Satu cerita menarik untuk dikongsikan bersama..
Nabi Musa a.s. memiliki umat yang jumlahnya sangat banyak dan umur mereka panjang-panjang. Mereka ada yang kaya dan juga ada yang miskin. Suatu hari ada seorang yang miskin datang menghadap Nabi Musa a.s.. Ia begitu miskin , pakaiannya compang-camping dan sangat lusuh berdebu.
Si miskin itu kemudian berkata kepada Baginda Musa a.s., “Ya Nabiullah, Kalamullah, tolong sampaikan kepada Allah s.w.t. permohonanku ini agar Allah s.w.t. menjadikan aku orang yang kaya.” Nabi Musa a.s. tersenyum dan berkata kepada orang itu, “Saudaraku, banyak-banyaklah kamu bersyukur kepada Allah s.w.t.”.
Si miskin itu agak terkejut dan kesal, lalu ia berkata, “Bagaimana aku mahu bersyukur, aku makan pun jarang, dan pakaian yang aku gunakan pun hanya satu lembar ini saja”!. Akhirnya si miskin itu pulang tanpa mendapatkan apa yang diinginkannya.
Beberapa waktu kemudian seorang kaya datang menghadap Nabi Musa a.s.. Orang tersebut bersih badannya juga rapi pakaiannya. Ia berkata kepada Nabi Musa a.s., “Wahai Nabiullah, tolong sampaikan kepada Allah s.w.t. permohonanku ini agar dijadikannya aku ini seorang yang miskin, terkadang aku merasa terganggu dengan hartaku itu.”
Nabi Musa a.s.pun tersenyum, lalu ia berkata, “Wahai saudaraku, janganlah kamu bersyukur kepada Allah s.w.t.”. “Ya Nabiullah, bagaimana aku tidak bersyukur kepada Allah s.w.t.?. Allah s.w.t. telah memberiku mata yang dengannya aku dapat melihat. telinga yang dengannya aku dapat mendengar.
Allah s.w.t. telah memberiku tangan yang dengannya aku dapat bekerja dan telah memberiku kaki yang dengannya aku dapat berjalan, bagaimana mungkin aku tidak mensyukurinya”, jawab si kaya itu. Akhirnya si kaya itu pun pulang ke rumahnya. Kemudian terjadi adalah si kaya itu semakin Allah s.w.t. tambah kekayaannya kerana ia selalu bersyukur. Dan si miskin menjadi bertambah miskin. Allah s.w.t. mengambil semua kenikmatan-Nya sehingga si miskin itu tidak memiliki selembar pakaianpun yang melekat di tubuhnya. Ini semua kerana ia tidak mau bersyukur kepada Allah s.w.t.
alhamdulillah..kita perlu bersyukur dengan apa yang ada sekarang..nafas kita sekarang ini adalah sebesar-besar nikmat yang Allah SWT kurniakan
ReplyDeleteHuhuhu.. Walau macam manapun kita mesti bersyukur kan.. Ngee :)
ReplyDeleteEntry Terbaru : Mengapa Isnin Dibenci???
Assalamualaikum Amy
ReplyDeletesudah la miskin didunia, miskin pula diakhirat, nauzubillah...oleh kerana tidak bersyukur
Wassalam
Betul tu..kita melihat harta kekayaan sebagai rezekiNya..padahal nikmat rezeki dalam bentuk kesihatan, kelapangan masa, tu semua kita terlepas pandang
ReplyDeletealhamdulillah....kita perlu bersyukur sekurang2nyer kita masih lagi bleh melihat matahari...jadiklah manusia yang selalu bersyukur...
ReplyDeletenauzubillah..
ReplyDeletesemoga kita sentiasa diberi petunjuk olehnya..amin..
thanks for sharing..sihat ke amy..
cerita yg baik untuk pembukaan monday yg gloomy. huhu
ReplyDeletenice sharing...itulah pentingnya bersyukur atas nikmatNya...
ReplyDeletebersukurlah kita dengan semua nikmat yang Allah berikan kita selama ini... tkut juga klu jadi yg macam org miskin tu nanti...
ReplyDeletesemoga kita lebih bersyukur ;)
ReplyDeletebrsyukur lah kita atas tiap anugerah dn nikmat kurniaanNya.
ReplyDeletesalam
ReplyDeletesyukur itu amat penting...
Alhamdulillah..
ReplyDeleteSyukur dgn segalanya.. Thanx kak share this~
Saya pun sbagai hamba Allah selalu lupa untuk sentiasa bersyukur ngan nikmat yang ada.. kadang2 rasa nak ngis pun ada bila kenangkan diri ini yang sentiasa lupa pada asal usul.. tapi alhamdulillah Allah masih membuka hati ini untuk BERSYUKUR....
ReplyDeletebunga suker citer2 cam ni..kadang2 dia beri kita satu kesedaran tanpa diduga..tq sis..perkongsian yang bagus..
ReplyDeletejadi kita kena bersyukur dengan segala yang telah kita ada..terasa diri ini keldil..
alhamdulillah .. kalau selalu bersyukur x akan jadi begitu .. pengajaran yg amat bermakna ..
ReplyDeletethanx dik sudi sharing ini :))
tgn yg memberi tu adalah lebih baik dr tgn yg menerima.. :)
ReplyDeletesalam akak...hehehe..sorie, adik,busy skit sebab dah last2 sem ni kan..banyak projek kena siapkan..tajuk lagu tu..amani-nyanyian amar :)
ReplyDeletekena selalu bersyukur lah kan :)
ReplyDeletesyukur dengan segala rahmat dari-Nya..semoga beroleh keberkatan di dunia dan di akhirat =))
ReplyDeleteAssalam..
ReplyDeleteSentiasa bersyukur dgn apa yg Allah kurniakan pada kita & berterima kasih atas kurniannya.