Mar 22, 2011

Kehendak hati dan akal saling bergelutan


Hidup ini ada kalanya agak susah juga memujuk hati..Sebab antara kehendak hati dan akal saling bergelutan. Tidak cukup dengan itu, antara kehendak hati dan takdir ALLAh yang cukup baik itu juga hebat bersaing. Dan akhirnya, yang menang adalah ketetapan takdir ALLAh yang sudah tertulis di sana.

Apabila kehendak diri dan takdir bergelutan, amat sakit sekali.

Dan di sebabkan itu juga, ramai yang tertunduk dan duduk terkulai. Tidak mampu untuk berdiri. Sebabnya, tidak dapat menundukkan kehendak diri dengan akal yang waras mengenai apa yang terjadi. Begitulah yang aku alami sekarang nie. Tiada kata yang dapat aku ungkapkan , melainkan berdoa semoga allah memberi aku kekuatan untuk menempuh segala dugaan nie. Tiada tempat untuk aku luahkan betapa sukarnya aku terima semua nie. Aku cuba menjadi lebih kuat tapi malangnya aku tewas dengan perasaan sendiri. Aku juga insan biasa , adakala aku tak mampu nak menahan sebak. Walaupun hakikatnya aku tahu semua itu dugaan illahi.Sepatutnya aku kena terima dengan hati terbuka.

Ya allah berikanlah aku kekuatan untuk menempuh segala ujian ini..

Kawan-kawan , aku baru balik dari klinik. Something bad news yang aku terima dan besok pagi aku terpaksa mendapatkan rawatan di HUSM. Berkemungkinan besar , aku akan menjalani pembedahan dalam masa terdekat ini. Doakan aku ye kawan-kawan! Perasaan aku sekarang nie , rasa macam nak menangis dan meraung sekuat-kuatnya..Sakit sangat............


Note : Tadi baru dapat berita gembira satu projek aku telah di luluskan dan petang pula terima berita duka..Dua perasan yang aku rasa dalam satu hari..huhuhu!! :(






26 comments:

syuwai said...

kuatkan semangat ya. Allah turunkan dugaan pada hmbanya adalah bukti kasihNya. >.<


p/s kalau ada kelapangan dijemput join my first GA ya http://syuwaistory.blogspot.com/2011/03/ga-lets-go-green-save-earth.html

SHAFIDA said...

SAKIT APA? SAYA DOAKAN SEMOGA CEPAT SEMBUH YE AMY....

eelobor said...

Insya Allah, semoga amy selamat dan sihat sokmo

Noor Fatin said...

kak. saya doakan akak cepat sembuh. sabar byk2 dan tabah hadapi dugaan. ni Allah nak uji.. sabar k..

me suya said...

Alhamdulillah kepada berita gembira dan takziah kepada berita tak gembira. Lumrah hidup kan kak.. pelbagai rasa.

niesz said...

nape kak?akak sakit apa? hope semuanya ok dan selamat, bnyk2 kan berdoa ye kak..ni semua dugaan dr ALLAH, hope kak tabah hadapi dugaan nie..

faiz said...

insyaallah...pembedahan selamat..semoga cepat sembuh..

Dr. Amirah said...

semoga akak cepat sembuh :)

Panglima7 said...

Amyy.....Hanya doa yang dapat panglima panjatkan buat Amy di sana. semoga Amy sentiasa sihat dan ceria seperti selalu. Mudah-mudahan Allah mudahkan semua ini buat Amy.

Banyakkan baca ini Amy ketika di dalam kesusahan dan gundah gulana. "Hasbunallah wa niqmalwakil, Niqmal maula wa niqmannasir." Maksudnya. "Cukuplah Allah sebagai penolong ku,sebaik-baik pelindung dan dialah sebaik-baik wakil bagiku". dan berniat ketika membacanya...apa yg Amy hajatkan. InsyaAllah Allah akan selesaikan. aaminn.

Fazleyatul Aini said...

kenapa kak
saya harap akak sihat2 hendaknya

ahmad humairi said...

Assalamualaikum,

Pada waktu ini, hanya Allah yang dapat mengubat segala kepedihan. Menangislah keranaNya. Allah Maha Mendengar.

Moga cepat sembuh.

☾SHiemaCMa786☾ said...

amy...yallah...operation utk ape tu??
huhuhu...insyallah...semuanya akan oke..take care dear..

marinahunny said...

semoga cepat sembuh ye amy ;)

be strong k.

sahromnasrudin said...

assalamualaikum amy...

awak kena operation???? saya doakan awak cepat sembuh ya...jangan lupe baca doa nabi yunus..

"laillahailla anta subhanaka inni kuntu minazzolimin"

Ati Masrif said...

semoga amy tabah dan kuat semangat

semoga segala urusan di permudahkan

noor said...

semoga sihat yer amy

ibu qaleesya said...

salam akak.. bnyakkan bersabar.. moga akak tabah hadapi semua tu

Kakzakie Purvit said...

Amy.... kakak rasa terkejut sangat. Harap operation tu tidak menjejaskan apa yg ditunggu selama ini. Malam ini solat hajat sesama kita moga Allah beri yg terbaik buat Amy....

Misz-ella said...

kc doakan amy kuat.

Sarah Syazwani said...

lama x jenguk amy..tup tup dpt khabar mcm ni..semoga amy tabah ye dgn dugaan yg dtg...insya Allah ada hikmah disebaliknya

alin said...

sabar ye..semoga tabah hadapi dugaan ni..

Anonymous said...

kita doakan yang terbaik utk awak... tabahkan hati ya ~

mamaijat said...

..Allah x menduga hambanya yang x kuat..
i know you are strong enough!
insyaallah ,semua akan selamat...

Panglima7 said...

Assalamualaikum Amy. Apa Khabar agaknya Amy di sana...semoga dlm peliharaan Allah hendaknya. huhuhu

Bunga said...

semoga kuat semangat..Ya Allah kuatkan hati sahabat ku..amin..

Sheherazade said...

tabah la syg,ok
i'm with u

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign