Oct 16, 2012

Yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari diri saya sendiri


Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulillah, kalau sebelum nie badan aku lembik x bermaya,tapi hari nie aku rasa ok sikit berbanding hari-hari sebelumnya. Harap ianya akan kembali normal seperti biasa. Mudah-mudahan , amin ;)

Hampir 2 minggu lebih aku di uji dengan kesihatan yang tidak mengizinkan. Bermula masa ke Palembang lagi aku sudah menunjukkan tanda-tanda moody sehinggalah pulang ke Malaysia. Aku demam beberapa hari dan selepas dari itu aku langsung tiada selera makan sehingga la ke hari ini.

Mungkin di sebabkan terlalu aktif dan banyak travel, Allah menarik nikmat kesihatan dan memberi aku sakit sehingga tiada selera makan. Alhamdulillah semoga ia menjadi kifarah dosa dan menyuruh aku untuk slow down...

Hari ini dengan berat hati, aku terpaksa melepaskan beberapa projek yang aku sudah tandatangani. Walaupun berat untuk melepaskan tapi demi kesihatan aku, aku terpaksa lakukannya.. Sampai bila aku sendiri tidak pasti.. Aku harap ianya akan kembali seperti biasa dalam masa terdekat ini.

Aktiviti online juga terpaksa di kurangkan. Banyak panggilan telifon dan mesej yang aku tidak dapat jawab. Kalau aku jawab pun akan mengambil masa yang lame.. Maaf sangat bukan aku sengaja tapi kesihatan aku yang membataskan semua itu.

Agak stress juga sebab aku seorang yang sangat aktif tapi sekarang aku terpaksa terlantar di atas katil tanpa boleh melakukan sebarang pekerjaan. Dugaan besar bagi aku. Pernah sekali tue aku merungut pada en.hubby tapi jawapan yang aku terima buat aku tersedar, aku x sepatutnya merungut tapi aku harus bersyukur.. ya mama harus bersyukur.. Kata-kata itu yang sering en.hubby ungkapkan pada aku.

En.hubby banyak bagi semangat pada aku. Di saat aku terlantar begini dialah yang mengambil tugas aku. Dia jugalah yang memujuk aku agar aku melepaskan semua kerja yang ada sekarang. Thanks papaboo di atas apa yang papaboo lakukan. Appreciate sangat :)

Pada rakan-rakan blogger, silent reader blog sinar raudah dot com, aku selaku owner blog ini , dengan rendah diri memohon maaf  pada anda semua sekiranya sepanjang aku menulis di blog ini ada kata-kata yang menguris hati kalian semua.samaada di sengajakan mahupun tidak di sengajakan. Yang baik itu datangnya dari Allah dan segala keburukan, kesalahan dan kesilapan datangnya dari diri saya sendiri. Maaf sekali lagi..















21 comments:

  1. semoga amy cepat sembuh

    ReplyDelete
  2. Pia doakan Amy cpt sembuh,rehat ye
    take care,kena bersyukur sentiasa

    ReplyDelete
  3. Allah bagi ruang untuk Amy berehat.

    Semoga segera pulih. :)

    ReplyDelete
  4. amin...amin

    mudahan amy tabah dan sabar..

    kak sentiasa mdoakan y baik2 u kamu skluarga

    ReplyDelete
  5. oh amy x sihat rupenya
    patut lama x update ..
    memang rinduu
    nak singgah x nampak amy ada lalu ..
    take care dikk
    jgn fikirkan sgt masalah ok
    bee strong !

    ReplyDelete
  6. byk2 kan rehat kak. byk sgt kerja tu sampai xde masa rehat utk diri sdri

    ReplyDelete
  7. Ujian dtg tanpa diduga Amy. Amy yg kakak kenal gigih boleh jadi begini kakak sedih dik...

    Utk sementara rehatlah dulu Amy. Kakak doakan dari jauh moga Amy kembali pulih seperti dulu..

    ReplyDelete
  8. Salam amy...
    apa2 dugaan yg mendatang.semoga amy terus tabah dn diberi kesihatan yg baik :)

    ReplyDelete
  9. alhamdulilah dpt hubby setiasa di siso

    ReplyDelete
  10. take care yer amy.. semoga cepat sembuh hendaknya.. insyaAllah..

    ReplyDelete
  11. assalam amy..banyakkan rehat..semogaa my sembuh sepenuhnya

    ReplyDelete
  12. salam..
    ermm..bawalah berehat
    semoga kembali sihat
    seperti sediakala

    ReplyDelete
  13. SEMOGA AMY CEPAT SEMBUH YE... AMBIL KESEMPATAN INI UNTUK REHATKAN BADAN YE

    ReplyDelete
  14. Assalam Amy,
    Sesungguhnya deman dan sakit itu menjadi kifarah (penebus) dosa-dosa jika kita bersabar. Panglima doakan amy sembuh dari demam dan sakit dan dapat bekerja seperti biasa. InsyaAllah.

    ReplyDelete

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign