Mar 14, 2011

Sukarnya memujuk diri


Salam ceria,

” Allah berikan apa yang kita perlu bukan apa yang kita mahukan”

Pada hari ini aku menerima satu dugaan yang begitu berat aku rasakan. Dalam keadaan yang tidak berapa sihat ini, terasa diri begitu lemah untuk menghadapinya. Tapi aku kuatkan hati dan semangat. Allah tak berikan sesuatu ujian yang tidak mampu dihadapi oleh hambanya.

Aku perlu kuat. Aku perlu tabah.

Kadang-kadang sesuatu ujian itu datang untuk menjadikan kita lebih matang dan menghargai sesuatu yang kita miliki. Kita perlu berusaha untuk redha dengan keadaan yang telah Allah tentukan untuk kita. Mungkin hikmahnya belum kelihatan.

Memang susah untuk memujuk hati supaya menerima dengan hati terbuka. Namun perlu berusaha dengan sedaya upaya. Bila Allah timpakan sesuatu ujian mungkin kerana dia nak berikan kita nikmat yang lebih besar lagi. Jadi aku perlu banyakkan sabar.

Ya Allah, berikan aku kekuatan untuk menghadapi ujianMu ini. Jadikan aku insan yang tabah dalam apa jua cabaran yang kau tetapkan untukku. Jadikan aku lebih hampir kepadamu. Jadikan ini permulaan untuk aku lebih berjaya dan menjadi seorang yang kuat menghadapi cabaran hidup. Amin

20 comments:

apezs shah said...

Salam

kak Amy kenapa?
Adek harap akak dapat jalani dan
hadapi dengan tabah.. Semoga
semuanya dalam keadaan yg baek baek aje...

Sheherazade said...

InsyAllah AMy tabah orang nya :)

btl,Allah Maha mengetahui

Fazleyatul Aini said...

berdoa kepadaNYA adalah yg terbaik

Kakcik Seroja said...

Semoga dugaan yang datang itu membuatkan Amy menjadi lebih kuat dan tabah. InsyaAllah.

norihan said...

Semoga amy tabah menghadapi setiap dugaan yang diberikan...sabar ye amy...

sahromnasrudin said...

assalamualaikum sahabatku...

sesungguhnya Allah tidak akan menguji hambanya jika ia tak mampu hadapi ujian itu..sesungguhnya sdri adalah dikalangan mereka yang bertuah menerima ujian ini..semoga sdri tabah ya....

me suya said...

akak
kenapa? take care yer,
SUya doakan akak elok2 dan tabah menghadapi ujian kali ni

ana said...

allah tak akan beri ujian pada hambanya kalau hambanya itu tak mampu untuk menanggung ujian itu...semoga tabah!

ZahaZikriZiey said...

kdg2 ape yg berlaku ade hikmah disebaliknye...sabar tau..dugaan tu yg mengajar kite erti kesabaran..

ZahaZikriZiey said...

sabar tau amy..

bunga_rose said...

Nape ni Amy?? Banyakkan bersabar ye Amy, harap2 sumernye ok..

ieda said...

semoga amy tabah ya .. sebagaimana sukar sekalipun kita harus lalui segala ujian ini dengan kuat ..

akak percaya amy mcm akak .. wanita yg kuat ... insyaallahh

munna said...

aduhai... kanapa ni Amy....

Kak munna doakan amy tabah menghadapi dugaan ini ye....

Dr K said...

sabar..istighfar....

setiap dugaan itu pasti ada penyelesaiannya..Allah tidak pernah zalim ke atas hamba2Nya

azzey said...

Ketabahan itu mmg perlu....moga terus tabah ye

Kakzakie Purvit said...

Selagi kita hidup ujian pasti ada sama ada besar/kecil dan kena kuat/tabah dalam menempuhnya. Asam-garam kehidupan Amy....

Kamsiah yusoff said...

salam
DIA memberi ujian sesuai dgn kemampuan kita...hikmahnya tak terjangkau dek akal kita..namun DIA lbh tahu apa yg terbaik utk hambaNYA

ch!natsu said...

nape amy.. be str0ng yer..
insyaAllah chin doakan..

ozzy said...

Assalam..

Dalam kehidupan ini ada kalanya kita perlu berdepan dgn bermacam dugaan dan cabaran.
Membaca cabaran yg dilalui oleh pengasas sendayu tinggi 'puan rozita' cabarannya lebih hebat dan akhirnya dia berjaya membina empayarnya sendiri.

ibu qaleesya said...

salam kak..
setiap ujian yang DIA bagi adalah untuk umatnya supaya sentiasa bersyukur..

tabahkan hati akak ye

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign