Mar 30, 2012

Al Fatihah kemangkatan Raja Kechil Sulong Perak, Raja Ashman Shah Ibni Sultan Azlan Shah


Al Fatihah..

Dengan perasaan sedih dan dukacitanya dimaklumkan bahawasanya Yang Amat Mulia Raja Kechil Sulong Perak, Raja Dato Seri Ashman Shah Ibni Sultan Azlan Shah telah mangkat pada 30 Mac 2012 jam 1.30 pagi tadi di kediamannya di Jalan Setia Bakti 5, Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur.

Jenazah beliau telah dibawa ke Istana Iskandariah Kuala Kangsar jam 6.30 pagi tadi dan akan disemadikan selepas Asar di Makam Diraja Al- Ghufran, Bukit Chandan.

Yang Amat Mulia Raja Dato' Seri Ashman Shah telah diputerakan pada 28 Disember 1958 dan telah diisytiharkan sebagai Raja Kechil Bongsu Perak Darul Ridzuan pada 11 Mei 1987. Beliau memegang Ijazah Sarjana Muda Ekonomi daripada University of Nottingham, England, dan Ijazah Sarjana Undang-Undang Cambridge University, Barrister-at-Law daripada Lincoln's Inn, London, serta Diploma Undang-Undang Perniagaan, University of London, England. Jawatan terakhir yang disandang beliau sebelum kemangkatan ialah Raja Kechil Sulong Perak dan menjadikan beliau Pewaris Keempat Takhta Kerajaan Perak ( Heir to the throne)

Al- Fatihah. Semoga Roh beliau ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.








15 comments:

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign