Acummm!!! tumpang lalu lagi ye.. Hamboi² kalau sebut pasal RM pastu di kaitkan pula dengan Nuffnang.. berdoyon² orang nak taw kan..Pape pun aku nak ucapkan terima kasih di atas ucapan kalian. Moga murah rezeki aku lepas nie.Tapi ada tapi ye.. Cek tue bukan kepunyaan aku , uollsss jangan salah faham pulak cuma amount yang berada di dalam cek itu saja mungkin ada bahagian aku. Cewahhh!! itu pun kalau si polan ingat hihi

..wink..wink..sambil kenyet mata dekat si polan..
Let straight forwards la erk! Kalau uolsss masih ingat akan post aku hujung tahun 2010 yang bertajuk
x jadi kawen , patah tangan , tempurung lutut lari.. Post tue mengenai kekanda aku yang di timpa musibah dan cek ini adalah miliknya.. saja kasi panas line ahaks! santai friends

..
Setelah di timpa musibah , hampir setahun lebih kekanda aku tidak bekerja. 2 pembedahan sudah di lakukan.. Pembedahan pertama membetulkan semula tempurung lutut yang dah lari ke peha..Time tue doktor bagitahu agak sukar kerana daging sudah mula mencengkam tempurung lututnya.. Tapi alhamdulillah ia berjaya di letakkan kembali ke tempat asalnya..Pembedahan kedua pula , bagi membuka semula klip yang di pasang di lutut..Dan alhamdulillah sekarang nie kekanda aku dah boleh berjalan semula..Mujur juga la ayahanda pandai mengurut..so jangka masa untuk pulih cepat berbanding dengan apa yang doktor jangkakan

..
Bila sudah jadi begitu makin tertekan la kekanda aku. Manekan nak bergerak x boleh , nak bekerja apatah lagi..Tambah merunsingkan bila tarikh perkahwinan terpaksa di tunda.. Bermacam² yang dia fikir..mane nak cari duit nak kawen , macam mane keadaan diri dia lepas ni. Setiap kali aku balik atau aku menelifon dia , pasti dia akan merungut dan meluahkan rasa hati dia pada aku..Sebagai seorang adik pasti aku akan tersentuh bila abang meluahkan macam tue.
Selalu aku akan bagi kata² semangat dekat dia..Pasal masalah yang lain aku cuba selesaikan mane yang termampu.Syukur alhamdulillah tahun lepas aku dapat banyak projek dan dari duit projek tue aku cuba bantu mane yang termampu dengan harapan dapat la abang aku mendirikan masjid..Setelah mendapat persetujuan semua , akhirnya di putuskan bulan 6 tahun nie kekanda aku akan mendirikan masjid

. Dan segala urusan di serahkan kepada aku. jadi rujukan keluarga la..
Seawal tahun hari tue aku dah mula buat persediaan untuk kekanda aku.Alhamdulillah juga kerana en.hubby tidak pernah melarang aku untuk membantu..Thanks papa..Sikit demi sedikit persediaan aku buat alhamdulillah hampir 70% siap.. dari segi catering , khemah , hantaran dalam proses dan yang lain²..
Kekanda aku ni pulak suka buat ayat sedih.. Aku x de duit na nak beli tue nak beli nie..yang ada cukup untuk hantar sebelah perempuan je..mane yang ko dah beli ko catit la nanti bila dapat duit insurans dan socso aku bayar balik. Perghh!!! time ni kalau dengar memang tersentuh la.. tambah dia tau aku ni memang cepat touching...
Alhamdullillah semalam perkhabaran gembira ni aku terima dari kekanda sulong aku. Along menelifon aku dan memberitahu akan cek yang di terima oleh angah.Time tu angah x tau lagi , kira aku orang pertama la.. So lepas habis perbualan aku terus menelefon angah dan beritahu x perlu risau lagi coz cek dah dapat... dia yang x tahu pape macam blurr² , than aku cuba jelaskan..apa lagi suka la dia sambil ucap alhamdulillah.. Dalam masa yang sama aku sempat juga bagi nasihat , bagitahu jangan boros , duit ni perlu buat apa.. x sempat habis aku cakap dia potong..ko nak bagi nasihat petang nanti telifon balik sekarang gah ada keje.. boleh pulak sambung² bagi nasihat

..tapi aku tahu kekanda aku ni jenis makan nasihat aku sebab kalau pape dia lebih suka rujuk pada aku..
Terjawab sudah!
jangan marah taw , saja kasi panas line
santai friends