Dec 2, 2011

Kalau tak mampu buat orang katawa jangan sekali buat orang menangis


As'salammualaikum...

Kalau tak mampu buat orang katawa
jangan sekali buat orang menangis
Kalau tak mampu buat orang bahagia
Jangan ditambahi dengan derita
Kalau tak mampu ubati luka
Jangan sekali buatnya terluka

Kalau tak boleh bahagiakan ibu
Jangan sakiti hati ibu mu
Hormatilah dia sebagai ibu
Kenangkan saat dia lahirkan mu
sakitnya dia tika melahirkan mu

Jauhkan sikap pentingkan diri
Hati ibu perlu dijagai
Terguris hatinya berdosalah diri
Jangan sekali² ia dikasari
Tak tertanggung badan siksa di sana nanti...

wahai anak ingatlah pesan
Sayangi ibu dengan penuh ihsan
Berlemah lembutlah mengeluarkann perkataan
Fikir dulu sebelum mengambil tindakan
Takut nanti dimurkai Tuhan

Tanda akhir zaman "Bila seorang Ibu melahirkan Tuannya"
Perlu difahami dengan sempurna
Anak derhaka pada ibunya
Ibu dibuat seperti hambanya
Semua ini dah pun berlaku disini sana
Marilah kita renung²kannya.

**********************************


Tak guna berpelajaran tinggi kalau dengan ibu di maki hari² , tak guna ada segulung ijazah kalau hati ibu sering di sakiti , tak guna kerja berpangkat besar kalau menanggung ibu menjadi masalah , tak guna menjadi yang cemerlang kalau dengan ibu tidak mampu lakukan yang terbaik , tak guna di hormati dan di sanjungi kalau dengan ibu bersikap keji , Jauhilah kita dari sikap ini , sesungguhnya tanpa ibu siapalah kita di dunia ini.. Kenangilah jasa ibu yang mengandung , melahirkan dan membesarkan kita.Kalau ada yang terkasari atau menyakiti ibu , segeralah memohon maaf selagi belum terlambat.


I LOVE MY MOM and also MY MOM IN LAW!!!













27 comments:

  1. Tanpa ibu, kita tidak akan jadi sesiapa pun. Walaupun kita mendakwa ibu tidak memberikan kita apa2, tapi dia tetap ibu yang melahirkan kita sehingga kita mengenal dunia serta isinya.

    ReplyDelete
  2. sedih

    memang tak mampu balas jasa ibu :'(

    ReplyDelete
  3. Awak bt sy rindu kat mereka juga.

    Tidak sesekali sy nak menderhaka pd mereka yg makin dimamah usia. Cukuplah dizaman remaja yg serba buta (hati). Saya serik kini.

    ReplyDelete
  4. syahdunya..

    moga ibubapa kita sentiasa dihormati..
    terima kasih ya dik berkongsi pesanan..

    moga2 anak2 yang bakal lahir dari rahim kita sentiasa menjadi anak yang soleh dan solehah. amin

    ReplyDelete
  5. alahai... sayu lak...

    terus rasa rindu kt mak... lama dh tak balik kg... dh dkt 4bln... insyallah bln ni dana balik kg... oh rindu nyer

    ReplyDelete
  6. Salam sayang Amy..
    semalam baru jumpa mak..walaupun sekejap rasa puas sebab mak hepi bila tahu anak2 dia balik..dapat juga hulurkan sedikit duit untuk mak dn abah walaupun mak mst tanya..ada duit ke bg mak...

    rasa tk sanggup nk buat mak susah ati...

    tapi anak2 akak masih tk faham bila mereka buat ibu diorg ni susah hati dan riasu..

    ReplyDelete
  7. setuju amy!
    kasih ibu sepanjang hayat...jgn sekali2 sakiti hati ibu!

    ReplyDelete
  8. senangkan hati mereka jika x mampu beri kesenangan harta benda..;)

    ReplyDelete
  9. me alwiz love my mom.
    in law? me alwiz berendam air mater.

    ReplyDelete
  10. btl tu..kalau xmampu wat org lain hepy, jhn lak wat org tu susah kerana kite..

    ReplyDelete
  11. alhamdulillah..dan insyallah..saya sayang kedua orag tua saya n mertua saya hingga ke akhir hayat..

    =)

    ReplyDelete
  12. KAK MUNNA PUN SAYANGKAN MAK DAN MEK KAK MUNNA....

    ReplyDelete
  13. cuba kita tengok masa mak kita tidur. sedih rasanya my...Semoga Allah panjang usia mak-mak kita..

    ReplyDelete
  14. sayangilah ibu anda sementara mereka masih hidup..good one sis..

    ReplyDelete
  15. jgn sesekali menderhaka pada ibu..balasannya didunia lagi Tuhan beri

    ReplyDelete
  16. kasihnya ibu membawa ke syurga...
    smg kita berjaya menjadi anak n menantu yang terbaeek buat ibu2 kita..aamiiin

    ReplyDelete
  17. Thanks dik 4 info ni..
    Sangat2 berguna..
    ;)

    ReplyDelete
  18. Tanpa ibu... siapalah kita.

    Sapa yang dah jadi ibu, dia akan lebih memahami, dan mengerti.

    Tiada kata seindah bahasa, nak ungkap kasih dan pengorbanan ibu.

    ReplyDelete
  19. betul amy..selagi ada hayat ibu sayangilah dia.

    ReplyDelete
  20. Betul Ayu..kalau baca paper akhir2 ni kita tenguk ayah mati keseorangan dinilik sampai buruk mayat...ibu terjun jembatan pulau pinang sebab kemurungan, hidup kesorangan anak2 semua berjauhan...semua ini patut ambil iktibar dan fahami perasaan mereka...pendek kata ibu boleh bela anak 10...anak 10 orang belum tentu boleh bela ibu seorang...subahanallah

    ReplyDelete
  21. kita manusia biasa dik
    adakalanya kita xsedar kita buat org menangis kerana kita ...

    ReplyDelete
  22. tanpa ayah dan ibu mana mungkin kita akan berada di sini sekarang...mana mungkin kita akan melihat keindahan alam maya ini...mana mungkin kita akan dapat melihat bulan dan matahari...mana mungkin kita akan dapat merasai kenikmatan hidup kini....maka marilah kita menghargai jasa keduanya selagi kita diberi kesempatan waktu.....

    ReplyDelete

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign