2. Gunakan kuasa pujukan. Wanita mempunyai sifat dan watak yang lebih berperasaan dan menghalusi. Salah satu cara memujuk adalah dengan menunjukkan minat termasuklah minat pada diri suami sendiri, kerjayanya atau kesukaanya. Mungkin ada beberapa kesukaannya yang kurang sealiran dengan wanita tetapi selagi dia tidak mengabaikan keluarga, terima saja dengan harapan minat yang kita tunjukkan itu akan mendekatkan satu sama lain.
3. Menghormati dan memahami kehendaknya. Secara umumnya ialah kemahuan seks dan kemahuan menjadi penting. Jangan sesekali merendah²kannya kerana bila perasaan menjadi penting ada di dalam diri seorang lelaki – keegoaan dan keterujaan pada perkara² yang mengembirakan dan menceriakan kehidupan akan terserlah.
4. Tunjukkan rasa gembira bila bersama. Cipta perasaan gembira kerana ini akan menjadikan wanita rasa sempurna kerana berjaya menyelesaikan tanggungjawap terhadap suami. Lelaki juga mahukan keselesaan perasaan dengan sokongan kata-kata cinta dan bisikan . Lelaki sentiasa inginkan kasih sayang, sentiasa tertarik dengan kejelitaan dan sentiasa kagum dengan sifat keibuan.
5. Ikhlas dan terbuka dalam hubungan. Dengarlah dengan penuh perasaan apa yang ingin dikongsi oleh suami. Berjenaka dan gurau senda antara suami isteri dengan baik dan berfikiran terbuka.
6. Menghormati diri sendiri. Seorang wanita yang menjaga dan mengasihi dirinya mempunyai keupayaan yang tinggi untuk membezakan baik dan buruk kemahuan peribadinya demi menjaga maruah rumahtangga. Dia tahu meletakkan dirinya secara diplomasi dalam hubungan antara suami isteri, anak menantu, ipar duai, sahabat taulan atau jiran tetangga.
gud tips!
ReplyDeletetq 4 sharing!
salam..
ReplyDeletenice TIPS..
moga menjadi isteri yang
setia dan solehah :)
Benar, Panglima setuju tu....
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian. mmg hebat.. insyaallah jika ada kelapangan akan saya balas semula atas tajuk yang sama. teruskan !!
ReplyDeleteEntri Terbaru Saya:
Akibat Bila Suka Mencari Kesalahan Orang Lain
thanks for the lovely tips dear
ReplyDeletegood info kak =)
ReplyDeletesalam amy..tq for sharing the tips!
ReplyDeleteTips yang bagus & keyword yg bagus hehe..
ReplyDeletedan satu lagi yg paling penting adalah membina persefahaman atau keserasian dan mengekalkannya