“Kata-kata adalah satu doa” Perkataan yang sering en.hubby katakan pada aku.
Korang tentu pernah dengar orang tua mengungkapkan kata-kata tersebut dan kebiasaan kita hanya disuruh untuk bercakap perkara-perkara baik dan positif sahaja. Kenapa? kerana setiap percakapan , perbuatan dan imaginasi kita akan dirakam oleh minda separa sedar, dan minda separa sedar akan bertanggungjawab untuk merealisasikan setiap kata-kata dan imaginasi kita.
ALLAH mengurniakan kelebihan kepada minda untuk berimaginasi, tidak kira samada imaginasi positif ataupun negatif. Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dengan imaginasi. Imaginasi yang baik, memberikan hasil yang baik, manakala imaginasi yang buruk akan memberikan hasil yang buruk, dalam erti kata yang lain, kita bertanggungjawab kepada apa yang diimaginasikan.
Menurut kata Geoge Bernard Shaw,” seorang insan yang mempunyai minda dan sedar mengenainya , bila-bila masa akan dapat mengalahkan sepuluh insan yang mempunyai minda tetapi tidak sedar mengenainya”.
Albert Einsten berkata, “Imaginasi lebih penting daripada pengetahuan” . Maksudnya imaginasi akan menjadi pengetahuan apabila ianya dibuktikan di alam nyata. Walau bagaimana pun sebenarnya kita memerlukan pengetahuan terlebih dahulu sebelum berimaginasi.
Oleh itu gunakan minda anda sebaiknya. Gunakan ia kearah yang positif, kerana minda sedar anda diibaratkan seperti ‘ pintu gerbang ‘ yang berfungsi melindungi minda separa sedar anda daripada kesan-kesan negatif. Oleh itu, awasilah setiap apa yang kita fikir, ucap dan percaya. Fikir positif dan lakukan yang positif..insyaALLAH kita akan berjaya..
21 comments:
salam
kak bagaimana pulak
kalau fikiran kita asik diselubungi
dgn sikap -ve je.
dia lebih kuat dr +ve?
sgt setuju,kita kena ucapkan yg baik2
InsyAllah
salam
kak, kita makan tomyam gak semalam...besh...hehe
salam jumaat...
btul lah, org tua2 selalu ckp camtu, apa kite ckp tu 1 doa, sbb tu mak tak bg ckp yg bukan2 sbb ckp2 kite 1 doa... kalu dh ulang2 bnda yg sama kan
apa ape pun kene positif
betul tak...
doa lah utk kebaikan kite bersama...
selamat hari jumaat =)
Salam jumaat...harinih nak sebut menda2 baik je...hehe
Terutama bila marah anak-anak jangan sesekali keluar yg -ve. Ia boleh menjadi doa. Siapa yg rugi?....
tag sr join ga ni http://sichumelpinky.blogspot.com/2011/03/jom-join-giveaway-pertama-peony-pinky.html
sbb tue kite nie xbleh cakap sebarangan terutama sekali ibu..nak pulak kata2 ibu di makbulkan allah..
kalau marah2 kan anak tu sebut yg baik2 ye... jgnlah keluarkan kata-kata yg buruk.. kata2 ibu doa buat anak mereka
"the positive thinkers sees the invisible, feels the intangible and achieves the impossible"
^_^
Assalamualaikum Amy
tidak semistinya menadah tangan itu tanda berdoa
Wassalam
nak nak doa dari seorang ibu. betul tak amy?
Yupp.. setiap baris ayat juga patah perkataan kite adalah 1 doa...
btol la kata2 tu satu doa..kalo kite asyik ckp mende yg buruk2 je nnti kite akan pk ke arah yg negatif je..pastu kite akan buat yg negatif tu..huhuhu.. ;p
teringat lagu wali band..
setiap kata adalah doa..
sebab tu lah bila dah jadi ibu2 ni..bercakap kena berlapik..kalau tidak, jadi ikotan tak elok utk anak2
btl2..ckp adelah satu doa..
ade hadis yg meriwayatkan..
tula...kite kena jaga percakapan kite..
Assalam...
"kata-kata dusta itu lahir dari hati yang buta"..maka berhati-hatilah apabila melahirkan tutur kata.
Begitu juga ibubapa perlu menjaga tutur kata pada anaknya kerana kata2 dari ibubapa juga merupakan satu doa buat anaknya.
Post a Comment