Salam perkongsian dan salam ceria untuk semua. Pagi yang indah ini , ingin aku kongsikan sebuah cerita untuk renungan kita bersama.. Al kisah seorang lelaki yang juga merupakan seorang bapa yang baru pulang ke rumah dengan membawa sebuah trak baru. Trak yang menjadi kebanggaanya selama nie. Iya lah dapat trak baru kan , sapa x gembira!!!
Trak tersebut di tinggalkan di depan rumah , sementara lelaki tadi membersihkan diri. Anak lelaki itu yang baru pulang dari sekolah ternyata sungguh teruja melihat trak baru lalu kanak-kanak itu menaiki trak itu dan bergendang dengan penuh kesukaan. Akibatnya trak baru tersebut tercalar dan sedikit kemek. Lelaki tersebut berlari ke arah anaknya , memarahi dan memukul tangan si anak kecil itu dengan kayu sebagai hukuman kerana telah mencalarkan trak barunya..
Setelah sang ayah tenang kembali , dia segera membawa anaknya ke hospital. Walaupun doktor telah mencuba segala usaha untuk menyelamatkan jari-jari anaknya yang hancur tetapi ia tetap gagal. Akhirnya doktor memutuskan untuk melakukan pembedahkan untuk membuang ke semua jarinya..Ketika anak kecil itu sedar , dia mendapati tangannya berbungkus kain putih dan di maklumkan sesungguhnya jari jemarinya telah di potong kerana tidak dapat di selamatkan lagi. Anak kecil itu berkata " Ayah adik minta maaf sebab telah merosakkan trak baru ayah" kemudian ia bertanya " tapi bila jari-jari adik akan tunbuh kembali"? Ayahnya tersentak dan seribu penyesalan menyelinap ke dalam minda.
Jadi moral dari story nie , berfikirlah dahulu sebelum kita kehilangan kesabaran dan mengambil tindakan yang membuta tuli. Trak boleh di perbaiki tetapi bagaimana dengan tulang yang telah hancur dan hati yang di sakiti ? Adakah ia mampu di perbaiki juga ?
Terlalu sering kita gagal untuk membezakan antara orang dan perbuatannya.. Kita sering kali lupa bahawa memberi maaf lebih besar daripada membalas dendam. Setiap dari kita tidak terlepas dari melakukan kesalahan dan kesilapan tapi tindakkan yang kita ambil dalam kemarahan akan menghantui diri kita selamanya. Tahan , kawal dan fikirkan sebelum mengambil tindakkan. Memaafkan dan melupakan , mengasihi satu dengan lainnya. Ingatlah , jika kita menghakimi orang kita tidak akan ada waktu untuk mencintainya.. Masa tidak akan di kembalikan , hidup kita ni bukanlah seperti DVD PLAYER yang dapat di backward dan forward.. HIDUP hanya ada punat saja iaitu PLAY dan STOP .. Jadi fikir-fikirkanlah..
Note : Setelah seminggu lebih terperuk di rumah , akhirnya hari nie aku keluar juga untuk selesaikan beberapa perkara. Jadi aku akan balas semua komen yang di tinggalkan sebaik sekembalinya aku dari bank nanti..TQ!
13 comments:
pernah juge terlanjur,xfikir dulu sebelum buat sesuatu pekara ;(
terutamnya bercakap
jadi panduan untuk bakal ibu bapa dalam mendidik anak - anak.. dalam cerita dia memukul bukan kerana mendidik tapi kerana marah sebab tu jadi macam tu. Kalau mendidik, takde didikkan yg mengajar kita sehingga mengakibatkan kecederaan pada anak. Moga jadi pengajaran buat semua
TERKINI: KENA BELASAH DENGAN SUAMI SEBAB MENGIDAM
itulah..kene kawal marah ni..
salu istighfar..
tenkiu amy share cerita ini..akak ada gak dgr cerita ini tapi versi lain..MIL akak yg stori..
Assalamualaikum...
Kita dibekalkan dengan akal dan nafsu. Bila kita gagal mengawal nafsu hasilnya penderitaan yang kita perolehi...
dah penah baca benda ni, sian btl anak dia
bila marah kena sentiasa beringat..
sesal dulu pendapatan...
mmg betul, bila buat keputusan dlm keadaan marah, byk hati yg disakiti secara x sengaja...jadikan cerita ni sbg pengajaran...
pagi tadi pun br bc psl suami pukul isteri tgh pregnant sbb isteri mengidam benda pelik..alahaiiii tipis betul kesabaran manusia skrg ni..sangat sedey bc citer2 mcm ni
salam
tersentuh membaca entri ini...memberi maaf lebih baik, tp tiada istilah maaf ke dua untuk kesalahan kedua pada org y sama..huhuhu
Assalam Amy...Sedih laa citer nie...huhuhu
sedih entry ni;...tapi lagi sedih bila bace ape yg akak kena settlekan tuu...
tersentuh baca entry ni..sian mat bangla tu..
salam amy.
marah itu umpama api.kalau tak dikawal, merebak membakar semua yang di sekeliling.
Post a Comment