Jan 11, 2012

Amalan untuk mendapatkan zuriat



Amalan pertama.

Selepas Fajar ataupun Solat Subuh

- Baca Bismillah 1 kali
- Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali.
- Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali
- Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan. (Umpamanya: “Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat)
- Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.

Amalkanlah cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka terhadap orang yang suka berputus asa.

Amalan kedua.

-Suami hendaklah membaca “Ya Mutakabbir” (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan ) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak.
-Isteri hendaklah membaca “Ya Awwal” (Yang tiada permulaan adaNya) 333 Kali setiap hari.
-Isteri hendaklah membaca setiap hari “Ya Zaljalaali Wal Ikram” 11 kali kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum.
-Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf / surah Maryam setiap hari.

Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya.


Bagi yang masih tiada zuriat , boleh la cuba amalkan...


Sumber : Ustazah Siti Norbahyah


Note: TAHNIAH! kepada blogger Diana kerana Maisara bakal dapat adik...









15 comments:

  1. Doa kakak buat mereka yg belum punya zuriat akan beroleh juga akhirnya. mana tahu tahun ini kan...

    ReplyDelete
  2. :)...nk bt gak...tq
    mg Puteri Mia cpt dapat adik..

    ReplyDelete
  3. thanks for sharing dear

    insyAllah semoga dipercptkan dan dipermudahkan untuk kita ;')

    ReplyDelete
  4. hmmm kena selalu berjimak ni...

    ReplyDelete
  5. mudah-mudahan dengan usaha Allah berikan anugerah cahaya mata yg dinantikan :)..

    ReplyDelete
  6. TQ kak, sama2lah kita amalkan ye :)

    ReplyDelete
  7. kak amalkan dari tahun lalu, moga ada rezeki buat kita..
    amin

    dik, kak tak boleh masuk blog diana senyum2 tau..
    sangat sedih, hampir 2 minggu

    kalau dia masuk baca entry ini. haraplah dapat menolong...

    ReplyDelete
  8. Assalam Amy. Semoga Amy Syaquena dikurniakan zuriat, cahayamata oleh Allah di tahun ini. aaminn.

    ReplyDelete
  9. Doa dan usaha sampai berjaya InsyaAllah..

    ReplyDelete
  10. lagi 1 istighfar 1000 kali sehari dengan niat nk dapat anak..insyaallah boleh try jugak..;)

    ReplyDelete
  11. Tq for sharing..
    Amy pun jgn lupa amalkan tau..
    Insyallah.. ♥

    ReplyDelete

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign