Mar 21, 2011

Yakin dengan kebolehan diri sendiri


Hari ini adalah hari pertama Abu menaiki kapal terbang. Dia tiba lebih awal di lapangan terbang untuk meninjau persekitaran lapangan terbang yang baru pertama kali Abu jejaki. Penerbangan ke Langkawi iaitu destinasi yang dituju oleh Abu akan berlepas 2 jam lagi.

Sedang beliau asyik meninjau kedai-kedai di lapangan terbang tersebut. Abu tertarik dengan satu alat penimbang yang boleh bercakap dan Abu begitu tertarik untuk mencuba.

Dia mengeluarkan syiling 50 sen dan terus memasukkannya pada slot yang telah disediakan. Setelah wang tersebut dimasukkan alat penimbang itu mula bercakap. Selamat petang En. Abu, umur anda 36 tahun dan berat anda adalah 75kg.

Abu tersentak apabila mendengar kata-kata alat penimbang tersebut. Semua apa yang diperkatakan oleh dirinya adalah tepat. Abu terasa pelik dan timbul tidak percaya akan kehebatan alat penimbang tersebut.

Abu sekali lagi mengeluarkan duit syiling 50 sen dan mencubanya sekali lagi. Mesin penimbang tersebut masih juga memberikan jawapan yang sama.

Kening Abu semakin berkerut kerana tidak percaya dengan apa yang didengarnya. Dia mencuba lagi tetapi kali ini membelakangi mesin tersebut. Kata-kata dari penimbang tersebut tetap sama dan masih tepat mengenai dirinya.

Kerana masih tidak percaya dan ingin menguji alat penimbang tesebut, Abu pergi ke kedai menjual alat solek dan menjual pakaian wanita, Abu menyarung pakaian wanita dan menyolekkan dirinya supaya berubah dari wajah yang asal. “Kali ini alat penimbang itu pasti tidak kenal aku lagi” kata Abu di dalam hati.

Abu berdiri semula di atas alat penimbang tersebut dan mesin mula bercakap ‘ Selamat petang En. Abu, umur anda 36 tahun dan berat anda adalah 75kg.

Ketika itu juga kedengaran “Penerbangan Ke Langkawi bersedia untuk berlepas”.

Moral:

Bagi sesetengah orang rasa tidak percaya pada diri sendiri adalah terlalu menebal dan ianya adalah satu sikap yang sememang merugikan. Bila telah pasti sesuatu perkara,tetap juga masih mencari bahagian mana yang perlu dipercayai. Inilah sikap semulajadi yang amat merugikan.

Tebalnya rasa kurang percaya pada diri sendiri adalah punca kegagalan dalam apa jua bidang. Ada juga yang telah pasti dengan satu-satu peluang dan disahkan peluang itu adalah terbaik, disebabkan tidak percaya pada diri sendiri, peluang tersebut terlepas .

Di dalam perniagaan ramai sekali yang kurang dan tidak mempercayai peluang yang telah tersedia. Akibat kurangnya kepercayaan tersebut, akhirnya jauh ketinggalan berbanding dengan orang yang telah pasti dan yakin dengan kebolehan diri sendiri.

17 comments:

apezs shah said...

salam

kenapa mcmtu sekali..
harus dan yakin.. :)

norhidana said...

salam isnin...

seronok baca cite psl abu tuh... heheh dek kerana tak percaya sgt sampai terlepas flight hehehe..

lumrah mentaliti org2 kite mmg mcm abu kan...

**saya dh update blog dh, jom jln2

::FAIZ:: said...

percaya pada diri dengan harapan dan keyakinan... (tetibe lagu af)

Anonymous said...

pun kdg2 rasa mcmni..sob..sob..

sahromnasrudin said...

assalamualaikum sahabat..

saya doakan sahabat kan menjadi usahawan yang berjaya dan dapat memperkukuh agenda ekonomi bumiputra kita :-)

sahromnasrudin said...

assalamualaikum sahabat..

saya doakan sahabat kan menjadi usahawan yang berjaya dan dapat memperkukuh agenda ekonomi bumiputra kita :-)

ahmad humairi said...

Assalamualaikum,

dah sedar....diri semakin dimamah usia.

noor said...

salam amy
abu oh abu
yakin..yakin

Hudalatip said...

salam,

selalu sedar diri..:)

atuk said...

Assalamualaikum Amy

kali kedua mukin abu sudah bersedia dan yakin pada diri sendiri

Wassalam

ozzy said...

Assalam..

Itu antara penyakit yg banyak melanda org melayu kita yakni kurangnya 'self confident'.

☾SHiemaCMa786☾ said...

suka cerita ni...

Zura Tahir said...

kelakar plak baca cite nie..

Hanis Azla said...

selalu sedar diri dan yakin dengan diri sendiri.. mmg susah klu tak yakin dgn diri sendiri kan..

sarah-najwan said...

lumrah manusia
xpenah nak puas dgn diri sdiri
nak yg baik2 aje atau dipuji..

semoga kita semua tau erti syukur..
bersyukurlah dgn setiap yg Allah kurniakan pd kita

Sheherazade said...

kena yakin,terima la kenyataan hehe

Myra Jay said...

Betul kak, kita kena yakin dengan diri sendiri.. Keyakinan tu penting bg setiap orang.. :)
Kesian tul ngan Abu tu :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign