Nov 22, 2011

Tahniah Malaysia juara bola sepak sukan sea dan salam takziah kepada penyokong skuad kebangsaan yang telah kembali kerahmatullah


As'salammualaikum dan selamat pagi..

Happy!happy!happy!Sure semalam seluruh rakyat Malaysia dapat tido dengan lena sambil tersenyum memeluk bantal.Serius perlawanan semalam cukup mendebarkan.Rasanya nak ambil SPM pun tak berdebar macam tue. Jantung aku semalam berdegup laju sampaikan aku rasa x mampu nak teruskan menonton.Tapi atas keyakinan en.hubby maka aku teruskan juga sehingga akhir perlawanan. Tak sia² kau akhirnya kemenangan berpihak juga kepada kita.

Tahniah kepada semua player skuad kebangsaan! Tahniah kepada Khairul Fahmi Che Mat selalu keeper kebangsaan yang beraksi cukup cemerlang.Tahniah juga kepada Badrol Bahtiar kerana tendangan terakhir beliau dapat menembusi gawang Garuda sekali gus menobatkan Malaysia sebagai juara.Alhamdulillah syukur! Malaysia bolehhhh....

Dalam kegembiraan , ada juga yang bersedih. Bersedih di atas kehilangan insan tercinta. Sahabat kita yang telah kembali kerahmatullah malam semalam. Allahyarham di katakan meninggal dunia ketika menyaksikan perlawanan bola sepak di sebuah kedai makan.Salam takziah buat keluarga arwah.Al fatihah~



Bagi mereka yang mengalami sakit jantung di nasihatkan supaya jangan menonton perlawanan seperti ini kerana ia boleh memudaratkan kesihatan anda. Kita yang normal nie pun dah terasa separuh nyawa hilang , dengan degupan jantung yang kencang.Inikan pula mereka yang sememangnya mengalami masalah jantung. Sayangilah diri anda! Jangan di sebabkan hal sebegini diri anda menjadi mangsa. Benar ajal dan maut itu di tangan Allah tetapi jangan la pula kita menempah maut.Jadi fikir²kanlah...

Note untuk Garuda : Salam Takziah juga dari kami seluruh rakyat Malaysia di atas kematian 2 penonton Indonesia yang di katakan cuba menceroboh masuk ke dalam stadium Gelora Bung Karno. Al Fatihah





21 comments:

  1. Serius saya menjerit2 bile bola dah nak sampai ke kawasan gol Malaysia...
    Tahniah...n

    Takziah . AlFatihah....

    ReplyDelete
  2. al-fatihah..


    2 la.. ain tgk news pg td.. 2 penyokong meninggal dsebabkan rusuhan hanya kerana x dpt masuk.. hmm.. xtaw la nk ckp pe kak.. sindri carik penyakit kott... huhu

    ReplyDelete
  3. syukur kita menang,KFCM harap makin bertambah2 bgs,dlm social life pon kena pandai bawak diri


    ye la risau kan takut kadang2 kita sendiri tak pasti jantung kita kuat atau tidak nak tgk perlawanan yg mendebarkan ni

    Al-Fatihah

    ReplyDelete
  4. tahniah sebab menang
    dan takziah kepada arwah
    moga ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman

    ReplyDelete
  5. salam..
    tahniah buat seluruh
    rakyat Malaysia..kita
    membuktikan kitalah juara
    bolasepak rantau Asean

    ReplyDelete
  6. ya allah....moga arwah ditempatkan di kalangan org beriman.. amin :')
    al fatihah.

    ReplyDelete
  7. tahniah Malaysia dan takziah kpd keluarga Allahyarham

    ReplyDelete
  8. TAHNIAH HARIMAU MALAYA ... bangga3 :)
    & alfatihah

    ReplyDelete
  9. tahniah buat m'sia. alfatihah, moga allahyarham di tempatkan di kalangan mereka yg beriman.

    ReplyDelete
  10. Tahniah utk pasukan Malaysia yg beraksi cemerlang.. Takziah buat ahli keluarga arwah yg kehilangan insan tersayang...

    ReplyDelete
  11. Tahniah Harimau Muda Malaya.. dan takziah utk keluarga allahyarham.. moga rohnyaa dicucuri rahmat..

    ReplyDelete
  12. ...2 org penyokong Indonesia juga terbunuh dipijak penyokong lain di Stadium Bung Karno semalam.

    Takziah juga pd mereka dan utk keluarga arwah!

    ReplyDelete
  13. puas hati dan bangga
    tahniah malaysia
    takziah buat arwah

    ReplyDelete
  14. tahniah buat skuad harimau muda kita...tidak lupa juga salam takziah kepada penyokong indonesia..

    ReplyDelete
  15. yang tak sakit jantung ni pun tetiba rs mcm nk kena heart attack...hehehe

    ReplyDelete

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign