Jun 13, 2011

Seniwati Azean Irdawati terdesak dan memerlukan wang



Sedih dan terharu bila mengenangkan nasib seniwati Azean Irdawati ketika ini. Tanpa aku sedari air mata mula membasahi pipi. Sedih sangat dengan keadaan kesihatan beliau dan terpaksa mencari jalan untuk menyelesaikan masalah kewangan yang di hadapi.Kos perubatan dan juga kos perbicaraan anak terunanya membuatkan seniwati ini tekad untuk berlakon semula. Beliau berharap sangat ada pihak yang sudi memberi peluang kepadaNya untuk berlakon semula. Kesian kan! Seorang ibu sanggup berkorban demi anak kesayanganya walaupun dalam masa yang sama kesihatan dirinya sama sekali tidak mengizinkan.Sikap yang di tunjukkan beliau membuatkan aku kagum denganNya.

KUALA LUMPUR: “Saya tidak meminta simpati orang ramai untuk membiayai kos perubatan diri mahupun perbicaraan Benjy, tetapi saya berharap sangat diberi peluang berlakon semula kerana saya terdesak memerlukan wang untuk tujuan itu,” kata seniwati dan primadona, Azean Irdawaty, 61 yang berharap mana-mana produksi sudi mengambilnya berlakon semula selepas mendakwa wang simpanannya habis kerana membiayai kes perbicaraan anaknya, Benjy.

Azean berkata, keadaannya kini amat terdesak dan memerlukan wang sesudah semua simpanannya dikeluarkan membayar guaman, membiayai kos perubatan Benjy dan kos ulang-alik mengambil anaknya itu setiap minggu dari Kuantan ke mahkamah di ibu kota.


“Saya kini amat kesempitan dan berharap pengarah drama mengambil saya berlakon semula walaupun saya tahu keadaan kesihatan saya tidak mengizinkan,” katanya.

Menurut Azean, dia kini mengalami kesakitan termasuk di dada, tulang belikat, pinggang, lengan dan ketiak yang bengkak kerana kurang rehat selepas menjaga anaknya di Hospital Pakar Damansara, Petaling Jaya pada 20 April sehingga 3 Mei lalu.


“Selama dua minggu menjaga Benjy sesak nafas, keadaan badan saya menjadi sakit, tambahan pula kesan penyakit kanser yang dulu belum pulih sepenuhnya..demi anak tersayang saya sanggup melakukan apa saja.


“Walaupun saya sakit, saya tetap mahu berlakon semula demi mendapatkan wang dan dengan wang itu sekurang-kurangnya dapat membiayai kos rawatan dan perbicaraan Benjy.

“Saya tidak mahu orang menganggap saya meminta wang untuk kegunaan diri, tetapi biar saya mengerahkan kudrat saya untuk berlakon dengan harapan wang itu meringankan beban saya,” katanya ketika dihubungi.


Katanya, dia berharap diberikan watak ringan dalam lakonan iaitu watak orang tua yang sakit atau watak orang kurang upaya (OKU) berikutan kemampuannya untuk bergerak terhad.


19 comments:

  1. kesiannya..moga ALLAH limphahkan rezeki buatnya

    ReplyDelete
  2. Sedihnya... itulah kalau dah nama ibu apa juga sanggup lakukan

    ReplyDelete
  3. awe tak da la 100% ikuti kisah hidup beliau tapi sebagai wanita dan ibu dia mmg seorang yang tabah dan cekal...walaupun usia 61 nampak gagah lagi..kesihatan dan masalh tolak tepi yang pntg duit...

    kerana duit...

    ReplyDelete
  4. dia memang wanita yang cekal. pengorbanan dia sebagai seorang ibu memang tak ternilai. Seorang ibu memang sanggup berbuat apa saja demi anak-anak mereka..

    ReplyDelete
  5. kisah kasih ibu....memang tak ada galang ganti..

    ReplyDelete
  6. sedih bila ada sorang ibu yg sanggup berkorban apa saja utk diri sendiri dan anak tercinta.

    ReplyDelete
  7. ok la tuh ... tp aku tatau nk komen bab benjy tu ....

    ReplyDelete
  8. semoga beliau sentiasa tabah dalam menghadapi dugaan hidup dan semoga rezekinya bertambah...amin

    ReplyDelete
  9. sedih betulkan..kasih ibu terhdp anak mmg begitu..sanggup buat apa shj demi anak..

    semoga azean akan murah rezekinya

    ReplyDelete
  10. sian yer...tp tula, dunia hiburan ni ade pasang surutnye.....

    ReplyDelete
  11. kasih ibu....tiada yang boleh menggantikannya...

    ReplyDelete
  12. bila kenangkan azean sgt2 sedih bila membacanya .. tapi bila teringatkan anaknya benji sakit ati kat budak tuu huhuh

    ReplyDelete
  13. semoga ALLAH murahkan rezeki beliau

    ReplyDelete
  14. tersentuh juga bila baca paper tadi dan saya amat2 mengerti dengan pengorbanan ibu sedemikian. harap si anaknya memahami erti pengorbanan ibu tersebut

    ReplyDelete
  15. alahai, sedihnye...
    macam2 dugaan yg dihadapi bagi setiap insan milik Allah ni...
    mudah2kan dia diberikan jalan yg dipermudahkan Allah tuk meneruskan hidupnya...

    ReplyDelete
  16. Kasih ibu sepanjang hayat..itu yg Panglima dapat katakan.

    ReplyDelete
  17. Dia ni takder Suami ker?
    Ker suami dia tunggul kayu?

    ReplyDelete

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign