Mar 11, 2011

Sentiasa bersemangat dan ceria selalu




Semoga sentiasa memulakan hari anda dengan penuh semangat dan kecerian. Apabila kita memulakan hari dengan perasaan yang tidak berapa OK, percayalah sedikit sebanyak ia akan mempengaruhi keseluruhan hari kita. Jadi bangunlah dari tidur dengan kesyukuran yang tidak terhingga kepada Yang Maha Esa kerana masih diberi kesempatan untuk meneruskan kehidupan ini.

Bagi memulakan hari yang bertenaga, pastikan kita tidak mengabaikan sarapan pagi walau dengan hanya segelas susu suam. Ia akan memberikan kita tenaga untuk memulakan hari dengan ceria.

Sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang dikurniakan. Apabila kita belajar untuk mensyukuri sesuatu yang kita miliki secara tidak langsung kita tidak akan tertekan dengan kehidupan yang kita lalui. Kita yakin itulah bahagian yang ditentukan untuk kita.

” Kita Merancang, Allah Merancang, Tetapi Perancangan Allah yang Paling Terbaik ”

Berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam segala perkara yang kita lakukan. Tanpa kesungguhan, segala yang kita impikan tidak akan kita capai ( kecuali atas kehendakNya). Walaupun kita tidak mendapatkannya hari ini, tapi tidak bermakna kita tidak akan mendapatkannya sampai bila-bila. Tuhan itu Maha Adil. Dia tahu yang terbaik buat kita.

Jangan terlampau memandang sejarah hitam yang berlalu dalam hidup kita. Kadang-kadang kerana terlampau dibelenggu kegagalan masa lalu menjadikan kita buta untuk melihat kejayaan yang akan datang. Kita termangu dan termenung memikirkan kegagalan lampau. Kegagalan sepatutnya dijadikan sebagai satu pelajaran penting dalam menempuh kehidupan ini. Gagal tidak bermakna terus gagal, tapi jika terus menganggap diri gagal maka memang kita akan terus gagal.

Apa kata mulai hari ini, kita cuba untuk mendapatkan MOOD yang sentiasa ceria.

16 comments:

BIONIC WOMEN said...

semoga hari Amy ceria-ceria selalu..

atuk said...

Assalamualaikum Amy

kita mulakan dgn bismillah

Wassalam

Sheherazade said...

InsyAllah :)

nice entry ,rse bersemangat

Normaliza said...

Betul tu amy. tapi kadang2 dah cuba nak ceria, tapi tak leh gak..huhu

sarah-najwan said...

akak ceria ajo pagi ni sb ditambah pemangkin hubby akak da abis meting kat KK selama seminggu..huhu

nurkass said...

ye betul..
ceria2 selalu..
semangat..semangat..

Zura Tahir said...

gagal sekali tidak beerti gagal selama2nye...itu prinsip akak tue amy..

noor said...

ceria dan ceria amy..
awet muda gitu

eima said...

hari ni cerai tp tak brape nk bermaya sgt .. rasa letih la ...
selera dah kurang

Kakzakie Purvit said...

Bagus suka kakak.... Amy pun sama juga.

p/s: selalulah lihat gambar baby yg comel-comel. Tak mahu sepet macam tu. Nak besar mata macam Amy/Amirul. Hehehe...

me suya said...

jom kak.. mulakan segalanya dengan semyuman.. dan bismillah.. Ceria seharian~

Linglung said...

angin saja santapan pagi gua hari ini.

A.s.t.i.n.a said...

hati tgh sedih.. tak mampu nak gumbire :(

sahromnasrudin said...

sy baru lik miting kat pejabat tanah..alhamdulillah mood saya baik hari ini..program berjalan lancar :-)

Anonymous said...

hari2 dpt kata2 @ tazkirah motivasi cenggini bagus gak!

☾SHiemaCMa786☾ said...

cma ceriaaaa hari ni..hrp2 amy pun ceria sama...:p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign