May 20, 2011

Bersedih kerana berseorangan



Dalam diam, kita menyendiri sambil melihat langit yang membiru, bergerombolan awan-awan putih yang menghiasi alam bergerak perlahan-lahan menuju ke satu destinasi. Ketika itu, mesti kita cuba merenung diri kita sendiri bukan. Bertanya kepada diri sendiri apa yang telah kita lakukan. Samada baik atau sebaliknya.

Ingatlah wahai teman, bahawa sesungguhnya kita bukan bersendirian di muka bumi ini. Ada yang menemani kita dikala kita suka dan duka. Dia sangat menyayangi kita walaupun diri kita dibenci orang.
Dia selalu menegur kita, memberi kita petunjuk dengan kata-kata yang indah dari Al-Quran. Hati yang keras pun akan menjadi lembut pabila diberikan bacaan yang indah.

Bersedih kerana berseorangan itu adalah normal bagi setiap manusia kerana manusia sendiri memerlukan teman. Tetapi ingatlah bahawa Allah itu sentiasa dekat dengan kita, lebih dekat dari segala-galanya. Perhatikan betul-betul alam ini dan kita pasti kembali tersedar, bahawa penolong kita ialah Allah, dan segala-galanya yang kita ingatkan ialah Allah swt. Tuhan yang Maha Agung. Kembalilah kepadanya.

Banyak sebab mengapa kita diberikan keseorangan. Salah satunya, supaya kita kembali semula kepadaNya, belajar dari muhasabah diri. Allah sayangkan kita semua, tidak ada satupun dari tindakanNya yang tidak memberi manfaat kepada kita.

Mungkin dari keseorang seketika ini, kita menjadi lebih kuat, tidak mudah berputus asa dan lebih mendekatkan hati kita kepadaNya. InsyaAllah, kesunyian keseorangan yang kita lalui ini pasti akan menemui penghujung jalan yang bercahaya, amin..=)

23 comments:

Shafa said...

skg ni amy asyik buat entry seday2 jer... nape nie..

Unknown said...

assalamualaikum..

amy, entry kamu ini.. amat baik sekali... lagilah buat renungan di hari jumaat...

yang pasti, walau kita keseorang, pasti ada insan yang lebih sepi dari kita


PS: apa khabarmu sayang? moga kamu tabah dalam kehidupan kamu...
rindu kamu

BeloG MTT said...

Aminn.. :)

Syafiq Rosli said...

huhu..baru blik solat jumaat ni..tiba2 bc entri..touching entri..nice..

Nur Hawa Mohd Zin said...

awe kalu upset dan sedih awe akan menyendiri dulu lepas tu baru boleh bercerita kak...

Nazz@Purple said...

setuju,baru ni dgr tazkirah dr ustaz kat opis..sendiri adalah waktu2 yg tebaik utk mendekat diri dgn Allah..

Nazz@Purple said...

setuju,baru ni dgr tazkirah dr ustaz kat opis..sendiri adalah waktu2 yg tebaik utk mendekat diri dgn Allah..

eMMe said...

kekadang, kite perlu masa bersendirian kan Amy..... takpe, carilah ketenangan....moga lupe sebentar kesedihan...

emma said...

aminnn....

aza ni said...

adakalanya kita perlu pengasingan , hanya kita dan Dia.esp bila dinihari..

Kakzakie Purvit said...

Bagus Amy. Kakak rasa ada keterbukaan dalam meniti kehidupan. Sedih dan gembira pasti Allah beri pada kita sebagai warna-warni kehidupan.

Sendiri bererti boleh berdikari dgn bantuan Allah...

sahromnasrudin said...

trime sahabat kerana mengingatkan..semoga sahabat terus dirahmati Allah SWT :-)

Anonymous said...

insyaAllah kak... amin...

☾SHiemaCMa786☾ said...

sedih itu lumrah..
even lelaki yg kacak gagah perkasa pun bersedih..

bersedihlah..kerana itu caraya emosi di luahkan...

Akak Kembang said...

Jangan bersedih sangat my....senangkan ht...

nurkass said...

hurmmm..
sayu hati baca n3 ni..
insyaAllah..mohon petunjuk darinya..

ana said...

insyaallah...

ibuintan said...

Amy.. apa khabar?

ada masanya berseorangan itu lebih memberi ketenangan dan kedamaian dalam jiwa kita, kita dapat bermuhasabah diri dengan lebih baik

jangan bersedih tau! tak elok tuk kesihatan

azwa amani said...

nape kak amy , adik tengok entry kak amy mcm sedih jer lately ni....adik ade ngn akak.. :) tapi yang pasti Allah dan abg Mirul sentiasa dengn akak....

Sheherazade said...

pernah :'(

ozzy said...

Assalam..

Ada kalanya menyendiri itu juga baik tetapi jgn berterusan memendam rasa..
dan itulah roda kehidupan.
Ada kalanya tangisan itu juga baik maka tangislah sepuasnya.
lumrah kehidupan segalanya harus ditempuhi & proses inilah yang mematangkan diri kita.

Panglima7 said...

Assalam Amy....hidup manusia ini ibarat pusingan roda...ada kalanya di atas dan adakalanya di bawah. Begitu juga ada masanya gembira...dan adakalanya berdukacita. Berduka cita dan bersedih atas macam2 masalah yang melanda dan ujian dari yang Maha Esa. Jikalau Amy dalam kesedihan banyaklah membaca...Inna lillahi, wa inna ilaihi rojiuunn. (zikirr ini bukan hanya bila mendengar berita org yg meninggal dunia..tetapi juga untuk mereka yang berduka cita). Dari Allah ia datang...dari Allah jua ia kembali (Ia di sini merujuk kepada masalah dan ujian dan juga hambanya)

mummyrinazone beauty said...

alahai amy..sabar yer..jgn sedey2 tak bgus utk kesihatan..tapi org kata menangis tuh bagus..so menangislah sedikit n kembali ceria esoknya=)sabar kay..insyaallah Allah maha adil

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign