Oct 6, 2011

Persediaan majlis perkahwinan


Semakin hari semakin merisaukan. Maklum la dah dekat 3 tahun tinggalkan debaran seperti itu. Mane tak rasa cuak!ni orang lain yang nak kawen aku pulak yang tak tidur malam huhuhu! Serius bila semakin hari semakin cepat masa berlalu , aku rasa x senang duduk pula. Tambahan dengan berbekalkan pengalaman  dulu rasanya masih belum cukup untuk aku pikul tanggungjawab nie..Macam besaw sangat tanggungjawabnya hehehe..

Aku nie ada 5 beradik je.. dua abang dan dua adik.. so kiranya aku di tengah² la. Walaupun aku anak ketiga tapi abang² lebih selesa bertanyakan pendapat aku , berbanding aku yang jarang bertanya kepada mereka . Tak tahu kenapa mungkin sebab aku dah biasa berdikari kot. Selepas study dulu aku dah berdikari sendiri sehinggalah beberapa bulan nak kawen baru aku tinggal bersama keluarga. Mungkin perkara itu yang mendorong aku untuk handle sendiri.

Kalau time aku nak kahwin dulu bonda la tempat untuk aku merujuk tentang persiapan perkahwinan. Jadi bila sampai giliran abang aku pula , tanggungjawab itu di berikan kepada aku , mungkin kerana pengalaman aku sebelum nie. Nak minta pertolongan bonda x sampai hati..bonda bukannya kuat seperti dulu lagi..So terpaksa la aku menguruskannya sendiri .

Perkara pertama yang aku harus lakukan adalah dengan membuat senarai bugget.Tapi masalahnya sekarang abang aku nie semua tak tahu. Nak pakai baju apa , x tahu! nak buat tema apa , x tahu! nak pelamin apa semua tak tahu..Naik pening kepala aku tapi ye la lelaki ni biasanya tak cerewet mane berbanding perempuan hehe..so setiap kali bawa ke butik pengantin , rasa macam aku pulak yang nak kahwin. Semua benda aku yang tanya dorang dok diam je..'malu sangat dua²nya huhuhu...

Beberapa hari lepas aku dah mula merungut dengan en.hubby. Mujurlah en.hubby faham dan sudi membantu.Tapi serius aku macam kaku x tahu nak mulakan dari mane huhuhu! sapa² yang mempunyai banyak pengalaman menguruskan perkahwinan , meh la kongsi di sini. Serius aku betul² nak tahu...



14 comments:

  1. menguruskan perkahwinan memang agak sukar...
    yang paling penting kena tau bajet dulu berapa
    baru ble rancang pelamin
    dan tema majlis
    lepas tu hantaran berapa
    dulang berapa dan apa barang2nya,siapa pulak yg menguruskannya
    dari segi lauk pauk kena tanya ketua keluarga la ayah n bonda...
    cenderahatinya apa..siapa yg kena beli
    agihkan tugasan dengan bijak
    ini semua hanya persediaan sebelum kenduri, belum lagi semasa dan selepas...gud luck amy

    ReplyDelete
  2. Kakcik pun belum ada pengalaman. Berdebar2 juga kalau2 dalam masa terdekat tiba2 anak kata nak kahwin! ;-)

    ReplyDelete
  3. sonok tu...i paling suka buat bahangian hantaran n pelamin:-)

    ReplyDelete
  4. kalau ct laa..better ada tema & colour dulu...bile dah ada tu senang nak srvey & beli sikit2...klo xde tu nnti nak beli apa pun takut...

    ReplyDelete
  5. macam mane ek?aduhai pia pon byk family tlg

    mula kan yang penting2 dulu

    ReplyDelete
  6. menguruskan perkahwinan????
    nan hado...

    ReplyDelete
  7. boleh lini tahu majlisnyer bila?

    ReplyDelete
  8. Kiranya, awak nie anak tunggal pompuanlah eh? Wah...ape rsnya eh?

    ReplyDelete
  9. hehehe..cam majlis kawin sndiri plak rasa kan... :)

    nina plak smlm dpt anak buah baru..rasa cam dpt ank sndiri, xsabar nk g tgk this weekend

    ReplyDelete
  10. setuju dgn Exora klu nak lebih detail leh surf kt sini http://perkahwinan.com.my/ maybe leh membantu

    ReplyDelete
  11. erk saya lagi la takde pengalaman. hehehe

    ReplyDelete
  12. untung abg2 ...sbb ade adek pompuan....

    klu tak teruk la bonda tu ....

    ReplyDelete

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign