Mar 9, 2011

Mind set




Dikisahkan ada seorang pengembara telah melawat sebuah pusat pelancongan di Thailand. Di sana terdapat seekor gajah yang besar yang telah dirantai. Pengembara itu kehairanan dan tertanya-tanya kenapa gajah itu tidak melepaskan diri walhal rantai itu halus sahaja dan kalau diikutkan ia mampu menumbangkan pokok dengan kekuatan yang ada padanya.

Lalu ia pun bertanya kepada pengembala gajah yang ada di situ apakah rahsia yang digunakan. Pengembala itu menjawab, sebenarnya gajah tadi telah dirantai semasa kecil lagi. Ketika itu rantai tersebut berpadanan untuk menyekat gajah dari melarikan diri pada ketika usia tersebut. Dan semenjak itu rantai itu tidak pernah dicabut pada badannya sehinggalah ia dewasa. Apa yang dibuat ialah untuk meletakkan kepercayaan pada gajah tersebut bahawa ia tidak mampu untuk memutuskan rantai tersebut walau apapun yang dilakukan. Maka bila besar kegagalan tadi terus tersemat dalam mindanya.

Maka kita demikianlah juga. Kadangkala kita menganggap kegagalan yang lepas akan berterusan hingga kini walhal masa sudah berubah, teknologi sudah berubah dan persekitaran juga sudah berubah. Kenapa kita tidak mencubanya lagi, kerana belum cuba belum tahu.


37 comments:

Sheherazade said...

setuju :)


tp pia nya mind set nak bgn 5pagi kalo bkn bln pose blum tercapai lg hehe

apezs shah said...

salam

wow kak de best walaupon hanya perumpamaan yg pjg tapi mmg bermakna..:) tq

nurkass said...

setuju!!
kegagalan itu adalah pengalaman untuk terus berjaya..

missbby said...

Memang betul..belum cuba belum tahu..Harus diaplikasikan dalam kehidupan.....:)

noor said...

miss u amy...br dpt BW..

sahromnasrudin said...

setuju...

berani utk gagal adalah asas kpd kejayaan tetapi jangan sesekali ulangi kegagalan itu :-)

IMANSHAH said...

kegagalan merupakan kejayaan yang tertangguh

Zaidah said...

setuju....jangan jadik macam gajah tu udahlah....yang mind set kita kena ubah....jangan biarkan kegagalan menguasai..

Kakzakie Purvit said...

Bila minda terus lena dibuai mimpi akan jadilah kita seperti gajah itu.

Myra Jay said...

Nasihat yg baik nie kak..
Betul tu, yg penting kita kena berusaha..

eima said...

satu motivasi yg sgt bagus ..bukak pemikiran kan ...

Aida Tamrim said...

Ooowhh.. sesangat bermakna n3 ni.. Memberi 1 juta pengertian pada yang memahami maksud disebalik ;D

Dda Ly said...

hihi mungkin, putus asa sbb da gagal kot..:) tp kalau kuat semangat nye tu mesti tak ebrenti untuk mencuba..:)

yanamib said...

yup blom cuba blom tahu..kena rajin explore kemampuan diri..=)

ozzy said...

Assalam..

Kita perlu memecahkan minda untuk mencuba kerana selagi tidak dicuba kita tidak akan tahu keupayaan kita.

p/s- untuk menjawab soalan mozek itu.Gunakan mesin polish pengilat lantai untuk mengikis dan mengilatkannya semula.Kemudian barulah boleh gunakan pencuci lantai serai wangi untuk mengekalkan kilatnya.

atuk said...

Assalamualaikum Amy

sekali gagal bukan utk selama lamanya
Insyaallah berjaya
cubada cuba lagi disamping berdoa

Wassalam

Anonymous said...

belum cuba belum tau..sebab tu skrg MDT sedang dalam proses nak menambah baikan potensi diri..eceh!

Izan Ishak said...

betul tu amy. masa boleh mengubah segalanya kan. cuma kadangkala ketakutan menguasai diri...takut utk gagal lagi~

marinahunny said...

setuju sgt ;)

ahmad humairi said...

ketahuilah yang bahawa kita bukannya gajah.

Anonymous said...

waaah dalamnie maksud tersiratnya..so tauladannya harus kena cuba sesuatu yang baru..ada gak ramai yang tak dapat terima perubahankan?takut nak hadapi teknologi.ada yang terlebih pandai sampai merosakkan diri.

NM02 said...

argghh.... dua malam lepas, mmg ai mimpi kena kejar dek gajah.. demmmm

eelobor said...

bila baca entri nie, macam dapat semnagat baru ler. betul tuh amy, saya sokong

Miss PIJAOSIX said...

bangkit dari kegagalan itu PERLU...tp nak menjadi ke arah itu perlukan kekuatan minda dan sokongan..

Yasminhamid said...

nasihat yang berguna.. renung2 kan..memang susah nak ubah kebiasaan kalau mind kita dah set macam tu..

☾SHiemaCMa786☾ said...

amy..
suka cma bc..
nasihat yg berguna..

wahida said...

kegagalan mematangkan kita...

faiz said...

btol la...mind set ni byk menggagalkan kite...

ieda said...

setuju sgt2 .. x tercapai akal akak ini .. cuma duk bayangkan rantai yg dipakai gajah itu x pecah ker .. sbb dia pakai dari kecil kan huhuhu :)

Adinda Amy Sensei said...

gajah oh gajah..kenapa engkau besauuu?hehe

Siti Nurhayati Dollah said...

Bila kita fikirkan kita boleh, kita boleh melakukannya. InsyaAllah. Tapi kalau kita fikir tentang kegagalan, kita mungkin akan gagal.

Unknown said...

SETUJU

takkan nak ditakluk lama...kena ada keberanian..kena ada keyakinan..
SEMANGAT!!!!!!!1

AngahSayang2314 said...

sokong...sokong

sarah-najwan said...

tu la..sikap bole berubah..aci gapo...

tapi itu lah..seme ckp xle..
hendak 1000 daya..jika xnak..bykkkkkkk dalih

Dr K said...

Moralnya, kita jangan jadi macam gajah..:)

Cik SHiNJU said...

Betul la kan...
Kita kena ubah mind set yg -ve utk berjaya!

KUREKURE COMEL said...

hidup di selubungi kegagalan...


suka cerita ni....byk pengajaran la...huhuhu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign