Apr 23, 2012

Sony Ericsson & Samsung Android 4.0 ICS Ice Cream Sandwich



Entri pagi ini , aku nak ceritakan secara ringkas mengenai  Ice Cream Sandwich? Bukan ice cream yang di makan dengan sandwich ye tapi Ice Cream Sandwich atau singkatannya (ICS) adalah generasi baru OS Android yang di perkenalkan oleh Google selepas versi Gingerbread untuk smartphone dan juga Honeycomb yang dikhaskan untuk tablet..

Apa yang menariknya tentang ICS ni adalah keupayaannya untuk dioperasikan bukan sahaja pada smartphone, malah boleh digunakan pada tablet atau peranti mudah alih yang lain...Ini bermakna dengan hanya satu OS yang sama ia boleh mengoperasikan lebih dari satu jenis peranti yang berbeza tanpa sebarang masalah..

OS mula diperkenalkan pada akhir tahun lepas...Bagi sesiapa yang memiliki smartphone Adroid model lama, masih boleh menyokong OS terbaru ini...tidak kira berapa lama pun usia smartphone tersebut..Namun disebabkan oleh faktor keupayaan perkakasan yang digunakan pada setiap smartphone adalah tidak sama..maka sesetengah fungsi hanya boleh digunakan pada smartphone tertentu sahaja...


Ok di sini aku sertakan bersama senarai ICS untuk handphone Sony Ericsson dan Samsung..

Sony Ericson dan  Android 4.0  ICS ( Ice Cream Sandwich ) 

Update ICS pada April 2012 
* Xperia Ray
* Xperia arc s
* Xperia Neo V

Update ICS pada May 2012 
* Xperia pro
* Xperia arc
* Xperia neo
* Xperia mini
* Xperia play
* Xperia active
* Xperia mini pro
* Sony ericsson live with walkman

Samsung dan Android 4.0 ICS ( Ice Cream Sandwich )  
Buat masa ini yang menerima ICS adalah model seperti berikut..

* Galaxy R
* Galaxy S ll
* Galaxy Note
* Galaxy Tab 7.7
* Galaxy Tab 8.9
* Galaxy Tab 10.1
* Galaxy Tab 7.0 plus

Note: Samsung Galaxy Sll dan  Samsung Galaxy Note akan di kemaskini dengan ICS pada musim pertama 2012. Bagi model yang lain akan datang...


 


8 comments:

☾SHiemaCMa786☾ said...

Wow..
semakin canggih la android ni.. ^_^

bujal X said...

samsung lembap~last2 saya tukar htc~puas hati dalam da ada ics~~keh keh~

Anum said...

thanks for info

atuk said...

Assalamualaikum Amy

tak terkejar dgn kemajuan hp ni...

[sutera kasih] said...

wahhh hebat ni..canggih :)
thanks for the info

Azlina said...

sy pakai samsung ace jer..xpandai nk upgrade version

Unknown said...

dh semakin canggih

Sheherazade said...

laju mcm kapal angkasa teknologi ni :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign