Aku pernah berjumpa manusia seperti ini. Setengah tu bangga dengan pergi haji beberapa kali namun perangai semakin hari semakin teruk. Kalau diklasifikasikan sebagai pesakit jiwa mungkin juga ada kebenarannya. Hairan kalau direnungi , kalangan manusia di sekelilingnya ada yang belajar agama bahkan bertaraf guru tersohor pun ada. Kita bersangka baik 'mungkin' mereka telah berhempas pulas menasihatinya. Takkan mereka sanggup membiarkan sahabat mereka terus lalai dan terpesong? kalau mereka tak lakukan sesuatu maka sia-sialah ilmu agama di dada mereka dan mereka juga terpalit disoal oleh Allah swt kelak.
Soalnya kenapa sesetengah manusia berkelakuan begini? Besar kemungkinan ialah tidak menjaga makanan. Kerana hendakkan projek terpaksa merasuah orang itu orang ini misalnya. Ini akan mengakibatkan hati menjadi gelap dan apa yang dibuat dirasakan betul. Dia lupa hidup hanya sementara dan setiap amalan dicatat malaikat setiap masa. Kelak bila mati barulah tersedar dari tidur. Ketika itu peluang untuk meminta maaf sudah tiada. Maka terkapai-kapailah di Padang Mahsyar mencari orang yang telah dikhianati, difitnah , dicercanya untuk meminta maaf.... bukan sekejap, bahkan ribuan tahun. Moga Allah memberikan hidayat kepada mereka seperti ini..
30 comments:
assalamualaikum sahabatku..
iman tak boleh diwarisi..ia perlulah dibajai agar senantiasa mekar dan subur serta tidak layu...
orang macam ni dah gelap hati kot, hati dah keras
moga dpt hidayah dariNYA
assalamualaikum,
kalau otak beku....cairkannya dengan bayak baca buku....
Assalamualaikum Amy,
Bersama kita mencari mawaddah wa rahmah Allah. Sementara masih ada nyawa dipijamkan olehNya....
Saya berharap tahap rasuah di malaysia tak akan menjadi separah di Indonesia. Di sana, nak jadi polis pun, kena rasuah...~haiyooo
sebagai balasan atas perbuatannyer yang dahulu tu yang jadik beku otaknyer...
Yang membezakan darjat manusia di sisi Allah bukanlah kehajian atau kehajahan.. TAQWA..
sama2lah kita beringat...
berdoalah agar kita ditetapkan iman dan taqwa..
hati yang gelap, lama kelamaan akan mati. kadang2 orang pergi ke mekah bukan kerana Allah tetapi kerana orang lain pergi dia pun nak pergi, hati tak bersih...tak ikhlas.
betul tu amy..
kdg2 nama je haji tapi perangan nauzubillah..
moga allah sentiasa beri petunjuk pd kita..
Sebab itu kita akan lihat dlm akhbar, pak Haji bersongkok pun didakwa di mahkamah kerana merogol cucu sendirik!
Berapa Banyak “ter” daaaa...
Sebab itu kita akan lihat dlm akhbar, pak Haji bersongkok pun didakwa di mahkamah kerana merogol cucu sendirik!
Berapa Banyak “ter” daaaa...
amin...org yg mkn duit haram ni kena cpt bertaubat..
sama2 muhasabah diri..
me click HB
Kan..
Setuju sangat..
Kadang2 makan duit haram tu boleh buat hati kita makin gelap owh..
Entry Terbaru : Blog Lucah Semakin Digemari
amy meh sini angah cairkan hehheee letak bom jer
stuju ngan azie
jangan jadi otak tepu...
geram kalau dapat org jenis mcm ni..
lagi2 kalau jenis yg tak hormat perasaan org..dah pernah terkena..sakitnya sampai sekarang pun masih berbisa..grrrrr
berfikirlah gune otak...
jangan buat sesuatu macam org tak de otak...
salam jumaat...
salam
akak, sebab tu ore kato ime dop leh di warisi dan dijual beli..
Zaman nabi dulu, seorang pelacur pun dijanjikan syurga kerana keikhlasannya membantu seekor anjing kehausan minum air. Yang berpurdah, yang berserban belum pasti ke sana. Pakaian luaran bukan menggambarkan isi di dalam. Wallahualam.
Assalamualaikum Amy
minta2 kita dijauhi dgn peranagi macam tu....
Wassalam
bila otak beku...semua keje x menjadi...
bukan nak melatah..tapi ramai yang dah jadikan trend terkini bab kekurangan iman..
ayu bukan otak tepu tapi...suka minum susu tepu,heheh
senyum2 selalu
sama-sama kita doakan agar kita dan mereka sentiasa diberikan hidayah dariNya..
Jom skodeng :Notre Belle Histoire
Jom skodeng :Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Meh klik sini
aah sama2 kita beringat .. taku sebanarnya .. kalau ke tanah suci biarah jiwa dan raga pun suci .. kalau sekadar utk bangga diri .. toksahlahh huhuhu
otak beku?
panaskan kat atas dapur...
kakaka...
betul la amy...
jgn kita nmpak je org tu alim,dia kena perfect...
sedangkan org lain yg kita tak respect sebenarnya alim...
pernah jumpa org macam tu... dah berkali2 naik haji tapi masih beku iman dia... pergi sana cuma mengejar gelaran aje
sedih kan tgk umat islam mcm ni
mengerjakan haji itu bkn mudah dan tak susah jika beriman,kenapa x blh berubah selepas mengerjakan haji?kesian
Post a Comment