Jan 8, 2017

Penghijrahan jauh lebih indah dari hidup dalam dosa

Salam hujung minggu...

Semua orang ada masa silam.. Semua orang ada zaman jahiliyah. Semua orang ada masa hitam. Semua orang ada masa pahit. Apa pun masa lampau yang kita lalui dulu. Bila sudah berhijrah. Bukan untuk di ulangi kembali. Cukup sekadar mengingati, betapa jijiknya diri kita yang dulu. Begitu juga aku.

Kadang bila bersendirian, selalu berfikir . Masa masa yang pernah aku lalui dahulu. Hinanya aku, kotornya aku. Dosanya aku. Namun ALLAH tak pernah membenci dan membuang aku. Seperti mana aku pernah membuang dia dek kerana mengejar duniawi semata.

Bila lihat aku dulu. ALLAH.. itukah aku? Hidup yang tidak serupa hambaNya. Yang tidak  mengikut perintahNya. Maafkan aku. Dahulu aku tidak mengerti apa-apa.  Bukan tidak tahu, cuma terlalu malas untuk ambil tahu bahawa penghijrahan untuk lebih kepadaMU itu jauh lebih indah dari hidup dalam dosa.

Hidup sentiasa di kejari dengan rasa tidak aman dan tenang.Selalu terasa tidak bahagia.Baru kini aku mengerti, punca sebenar hidup yang tidak tenang itu adalah kerna berpaling dariMU. Juga menjauhkan diri denganMu ALLAH..

Andai memilih untuk berhijrah..Janganlah kita berpatah semula dengan perkara yang jelas tidak diredhai olehNYA. Andai berkorban diri untuk kehilangan segalanya di dunia, semata ingin mencapai redhaNya.Ingatlah , jika engkau berjalan ALLAH datang berlari. ALLAH itu sentiasa melihat. ALLAH sentiasa memberi ruang untuk kita bertaubat. Selagi masih ada jalan kebaikan untuk kita di dunia..

Sungguh hijrahkan diri kerana ALLAH. Tiada yang lebih indah selain mendapat ketenangan dan redhaNya. Hijrah itu indah, cubalah....

3 comments:

eima said...

alhamdulillah ... amy lamanye menghilang .....baby dah besar ??

Sheherazade said...

Assalammualaikum Amy
Apa khabar?
InsyAllah kita cuba jadi yg terbaik dr hari ke hari

Intan Saffyna said...

hi kak, saya datang follow blog akak.. hehe :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign