May 18, 2011

Soal jawab bersama blogger dan readers


Keputusan darah pagi tadi sudah pun di perolehi. Alhamdulillah syukur sangat keputusan baik sekali , aku bebas dari talasimea dan anemia. Rekod rawatan semua menunjukkan positif cuma masa scan tadi ada menunjukkan sesuatu. Doktor x dapat nak pastikan lagi samaadanya ianya hasil persenyawaan ataupun benda lain. Harap tak ada apa² yang serius la. Sekarang nie aku dah mula boleh terima dan redha apa yang terjadi.Kalau menurut kata doktor tadi , aku bukannya mandul atau tidak subur cuma rahim aku je terlalu lemah.So mungkin dah tiba masanya aku fikir untuk masa depan aku dan kerja aku letakkan di nombor 2. Aku akan cuba cari anisiatif lain bagaimana cara aku nak kendalikan kerja aku nie agar aku tidak terlalu lasak dan melakukan kerja² berat. Even naik kereta terhentak pun tak boleh! parah betul kan huhuhu~

Ok la stop cerita pasal hospital sekarang aku nak jawab pertanyaan blogger sebelum nie.Maaf agak lewat aku menjawabnya , padahal semuanya aku telah simpan di dalam draf.Tapi di sebabkan faktor masa yang mencemburui jadi hari aku cuba jawab mane yang termampu la ye! Selebihnya tunggu time aku free lagi ok.

Pertanyaan dari blogger aanie


Actually amy tak ada tips sangat cuma untuk memulakan sesuatu perniagaan tue kita kena ada minat. Kalau ada minat semua pasti menjadi sebab dengan minat kita tidak akan rasa bosan dengan kerja kita.Sebelum nak berniaga tue kita kena fikir business apa yang sesuai dengan diri kita.Katakanlah aanie mahir dalam bidang kesihatan wanita jadi buat perniagaan produk kecantikan. Kalau macam amy² memang minat dengan marketing dan pengurusan so sebab itu amy pilih pengurusan pekerja asing.So bila kita dah tahu apa yang sesuai baru kita mulakan business. Untuk permulaan just buat secara kecil²an dulu. Sebagai contoh aanie boleh buat perniagaan secara dropshipping. Kita tak perlu keluarkan modal tapi just perkenalkan produk je.Bila dah ada ramai pelanggan baru la buat sendiri dan perkembangkan lagi business.Kalau ada pape aanie boleh tanya amy ye, mane pengalaman amy yang ada amy akan cuba bantu.

Pertanyaan dari pembaca facebook


Firstly amy nak ucapkan terima kasih kepada Puan Mona kerana sudi berkongsi pengalaman dengan amy serta rakan² yang mempunyai masalah yang sama.Perkongsian puan ini sedikit sebanyak dapat memberi semangat kepada kami semua.Insyaallah sekiranya di berikan kesempatan amy akan cuba create satu tread forum untuk kita sama² kongsikan masalah kita di situ dengan harapan selepas ini masalah kita dapat di kurangkan sikit bebanan yang kita tanggung.Hanya mereka yang pernah mengalami situasi begini sahaja akan tahu bagaimana peritnya menanggung.Amy sudah pun add page facebook puan so bagi mereka yang mempunyai masalah yang sama boleh la add facebook puan mona nie untuk kita sama² berkongsi pengalaman.


Pertanyaan dari Kak Linn


Sorry kak linn amy lambat jawab pertanyaan akak nie. Mengenai barang yang amy pos hari tue untill now amy x dapat apa² respon. Kira barang yang bernilai rm300 tue hilang macam tue aja la. Amy pun malas nak panjangkan cerita bak kata en.hubby mungkin bukan rezeki kita.So inilah salah satu risiko sekiranya kita berurusan dengan pos.Lepas nie kena lebih berhati² dan peka lagi.Harap ianya tidak akan berulang lagi.


Pertanyaan dari Panglima 7


Salah seorang blogger yang sangat prihatin dan mengambil berat tentang diri rakan² di alam maya nie. Panglima adalah pembaca setia SR. Setiap hari amy pasti akan menerima kunjunganya. Even SR tidak berupdate sekali pun tapi Panglima tetap singgah bertanya khabar akan kehilangan amy di alam maya ini. Dan berkenaan dengan penutupan SR juga Panglima salah seorang blogger yang sama sekali tidak setuju.Maaf panglima baru hari nie amy sempat jawab pertanyaan panglima ini secara terang dan jelas. Selepas balik dari out station hari tue amy kurang sihat. Demam dan di tumbuhi bintik² di badan seperti ruam. So di sebabkan itulah amy tak dapat ke udara dan berkunjung ke rumah panglima.


Lihat banyak bintik² di tangan kan!!
Alhamdulillah sekarang dah sembuh..

24 comments:

  1. dear kena demam campak ke ...
    insyaallah semua nye akan ok ek ...

    ReplyDelete
  2. Amy, apa-apa pun kakchik doakan amy sehat selalu ye.

    ReplyDelete
  3. akak.take care taw..
    jgn abaikan kesihatan ok..
    suya doakan akak sihat-sihat selalu

    ReplyDelete
  4. kak munna doakan yg terbaik buat Amy...

    ReplyDelete
  5. Good sign that you are ok. Kakak happy....

    ReplyDelete
  6. Eima : bukan demam campak tapi demam alergic x tau salah makan apa jadi naik bintik2 kat kedua belah tangan , muka sikit dan perut. Nasib x teruk dan x melarat demamnya...

    ReplyDelete
  7. kak chik : thanks alot kak

    Adik Suya : thanks dear , miss you..

    Kak Munna : Terima kasih kak munna , semoga dengan doa rakan2 impian amy untuk menjadi ibu akan termakbur..

    ReplyDelete
  8. kak zakie : Thanks kak sebab sudi dengar luahan hati amy nie , sudi baca email amy yang panjang berjelar tue..thanks sangat...

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah..
    so lepas ni kena hati2..ikut saranan doktor..moga sihat dan ceria selalu..

    ReplyDelete
  10. nurkass : Thanks dear. awak juga k semoga ceria2 dan sihat selalu.

    ReplyDelete
  11. aduhhh x tahan dgr barang 300 ilang tuu dikk .. patut dah kena saman pos tuu huuh

    sabar ya amyy ..

    ReplyDelete
  12. kak eida : Berniaga kalau x rugi tak sah kan kak , so amy anggap itu bukan rezeki amy je , mungkin hari nie rugi tapi akan datang sapa tahu mungkin untung berlipat kali ganda heheheh~ amy malas nak panjangkan cerita kak.. cume lepas ni kena beringat la.

    ReplyDelete
  13. mcm2 dugaan ye amy...
    sabar k...
    semua ini ada hikmahnya...

    cume belum dipertemukan lagi hikmahnya...

    ReplyDelete
  14. eloklah amy da sembuh dari ruam itu..

    amy kene kuat semangat..utk masa depan amy jugak andai amy preggy skrg..memandangkan amy ckp rahim amy lemahkan..jadi amy memang xle stress2..byk berfikir..

    amy bykkan santai2..suka2..gembira..tgk mende 2yg elok dan mendamaikn...ini utk semua itu..

    ReplyDelete
  15. kenapa tgn amy tu?missels ke?
    apepun amy take care ye..insyaallah..semuanya akan oke..berdoa dn bertawakkal pada allah..dia maha mendengarlagi maha mengetahui

    ReplyDelete
  16. emmm....tengah pikir2 soalan gak eh. mana tau amy sudi menjawab nyer.

    ReplyDelete
  17. dear sedih dgr u xsihat :(

    jaga diri ok

    ReplyDelete
  18. assalamualaikum Amy,

    dah beberapa hari tak berkesempatan ke sini, macam2 dugaan buat Amy ye.. akak doakan moga Amy tabah

    banyakkan rehat dan jangan terlalu menyibukkan diri sangat... tenangkan hati juga

    ReplyDelete
  19. syukur..
    amy semakin tabah dan sabar,,
    sesungguhnya berat yang memandang lebih berat lagi yang memikulnya..

    amy. percayalah.. dugaan ttg anak, kak ayu lalui lagi hebat.. tapi kak ayu pejamkan mata...

    sebab lebih banyak amanah y perlu kak ayu galas......

    ReplyDelete
  20. Akak, Myra nak cadangkan akak cuba sesuatu..
    Myra pun lepas operation cyst baru2 nie terus minum produk nie, ia baik untuk rahim kita :)
    So tak salah mencuba, produk nie keluar di TV1 jam 8am setiap Selasa, akak leh tgk dan dengar sendiri..
    'Produk Umaira'

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum Amy. Alamakk...blog Panglima dah kuar di entry amy. Panglima tidaklah seprihatin sahabat-sahabat amy yang lain. Apa pun Alhamdulillah...Amy dah kembali semula. Tapi jangan paksa diri ok.

    ReplyDelete
  22. bunga doakan yang terbaik tuk sis..semoga segala urusan dipermudahkan..

    ReplyDelete
  23. semoga cepat sembuh kak. saya doakan akak :)

    ReplyDelete
  24. thanx amy sebab sudi jawab soalan sy..siap buat entri lagi ni..hehe...

    tu la, sy ni xtau nak buat bisnes apa...tgh tgk market skrg gak...takut nak amik risiko...nti apa2 sy tanya amy ek..

    ReplyDelete

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign