembira selalu

    ReplyDelete
  3. salam

    kak jika tetiba xjadi pergi London.
    selepas gembira mesti ase hiba kan..
    cuma ada betol motivasi arini
    kak. mcm kita kena gembira..:)

    ReplyDelete
  4. Kakak tumpang gembiar kalau Amy dah mamapu menggembirakan hati sendiri. :)

    ReplyDelete
  5. erm..
    bg tips tuk mengembalikan 'Semangat Yang Hilang' boleh?

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum...

    sy doakan semoga kejayaan terus berada dalam dakapan awak dan suami

    ReplyDelete
  7. gembira sebelum & selepas....boleh? hihihihi

    ReplyDelete
  8. smoga akaka berjaya dan gembira selalu tak kira sebelum atau pun selepas

    ReplyDelete
  9. aha..betul jugak..
    gumbira selalu..hehe

    ReplyDelete
  10. salam singgah..amy nak dapat baby ke??

    ReplyDelete
  11. Dgn ertikata lain kita perlu gembira dengan apa yang kita lakukan...:)

    ReplyDelete
  12. yes, setuju


    gembira tak semestinya selepas berjaya saja, bergembira untuk mencapai kejayaan juga akan mendatangkan kepuasan yang lebih

    hai.. contohnya tetap london juga kan, caiyok moga sampai nanti

    ReplyDelete
  13. setiap org ada tafsiran sendiri utk kejayaan..smoga agak berjaya capai apa yg akak nak =)




    apa kata anda??>>
    TAKDE KAD, TAKNAK DATANG KENDURI KAU!!

    ReplyDelete
  14. yes... itu lah yang betul nya.. babe! :)

    ReplyDelete
  15. bermotivasi..betul tu amy..sokong!..
    insyallah..cma doakan amy berjaya memliki apa yg amy idamkan..

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum Amy

    moga kegembiraan selari dgn kejayaan

    Wassalam

    ReplyDelete

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign