Apr 2, 2012

Pengacara TV, Gossip Popular pijak muka wanita 20 Tahun


pengacara

Seorang pengacara rancangan gosip popular berusia 28 tahun bertindak menyerang seorang wanita yang sedang meraikan hari lahir rakannya dalam sebuah pusat hiburan di Jalan Sultan Ismail, di sini, dengan memijak muka mangsa menggunakan kasut tumit tingginya dalam kejadian awal pagi semalam.

Akibat perbuatan pengacara wanita terbabit yang juga bergelar pelakon dan pernah membintangi beberapa siri drama serta telefilem itu bersama beberapa rakannya menyebabkan mangsa yang berusia 20-an cedera di kepala dan terpaksa dirawat di Hospital Ampang (HA).

Menceritakan semula kejadian itu, sumber berkata, semuanya bermula apabila mangsa meraikan hari lahir rakannya itu dihampiri seorang wanita tidak dikenali.

“Wanita terbabit bertanya kepada mangsa adakah dia dengan tidak sengaja terpukul atau melakukan kekasaran kepada sesiapa. Bingung dengan pertanyaan itu, mangsa menafikan dakwaan itu sebelum mendiamkan diri.

“Belum pun persoalan itu selesai, mangsa dihampiri seorang lelaki bertubuh sasa yang terus menampar mukanya menyebabkannya terjatuh,” katanya.




8 comments:

  1. Rasanya macam boleh tahu sahaja siapa pengacara itu. (eh... syak wasangka boleh menimbulkan fitnah, dan fitnah itu adalah berdosa)...

    ReplyDelete
  2. aduh sapa lah agaknyer ek

    tp mcm tak kene gaya je.... mana lah agaknyer adap susila, kalu tak puas hati repot polis jelah... ni tak

    ReplyDelete
  3. eikkkk
    ganasnya..
    siapalah agaknya pengacara muda tu ya dik>

    ReplyDelete
  4. uishhh macam2 hal skrg nie huhuh

    ReplyDelete
  5. yup..ada terbaca..mmg dira pun..

    ReplyDelete

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign