Apr 17, 2010

AL-FATIHAH UNTUK ARWAH ACHIK SPIN

Pada jam 7 malam tadi (17 April 2010), penyanyi Achik Spin atau nama sebenarnya Abdillah Murad Md. Shari diberitakan telah meninggal dunia dalam sebuah kemalangan berhampiran Perhentian Nilai, PLUS iaitu di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas).
Achik Spin dalam perjalanan pulang dari bersiaran langsung di RTM untuk program Hits1 pada petang tadi.
Achik yang memandu kereta jenis MPV Toyota Estima bersama seorang sahabatnya dikatakan terbabas dan melanggar papan tanda di lebuhraya. Arwah meninggal di tempat kejadian manakala keretanya hangus terbakar. Nasib menyebelahi kawannya yang sempat merangkak keluar dari kereta dan di bantu oleh orang awam.
Jam 8 malam, polis dan anggota bomba masih lagi berada di lokasi nahas dan difahamkan mayat Allahyarham akan dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar di sini malam ini.
Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Polis (ASP) Abd. Halil Abd. Hamzah mengesahkan kejadian tersebut.
Vokalis Spin ini dikenali ramai dengan lagu Paling Comel berduet dengan penyanyi sekampungnya, Siti Nordiana atau Nana.
Achik Spin bernikah dengan Tasha atau nama sebenarnya HM Rosezaitul Suriani Wati pada 18 November 2005. Pada 9 Januari 2007, Tasha selamat melahirkan Putri Rania di Hospital Tunku Jaafar, Seremban. Namun, anak yang keduanya itu meninggal dunia kerana dijangkiti penyakit derita demam panas selama seminggu dan disyaki mempunyai masalah dengan usus dalam perut.
saya ingin mengucapkan salam takziah buat seluruh famili Allahyarham.
Al-Fatihah. Semoga allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. Nampaknya, tahun 2010 menyaksikan ramai sekali insan seni yang telah pergi meninggalkan dunia untuk mengadap Allah Yang Maha Esa.

video di tempat kejadian...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign