Salam Jumaat semua..
Apa kata luangkan sedikit masa untuk kita renung, fikir dan timbang-timbangkan perkongsian hari ini.
Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.
Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apa pun untuk dimakan.
Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.
Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.
Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk dipertemukan jodoh dan diberikan teman hidup.
Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal dunia terlalu cepat.
Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.
Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.
Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.
Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak terlepas dari melakukan kesalahan
Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepadaNYA kerana kita masih mampu untuk terus hidup !
Note: Hari nie en.hubby datang ke Ipoh untuk menjemput ku pulang pada hari ahad ini. Semoga perjalanan en.hubby selamat sampai ke rumah Bonda..amin
 







 ). Ada yang suka makan menjulurkan lidah terlebih dahulu sebelum memasukkan makanan ke dalam mulut berbanding dengan yang normal hanya membuka mulut saja. Ada yang suka makan menggangkat pinggan dan tak kurang yang suka menimbang sesuatu makan tue sebelum masuk ke dalam mulut. Tapi jarang kita jumpa orang yang makan dengan tertib ( aku tergolong dalam part di atas tue ).
 ). Ada yang suka makan menjulurkan lidah terlebih dahulu sebelum memasukkan makanan ke dalam mulut berbanding dengan yang normal hanya membuka mulut saja. Ada yang suka makan menggangkat pinggan dan tak kurang yang suka menimbang sesuatu makan tue sebelum masuk ke dalam mulut. Tapi jarang kita jumpa orang yang makan dengan tertib ( aku tergolong dalam part di atas tue ).










