
Daging ayam adalah salah satu sumber protein yang penting untuk tubuh badan manusia. Oleh yang demikian, anda dan keluarga perlu makan daging ayam sekurang-kurangnya seminggu sekali.
Ketika memilih ayam di pasar, beberapa petua boleh diikuti. Antaranya :
- Warna daging segar selalunya berwarna putih kekuningan.
- Warna lemak seharusnya putih kekuningan dan merasa di bawah kulit ayam.
- Bau daging segar, jika anda berbau yang kurang menyenangkan, lupakan saja niat untuk memiliki ayam tersebut.
- Apabila dagingnya di tekan, daging yang segar akan kembali ke bentuk asal. Berbanding dengan daging ayam yang tidak segar, kesan jari anda akan kelihatan untuk beberapa ketika sebelum kembali ke bentuk asal.
- Tidak ada bekas lebam kecuali lebam akibat pendarahan ketika penyembelihan.
- Bagi ayam yang siap dipotong, pastikan daging yang melekat di tulang ayam itu padat.
- Kulit ayam perlu kelihatan cantik. Tidak kelihatan robek atau terlalu banyak kesan luka.
- Pastikan juga kulit ayam yang anda pilih bersih dari sebarang bulu halus. Selalunya bakteria mudah terkumpul pada bahagian ini. Oleh kerana itu, adalah baik jika anda membuang kulit ayam sebelum dimasak.
- Jangan beli ayam yang terlalu banyak patah tulang.
- Jika daging ayam yang anda pegang berlendir dan lembut, bermakna ia tidak lagi boleh di kategorikan sebagai daging ayam yang segar.
Note: semoga petua ini dapat memberi panduan kepada kaum hawa semua.....
Assalamualaikum Amy
ReplyDeletepetua yg bagus
Wassalam
utk hawa je? teruna boleh jgak..:3
ReplyDeletegood tips dear....i tak tau pon b4 this...sbb jarang sgt beli ayam..hehe
ReplyDeletegood tips :),thanks dear
ReplyDeletepetua yg baek...
ReplyDeleteKalu kat pasaraya kecil atau mini market memang selalu ada kes camni. tapi jika beli kat pasar basah, memang selalu segar dan diyakini.
ReplyDeletethank you..saya bab pilih barang2 basah ni memang gagal sikit..biasanya suami yang terer..hehe
ReplyDeleteorait tau dah cm ner nak beli yg segar..selalu mak yg beli..huhuhu
ReplyDeleteselalu beli ayam kat pasar je. sebab bila p beli kat pasaraya yg besar2 ni, dah byk kali pengalaman. ayam dia lembik. mcm dah lunyai. bila tekan2 daging dia boleh tenggelam/tembus isi tuh. scary betol
ReplyDeletethx 4 sharing ye kak. :)
ReplyDeletesalam..
ReplyDeleteterima kasih petua nih..
yang daging mesti padat
akan saya ingat..
petua yang bagus
ReplyDeletethanks
Perua yang berguna..Thanks Amy..Hehe :)
ReplyDeletepetua yang bagus.. thanks sis.. boleh tak saya nak letak kat blog saya... nanti sy backlink ke sini kalau boleh... ingatan untuk diri sendiri sekali.. :)
ReplyDeleteaku slalu beli ayam potong kat c4 je... tak penah beli kat pasar...
ReplyDeleteslalu mmg lebih kurang cam tips ko ni la aku guna....