May 5, 2011

Gambar kecederaan amy syaquena


Morning all...

Alhamdulillah akhirnya aku berada di KB setelah hampir 2 minggu berada di luar kawasan. Masa untuk merehatkan diri pula. Penat kerja masih tak hilang di tambah pula dengan penat perjalanan lagi. Perghhhh!!! Lesu badan ow.. Ok hari nie meh aku nak story sikit pasal kejadian yang menimpa diri aku sehari sebelum aku ke Johor. Kenapa dan mengapa aku tidak dapat menghadirkan diri di sana huhuhu~

Malang tidak berbau , aku terlibat dengan satu kemalangan kecil yang menyebabkan tangan dan juga kaki aku terseliuh. Alhamdulillah keadaan aku sudah pulih sepenuhnya. Thanks to my dad kerana kepakaran beliau dalam urut mengurut nie berjaya memulihkan tangan dan juga kaki aku sembuh dengan segera. Kesannya pun tidak memakan masa yang lama coz di awal kesakitan , ayahanda telah mengurut dan meletakkan jadam beserta asam limau di tangan dan juga kaki aku untuk mengelakkan angin daripada masuk dan mengakibatkan bengkak. Tiga hari aku terpaksa mencari pembantu untuk memandu kereta untuk selesaikan urusan kerja. Alhamdulillah semuanya dapat di selesaikan.. Lega sangattttt.....

Selang 3 hari aku dah boleh memandu sendiri dan pada hari itu aku hampir2 terlibat kemalangan sekali lagi dengan sebuah lori di sebabkan faktor hujan yang terlalu lebat , menyebabkan sistem peparitan tersumbat dan air bertakung di atas jalan raya. Alhamdulillah nasib aku tak ada apa2. Sejak dari kejadian itu aku dah mula fobia nak pandu kereta sendiri dan en.hubby pun dah mula memberi amaran dan tidak membenarkan aku memandu bersendirian pada jarak yang jauh. Selain daripada kecederaan sebelum ini aku juga mempunyai masalah mata. Silau dengan cahaya dan di sebabkan itu aku tidak berani memandu pada waktu malam , even memakai spek sekali pun huhuhuhu~* macam2 la amy syaquena nie kan *Hope lepas nie aku akan lebih berhati2 lagi....

Ok semasa aku mendapatkan rawatan di salah sebuah klinik berhampiran rumah Bonda , ada satu kejadian yang betul'2 buat aku hairan dan pelik sekali. Korang nak tau apa??? Sepanjang aku menunggu giliran untuk masuk ke bilik doktor , ramai la budak'2 muda yang aku lihat datang ke klinik tue. Aku sangkakan mereka sakit tapi rupanya klinik itu ada menjual pil khayal kepada budak'2 muda di kawasan itu terutama sekali budak sekolah. Macam mane la pihak klinik boleh jual ubat'an terkawal ini sewenang'2nya. So sampai la giliran nama aku di panggil..

Masa doktor tengah check up aku , dengan slumber aku tanya kepada doktor tue. Kenapa klinik nie jual ubat'2 terkawal sewenang'2nya. Doktor tue pun terkejut kerana aku mengajukan soalan macam tue , lalu dia menjawab " saya doktor ganti di sini jadi saya memang tak tahu menahu , nanti saya check sama Doktor R.... "* Owner Klinik * Aku pun merungut la dekat doktor tue tanda x puas hati coz yang datang tue semuanya budak melayu x ada langsung bangsa lain. Tue yang buat aku hangin sangat tue. Doktor tue pun diam je sambil dengar apa aku cakap..

Apa nak jadi la dengan sesetengah klinik yang hanya pentingkan duit nie sampai sanggup mengetepikan perkara yang menyalahkan undang'2. Kadang'2 sedih betul la dengan sikap mereka yang tidak bertanggungjawab nie. Dik kerana mereka mengejar keuntungan , ramai pula anak'2 muda yang rosak..Apa kita nak buat dengan klinik macam nie ye!!!!


Klinik tempat aku mendapatkan rawatan...


Rupa kaki aku yang berbalut..


Maaf gambar terpaksa di blurrkan..
disebabkan aku free hair......





33 comments:

::FAIZ:: said...

take care

Sheherazade said...

doktor jgn la gadia maruah,etika kedoktoran :(

sedih tgk kaki amy berbalut :'(

sekarang mcm mane?dah ok?

Fazleyatul Aini said...

panjang nye kene balut. get well soon kak

sarah-najwan said...

tu kira parah jugak amy..sampai ke atas balutannya....

semoga cepat baik deh...

Hudalatip said...

la, macam serius je cedera tu, harap amy dapat jaga kesihatan tu. Pasal penjualan ubat khayal tu kan, report je lah kat 999..mana boleh jual cam gitu je..rosak bangsa kita ni..

zura_habibhaariz said...

amy..kt kuantan pun ada klinik gitu..untung giler berpusu2 anak2 melayu gi beli kt situ..tp xleh nk wat pe...
semoga amy cpt sembuh ye:-)

ytekecik said...

salam amy baru baca blog amy.. tekejut saya dengar amy accdent.. Ya Allah.. nasib baik la tak cedera teruk.. tapi kaki bebalut plak.. emmm semoga amy cepat sembuh ... rehat banyak2.. jangan wat keje sangat.. makan ubat ye

Tieah Madian said...

Huhhh! Ade jugak satu klinik tempat sy ade service gugurkan kandungan.. Remaja yang mengandung anak luar nikah memang ke situ.. Menyampah.. Sebab tu ramai yang tak takut kalau mengandung.. Janji ade duit.. Jadi, sekaramg ni, klinik2 pun kena pantau jugak lah ek oleh pihak yang bertanggungjawab..



Entry Terbaru : Cara Dapat Topup Free Secara Berhemah

Kakzakie Purvit said...

Masya-Allah Amy samapai macam rebung dah kaki tu. Kesiannya....

Nasib punya papa yg pandai mengurut....

Anonymous said...

klinik skang bersepah kak jual mende alah tuh.. merosakkan kaum jer.. cehh... jd dr pon x gune.. nk kaya cpt lah tue.. kak amy cepat sembuh taw...

Hanis Azla said...

ala siannya.. sampai satu kaki berbalut yer.. tak puas hati betul dgn cerita kat klinik tu.. kena adukan kepada pihak yg bertanggungjawb ni.. klu tak tak akan selesaikan masalah2 yg membelenggu remaja2 kita skrg..

aanie said...

takutnya tengok kaki amy tu...semoga cepat sembuh ye..

Normaliza said...

mesti susah nak berjalan kan kaki berbalut. moga cepat sembuh yek

eITA said...

take care ye amy....bia cpat sembuh....mmaybe lpas ni amy kene lbih bhati2...

JunAina said...

semoga cepat sembuh amy...kak aina pun sama kelemahan maksimum bila memandu malam dan didalam hujan.

Dr K said...

Memang ada klinik yg buat macam tu..saya tau, sebab saya sendiri ada klinik.

U pergi report kat Jabatan Kesihatan Negeri. Nanti mereka akan ambush.

Panglima7 said...

Assalam amy, Sekali kereta dah excident....memang kereta tu akan tagih accident lagi. Macam badi. So Panglima cadangkan...baca surah yassin dan airnya dimandikan pada kereta amy itu. InsyaAllah tiada rasa trauma lagi bila bawa kereta.

Panglima7 said...

Suruh hubby yg baca dan buatkan...

nurkass said...

tu dia..
balut sampai peha..
teruk gak tu amy..

uihhh..kena pantau klinik tu..
makin menjadi2 lah budak2 ni nanti..haihhh..

Shafa said...

teruk juga sampai berbalut kaki.. take care yer..

zaidah said...

menyalahi etika kedoktoran....tak kiralah owner ker idak ker....patutnyer doktor bersama2 membenteras masalah ini...

klu dah pernah xcident memang trauma...semoga amy bersabar...

eelobor said...

alamak....serius la pulak nampak gambar tuh. ingatkan calar sket2 jer. apapun, jaga kesihatan yer amy & jaga pemakanan. semoga cepat sembuh

kurus said...

uishhh teruk ke nie dikk .. sampai ke paha balutnya .. huhuh
alhamdulillah amy dah semakin pulih ya .. syukur ..

ermm pasal klinik tuu .. memang wujud klinik2 mcm tu .. sbb mereka nie x bertanggungjawab kan .. x ada org nak memantau huhu

Kamsiah yusoff said...

amy...berbalut ala2 mumia la..:)
jaga pantang larang ya..jgn mkn sembarangan...

NM02 said...

buat report la amy... mana leh jadik ni... lagi menggalakkan anak muda menjadi rosak plak.. ishhh

Rina AVAIL a.k.a cik betty said...

hai..lama x singgah sini.

rupanya kamu x sihat..sy doakan kamu cpt sembuh yer..

klinik yg mcm tu apa kata u report je..yerla sebelum ramai anak muda bangsa kita terus khayal dgn pil² jahanam tu..

Ummi Danish said...

kecian amy. take care tau, have a good rest.

and pasal klinik tu, sgt teruk kan. sy plak penah gi satu klinik sakit puan nih,then heran kenapa byk org indon. rupa2nya klinik tu buat khidmat gugurkan ank. patut la ramai. dasat sekarang ni...

Cik Tim said...

bom je klinik cmtu. merosakkan kaum melayu.. huhu

Anonymous said...

apakata, repot jer klinik yg buat aktiviti mcm ni..baru dia tau.. :)

serius jugak terseliuh tu..

ibu qaleesya said...

jaga diri kak ye. hati2 sikit

azwa amani said...

sedih adik tengok akak mcm ni...jgn banyak jalan tauuu....rest ckup2...love u :)

☾SHiemaCMa786☾ said...

klinik kat mna ni amy?huhu..mmg x patut..rosak muda belia kita.

get well soon dear..

munna said...

teruk juga amy ye sampai berbalut 1 kaki... jadam tu teringat masa kak munna accident dulu pun gunakan jadam utk hilangkan lebam dan bengkak kat badan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign