Apr 29, 2011

Jumaat penghulu segala hari..

Salam Jumaat semua..

Apa kata luangkan sedikit masa untuk kita renung, fikir dan timbang-timbangkan perkongsian hari ini.

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apa pun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk dipertemukan jodoh dan diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal dunia terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak terlepas dari melakukan kesalahan

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepadaNYA kerana kita masih mampu untuk terus hidup !


Note: Hari nie en.hubby datang ke Ipoh untuk menjemput ku pulang pada hari ahad ini. Semoga perjalanan en.hubby selamat sampai ke rumah Bonda..amin

17 comments:

  1. hurmm..
    info yg memberi kesedaran buat kita semua..thanks amy..

    amboiii...sukelah tu hubby dia dtg jemput...senyum sampai telinga..hehe

    ReplyDelete
  2. hari jumaat sangat2 dinantikan utk balik kg..huhuhuhuhu

    ReplyDelete
  3. biasalah kite selalu lupe... sering teralpa...

    ReplyDelete
  4. Mahu yg baik-baik itulah kita. Tapi kena sedar banyak yg tidak bernasib baik....

    ReplyDelete
  5. As.salam amy..

    lama tak menjengah kesini, semoga amy sihat sokmo..

    minggu ni turn MDT plak balik perak..weehu!

    ReplyDelete
  6. yer...betul & setuju. sama2 fikir & renungkan

    ReplyDelete
  7. setuju dik ...
    pelihara hati utk jadi insan yg terbaik :)

    ReplyDelete
  8. Bersyukurlah dengan diri dan hidup kita yg cukup sempurna ini

    ReplyDelete
  9. insyAllah akn cube tak mengeluh

    be safe for both of u ;)

    ReplyDelete
  10. salam. lama tak singgah sini. harap kak amy sihat2 hendaknya

    ReplyDelete
  11. Semoga semuanya berjalan lancar ye mi..

    ReplyDelete
  12. harini asyik bergado je dgn si dia :(

    ReplyDelete
  13. betul tu... dalam dunia ni bukan semua kita boleh dapat... walaupun kita dah rasa cukup senang.. perlu diigat.. masih ada org yang susah...

    jom baca entri terbaru saya...

    ReplyDelete
  14. thanks Amy perkonsian ini

    lama tak jenguk sinar raudah

    bila balik ipoh?

    ReplyDelete
  15. salam singgah...kata-kata yang bileh dijadikan panduan hidup..selalunya manusia ni x pernah bersyukur dengan apa yang ada

    ReplyDelete
  16. harus bersyukur dgn lebih lagi,thanks dear

    ReplyDelete
  17. suka entry ni . dpt mengingatkan org yg slalu lupa mcm SHM ni .

    ReplyDelete

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign