Salam Jumaat semua..
Apa kata luangkan sedikit masa untuk kita renung, fikir dan timbang-timbangkan perkongsian hari ini.
Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.
Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apa pun untuk dimakan.
Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.
Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.
Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk dipertemukan jodoh dan diberikan teman hidup.
Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal dunia terlalu cepat.
Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.
Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.
Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.
Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak terlepas dari melakukan kesalahan
Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepadaNYA kerana kita masih mampu untuk terus hidup !
Note: Hari nie en.hubby datang ke Ipoh untuk menjemput ku pulang pada hari ahad ini. Semoga perjalanan en.hubby selamat sampai ke rumah Bonda..amin
hurmm..
ReplyDeleteinfo yg memberi kesedaran buat kita semua..thanks amy..
amboiii...sukelah tu hubby dia dtg jemput...senyum sampai telinga..hehe
hari jumaat sangat2 dinantikan utk balik kg..huhuhuhuhu
ReplyDeletebiasalah kite selalu lupe... sering teralpa...
ReplyDeleteMahu yg baik-baik itulah kita. Tapi kena sedar banyak yg tidak bernasib baik....
ReplyDeleteAs.salam amy..
ReplyDeletelama tak menjengah kesini, semoga amy sihat sokmo..
minggu ni turn MDT plak balik perak..weehu!
yer...betul & setuju. sama2 fikir & renungkan
ReplyDeletesetuju dik ...
ReplyDeletepelihara hati utk jadi insan yg terbaik :)
Bersyukurlah dengan diri dan hidup kita yg cukup sempurna ini
ReplyDeleteinsyAllah akn cube tak mengeluh
ReplyDeletebe safe for both of u ;)
salam. lama tak singgah sini. harap kak amy sihat2 hendaknya
ReplyDeleteSemoga semuanya berjalan lancar ye mi..
ReplyDeleteharini asyik bergado je dgn si dia :(
ReplyDeletebetul tu... dalam dunia ni bukan semua kita boleh dapat... walaupun kita dah rasa cukup senang.. perlu diigat.. masih ada org yang susah...
ReplyDeletejom baca entri terbaru saya...
thanks Amy perkonsian ini
ReplyDeletelama tak jenguk sinar raudah
bila balik ipoh?
salam singgah...kata-kata yang bileh dijadikan panduan hidup..selalunya manusia ni x pernah bersyukur dengan apa yang ada
ReplyDeleteharus bersyukur dgn lebih lagi,thanks dear
ReplyDeletesuka entry ni . dpt mengingatkan org yg slalu lupa mcm SHM ni .
ReplyDelete