Jan 20, 2012

Hukum Mengucapkan “Merry Christmas “




Soalan:

Bolehkah saya mengucapkan “Selamat Hari Natal” kepada rakan saya yang beragama Kristian dan mengunjungi rumahnya sempena hari perayaan tersebut?
(Nur Suliani, Sandakan, Sabah.)

Jawapan:

Hari Natal disambut sempena kelahiran Jesus sebagai anak tuhan(Allah). Keyakinan ini amat bertentang dengan Islam sebab tuhan (Allah) tidak memiliki anak. Allah menegaskan: “Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan”
[Surah al-Ikhlas, ayat 3]

Apabila seorang muslim mengucapkan “Selamat Hari Natal”, bererti dia mengucapkan “Selamat menyambut kelahiran anak Allah”. Apabila seorang muslim menghadiri perayaan Hari Natal, bererti dia sama-sama meraikan hari kelahiran anak Allah.

Semua ini bertentangan dengan sikap seorang muslim yang sepatutnya: “Hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.”
[Surah al-Maidah, ayat 2]

Justeru kita sepatutnya bertolong-tolongan menjemput mereka ke agama Islam, bukan bertolong-tolongan meraikan hari kebesaran mereka yang mencerobohi dasar Islam, hingga akhirnya mereka terasa pengiktirafan kita ke atas agama mereka.

Semua ini bukan bererti memecah-belahkan rakyat Malaysia. Ini kerana persatuan dicapai dengan masing-masing penganut agama bebas mengamalkan agama mereka, bukan dengan masing-masing penganut meraikan sesuatu yang bertentang dengan agama mereka.


Sumber : I Love Islam...








4 comments:

  1. harap2 semua dah tahu dan maklum ttg perkara ni...

    ReplyDelete
  2. terjawab sudah persoalan.. TQ dear.. Happy Weekend sis.. ;)

    ReplyDelete
  3. THANKS AMY... KAK MUNNA BARU TAHU BACA KAT SINI

    ReplyDelete
  4. terima kasih amy atas perkongsian ini.. yg kabur sudah jelas skrg..

    ReplyDelete

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign