Mar 15, 2011

Happy before success


Gembirakan dia, ukirkan senyuman di wajahnya.

Salam ceria buat semua,

Adakah kegembiraan datang selepas kita berjaya?

Jawapan bagi persoalan tersebut terpulang kepada individu itu sendiri dalam mentafsirnya. Namun, aku teringat kata-kata seorang sahabat aku yang menegaskan bahawa kita perlu gembira sebelum berjaya.

Jika kita tidak gembira sepanjang perjalanan kita menuju kejayaan, pasti kita akan lebih tertekan. Kita akan terasa lebih jauh perjalanan kejayaan kita. Kita bertambah stress apabila apa yang kita lakukan tidak membuahkan hasil. Orang sekeliling sudah mula berkata-kata. Semangat makin pudar dan akhirnya kita serah diri.

Namun, jika kita bergembira dalam perjalanan menuju kejayaan, kita akan lebih menghargai setiap jatuh bangun perjalanan menuju kejayaan yang semestinya tidak semudah yang kita fikirkan.

Perumpaannya begini, jika korang telah mendapat 1 tiket percuma untuk ke London. Korang sudah membuat persiapan, mengemas pakaian, merancang tempat-tempat menarik untuk dikunjungi dan 1001 persiapan lagi. Walaupun masih tidak sampai di London ( sebagai destinasi yang akan mengembirakan korang), korang sudah berasa gembira kan? Korang buat persiapan dengan hati berbunga-bunga kerana korang yakin korang akan sampai ke sana.

Jadi jika korang yakin korang akan berjaya, kita seharusnya perlu rasa gembira bermula saat ini betul tak?


Note : Entri ini untuk motivasi diri aku. Tapi kalau dah berjaya tue bersyukur sangat,,caiyokkk amy syaquena semoga aku akan memperolehi kedua2nya satu masa nanti..amin


19 comments:

::FAIZ:: said...

Kadang-kadang rasa dah nak berjaya dah, gembira dah, tapi ketentuan takdir, tak berjaya.. sedih...

Sheherazade said...

bagus sgt motivasi ni dear :)

akan cube utk gembira selalu

apezs shah said...

salam

kak jika tetiba xjadi pergi London.
selepas gembira mesti ase hiba kan..
cuma ada betol motivasi arini
kak. mcm kita kena gembira..:)

Kakzakie Purvit said...

Kakak tumpang gembiar kalau Amy dah mamapu menggembirakan hati sendiri. :)

Tuan Din said...

erm..
bg tips tuk mengembalikan 'Semangat Yang Hilang' boleh?

sahromnasrudin said...

assalamualaikum...

sy doakan semoga kejayaan terus berada dalam dakapan awak dan suami

eelobor said...

gembira sebelum & selepas....boleh? hihihihi

me suya said...

smoga akaka berjaya dan gembira selalu tak kira sebelum atau pun selepas

nurkass said...

aha..betul jugak..
gumbira selalu..hehe

noor said...

insyaallah amy..

Chekgu Azrine said...

salam singgah..amy nak dapat baby ke??

azzey said...

Dgn ertikata lain kita perlu gembira dengan apa yang kita lakukan...:)

ibuintan said...

yes, setuju


gembira tak semestinya selepas berjaya saja, bergembira untuk mencapai kejayaan juga akan mendatangkan kepuasan yang lebih

hai.. contohnya tetap london juga kan, caiyok moga sampai nanti

yanamib said...

setiap org ada tafsiran sendiri utk kejayaan..smoga agak berjaya capai apa yg akak nak =)




apa kata anda??>>
TAKDE KAD, TAKNAK DATANG KENDURI KAU!!

My Little Diary said...

yes... itu lah yang betul nya.. babe! :)

Dr K said...

Motivasi yang bagus...

Bunga said...

sis..betul2..

☾SHiemaCMa786☾ said...

bermotivasi..betul tu amy..sokong!..
insyallah..cma doakan amy berjaya memliki apa yg amy idamkan..

atuk said...

Assalamualaikum Amy

moga kegembiraan selari dgn kejayaan

Wassalam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign