Jul 21, 2011

Kehidupan ini bagaikan lampu dinding



Salam perkongsian untuk semua dan aku mendoakan agar hidup kita sentiasa diberkati dan dirahmati, InsyaALLAH.Aku tertarik dengan bait-bait kata lirik lagu yang disampaikan oleh kumpulan Hijjaz, menyatakan hidup ini ibarat lampu dinding.

PELITA HIDUP

Hidup ini bagai lampu dinding
Yang dinyalakan di malam hari
Apabila minyak sudah kering
Iakan pasti padam sendiri

Demikian juga hidup manusia
Selama hidup di dunia ini
Bila dah cukup umur usia
Putuslah hubungan di sana-sini

Setelah kita tinggalkan dunia
Alam yang lain pula menanti
Apakah kita dapat kurnia
Itu melihat amal dan bakti

Di sana insan cemas dan bimbang
Tak dapat lagi buat alasan
Buruk dan baik akan ditimbang
Kedua-duanya dapat balasan

Hidup ini bagai lampu dinding….yang dinyalakan di malam hari….apabila minyak sudah kering…..ia kan pasti padam sendiri…….

Begitulah hidup kita sebagai manusia…..selama hidup di dunia ini….buruk dan baik akan ditimbang…..semuanya pasti dapat balasan…selagi manusia masih mengingatkan….

Kadang-kadang……kita didatangkan dengan pelbagai perkara yang tidak disangkakan……apakan daya…..manusia kadangkala terlalu mudah lupa…….


15 comments:

  1. kiters entiasa membakar & menerangi kan? :)

    ReplyDelete
  2. buat la banyak amalan yang baik

    ReplyDelete
  3. yup manusia mudah lupa..kt sma2 igt mengingati eh..

    ReplyDelete
  4. cahaya iman menerangi hidup ku...hehe

    ReplyDelete
  5. eh lagu ni...
    slalu nynyi mse kat skolah
    pertandingan nasyid :)

    ReplyDelete
  6. wordless tp aku menghayati lirik tu

    ReplyDelete
  7. lampu dinding tu terang bila malam je..siang off..?

    ReplyDelete
  8. memang penuh makna lagu tuh..tambahan pula suara munif tu memang menusuk kalbu..

    klo duk sorang leh menitik air mata nih..

    amy ore klate ko duk klate? kakNo duk area dekat ngan tambun..sebelah PERPADUAN tp kakNo lupa nama taman tu..perumahan baru kat area sini..

    ReplyDelete
  9. walau terdapat banyak benda yang tak teruda..tetapi semua pasti adalah terbaik tuk kita..

    ReplyDelete
  10. Assalam..

    Selain menerangi diri sendiri semoga ia juga menerangi orang lain

    ReplyDelete
  11. nce entry sis... balik2 terus bukak SR..

    ReplyDelete

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign