May 23, 2011

Majlis Perkahwinan berprotokol


Waduh² gawat macam ni! Dari tadi asyik tulis dua tiga patah perkataan pastu padam. Tulis lagi pastu padam.. Kalau macam nie mahu sampai petang nanti pun tak jadi apa nie. Hai la idea datang mencurah² tapi semuanya x sempat nak keluar sebab terkandas trafic jam. Tue yang dari tadi asyik main gear satu gear dua je tue lepas tue brekkk , undur balik kebelakang;).. Kesudahanya habis masa kat situ je!Last amek keputusan pusing seround dua dulu cari ilham nak mulakan ayat..Bila dah dapat terus mulakan cerita takut kalau di biarkan lame² jadi serupa tadi je:)..


Actually aku nak story mory pasal majlis perkahwinan yang aku hadiri baru² nie . Ada dua jemputan yang satu di sebelah siang dan yang satu lagi di sebelah malam. kedua²nya saudara en.hubby! So aku mulakan dulu dengan perkahwinan di sebelah siang ye. Majlis ini berlangsung pada hari bekerja. Kalau orang luar macam aku nie memang agak pelik kalau ada jemputan perkahwinan pada hari bekerja.So bila dah waktu bekerja confirm la en.hubby x dapat menghadirkan diri. Aku bukan nak cerita pasal en.hubby x dapat join sama tapi aku nak cerita pasal sesuatu yang istimewa di majlis itu.U all nak tahu apa , kalau nak tahu sila baca entri ini sampai habis ye;)..

Ok selalu kalau majlis² perkahwinan nie orang yang hadir semuanya nak lihat pengantin betul tak! Terutama bagi orang perempuan la. Nak lihat pelamin dia , hantaran dia , meja makan dia , bilik tidur dia dan akhir sekali baru rupa wajah raja sehari tue.Tapi berbeza dengan majlis yang aku hadiri baru² nie. Sebab majlis nie agak berprotokal sikit kerana di hadiri oleh kerabat² di raja Kelantan dan orang² kenamaan.Walaupun majlis ini berlangsung di kediaman pengantin tapi sambutannya langsung tidak menunjukkan ia satu majlis perkahwinan tetapi sebaliknya seperti majlis di raja. Semuanya ikut adat istiadat istana:). Justeru terfikir sejenak adakah majlis ini di raikan untuk pengantin atau sebaliknya. Orang ramai lebih fokuskan kepada tetamu terhormat daripada pengantin² jadi no 2 pulak:(.

Ini bukan kali pertama aku menghadiri majlis perkahwinan yang di hadiri kerabat di raja nie coz sebelum nie pun cousin en.hubby kahwin majlis berprotokol. Dari segi khemah kena ikut warna di raja , makanan perlu ikut selera di raja , hiasan pun begitu. Sampaikan masa nak tepung tawar pun kena ikut cara istiadat istana tidak seperti biasa.Memang la seronok kalau ada orang kenamaan dan kerabat datang menghadiri majlis kita tapi tidak la sampai semuanya kita kena ikut cara dorang kan! Rasa macam x best pulak. Kita meraikan majlis perkahwinan nie sekali seumur hidup. Kalau dah ikut kehendak orang lain rasa macam majlis itu bukan untuk kita. Macam time aku dulu x de makna aku nak ikut kehendak orang. Aku buat mengikut kehendak aku sendiri. Baru puas hati!:P Apa pendapat korang sekiranya di beri pilihan antara majlis perkahwinan biasa dengan majlis perkahwinan berprotokol nie????

Cousin hubby..cantik kan!!!

Mengenai perkahwinan sebelah malam pula iaitu pernikahan cousin hubby seperti biasa je. Cuma bezanya majlis ini hanya majlis nikah gantung tapi yang menariknya hiasan pelaminya memang superd. Aku puas hati sangat dengan hiasan pelaminnya.. Sebelah en.hubby nie banyak yang melakukan perniagaan andaman , so tak hairan la kalau sesuatu majlis perkahwinan tue nampak grand teruatama hiasan pelaminya dan juga pakaian yang di kenakan. Bila dapat sponsor semua jadi kan! hehehehehe:)

Pelaminnya simple tapi cantik sangat..

Pelamin ada kerusi pulak


27 comments:

eMMe said...

wow....cantik sgt...sume2 cantik...perrrfect!

Kakzakie Purvit said...

Kakak dulu kahwin cara org kampung. Meriah dan tak ada protokal berbagai. Semua saudara-mara & org kampung yg kendalikan.

Pelamin yg Amy tunjuk memang cantik.... Trend masakini.....

sahromnasrudin said...

sy suke hadiri majlis kahwin stail kampong..datang lewat pun takde masalah..takde protokol

munna said...

cantiknya pengantin tu Amy... pelamin pun simple tapi cantik

nurkass said...

salam my dear..
uihhh..mmg cantiklah pelamin tu..berkenanlah..hehe
erkk..kass rasa biarlah majlis biasa2 jek..kalau protokol ni rasa kerdil je diri ni..hehe

eelobor said...

tak pernah lagi hadir majlis perkahwinan yang protokolnya begitu tinggi. setakat ni cuma majlis kahwin biasa2 jer...

ozzy said...

Assalam Amy..

Saya x pernah lagi menghadiri majlis perkahwinan 'berprotokol' spt ini..kalau pergi pun mungkin duduk jauh-jauh hehe..

p/s - terima kasih Amy krn singgah..mmg skrg saya sibuk mengejar dateline utk siapkan keje ni sampai terpaksa bawa balik ke rumah sambung.So for temporary aktiviti blog terpaksa saya ketepikan dulu.semoga amy ceria2 selalu k..jgn sedih2 ajak hubby jalan2 makan2 ke kat tpt yg belum pernah pergi.

☾SHiemaCMa786☾ said...

simple tp wow!..
marbeles..cantik2..

Rinna said...

Pengantin perempuan tuh sweet laa.. dan pelamin tuh memang cantik.. :)

husnalalink said...

berprotokol jika vvip yang dijemput tue memang melibatkan raja dan sultan dsb..

bg saya..sy suke yg simple jer..hehehe..cukup semua orang selesa dan gembira apabila ke jemputan kita..

cantek pngantin pempuan..mcm artiss..

Unknown said...

susah gak ek..yong xbrapa suka sgt kalo berprotokol mcm tu

Scha406 said...

kalau Sha, Sha pilih yg bukan berprotokol la..br kena ngan jiwa Sha yg sememangnya darah rakyat biase...ehehe

cantikla pengantin tu...pelamin pun!

aza ni said...

assalam amy

mmg perkahwinan pelbagai cara dan hisannya, termasuk protokol, yang penting kita raikan pasangan mempelai baru..ikut background, ikut status, ikut marhaen ke tak..

tapi ada satu majlis yang daya pergia tiada poelamin sanding bagai, cuma kenduri kesyukuran, bangsal pun takada..

tau tau yang bersila sebelah saya tu pengantin lelakinya.

siap cedok berlaga sudu dengannya lagi..kah kah kah..

sarah-najwan said...

akak xpenh hadir mjlis kawin berprotokol ini..hehe

rasa mcm nk hadir gak..nk tgk cemana kan..

Adinda Amy Sensei said...

cantikk..

Kamsiah yusoff said...

kalau penuh dgn adat,pantang larang..berprotokol...bosan la jugak...tak terasa kemeriahannya...
akak suka kenduri kat kg2...mesra...takde batas...kat hotel,dewan...pun tak berapa suka...makan ala2 kena kontrol..cakap kontrol...bosan lah...

aanie said...

sy lebih prefer majlis kawin biasa je...x suka protokol...

cantik cousin hubby tu...

klu dapat sponsor utk majlis kawin, mmg la best...

Unknown said...

wow...cantek la pelamin tuh...napa dulu x terpikir nak buat design mcm tuh..hehe

Unknown said...

akak dulu kawen ada pelamin..
tapi tak de sanding2..
belah suami pun tak de pelamin2 ni..
maklum la..
akak ni orang kampung..
keluarga suami dan keluaraga akak
tak berapa suka benda2 gini..

mummyrinazone beauty said...

chantekkk nyer..baju n tuan yang pakai mmg masyukk

ana said...

memang x suka majlis kawen yg protokol...klu boleh elak, ana elak. dh serik!

kurus said...

sgt cantik nak2 penganin yg cantik .. ermm pelamin simple & sweet ..
akak dah banyak kali hadiri perkahwinan berprotokol nie .. kebetulan kami sebelah mak ada darah2 raja .. tapi pelik bila kerabat balik semua mcm org lepas berat di bahu .. suke dan enjoy semacam .. bila ada kerabat .. muke semua KETAT ! hahahhah

Syafiq Rosli said...

wah2..terbaik lah berprotokol ni kan..hee..tp sy ska bese kot..:)

Myra Jay said...

Canteknya pelamin tu kak....
Berkenan giler tgk:)


*macam xbest plak prkhwinan protokal nie kan** Pengantin jd terkebelakang

Sarah Syazwani said...

kalo dah majlis kita kenela ikut cara kita..tp tu la mungkin dh jemput org kenamaan kot...tp yg pelamin tu mmg cantikkkkkkkkk giler

yanamib said...

salam kak..

cantik pelamin tu..

err sy lbh suka kenduri yg sempoi dpd berprotokol..majlis sy pn ramai je vip dtg..tp xde maknanya nk protokol segala..haha..formal sikit² je =)

Sheherazade said...

kalau ade VVIP,protokol

Cantiknya pengantin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign