May 20, 2011

Menangis kerana kesedihan yang hadir



KIta sebagai insan tidak pernah lari dari perasaan kesedihan. Ia datang tanpa di undang dan selalu mencari hati yang goncang. Lalu kita menangis kerana kesedihan yang hadir itu amat memilukan diri kita.

Usahlah kita menyalahkan takdir yang menimpa. Terimalah ia dengan seikhlas hati dan di sudahi dengan ucapan syukur kepada Allah. Sedikit motivasi untuk diri sendiri yang telah di baca dalam sebuah buku.


  1. Setiap ujian yang timbul itu menandakan anda sentiasa di sayangi oleh Allah. Allah memberi kita dugaan dan ujian tidak lain dan tidak bukan hanya untuk memberi kebaikan untuk diri kita. Mungkin kebaikan yang akan kita terima itu dalam bentuk keselamatan di dunia mahupun terlepas dari azab seksa neraka.
  2. Dalam hidup ini, kadang kala kita terpaksa membayar harga yang lebih tinggi sedikit untuk kita mendapatkan apa yang kita idamkan.
  3. Tidak akan diturunkan ujian kepada kita oleh Allah swt dalam keadaan kita sendiri tidak mampu untuk menanggungnya. Ini janji Allah kepada kita. Yakin lah dengan segala ketentuan dariNya.
  4. Dalam derita tersembunyi suatu kebahagian. Pergilah mencari kebahagian itu.
  5. Dugaan itu adalah salah satu mesin untuk "charge" balik iman kita. Muhasabahlah kepada diri sendiri kerana disitu kita tahu betapa besarnya kasih sayang Allah kepada kita dan level keimanan kita samada kurang atau tidak mencukupi.
  6. Ingatlah, anda orang yang beruntung kerana ramai lagi orang dibiarkan terbiar mencari hala tuju hidup.
  7. Dan yang paling penting sekali, BERSYUKURLAH kerana dugaan itu menandakan Allah mengasihi kamu setiap masa..

21 comments:

eMMe said...

kenkadang, sekental mane pun hati kite, air mata tu tetap juga mengalir, tetap juga hati ini goyah dan bersedih....semangat tu wujud dlm diri kite sendiri, harap kite tetap melawan rasa sedih walau gagal bertimpa2...Allah kan sayang hambanya....

Misz-ella said...

setuju dgn awak ..

Tieah Madian said...

Orang yang beriman selalu diuji.. Sebab syurga bakal menjadi tempatnya.. HUhuhu..


Entry Terbaru 1 : Al-Fatihah Buat Pemilik Blog Telordibasuh a.k.a Hakim Kamal
Entry Terbaru 2 : Nur Kasih The Movie ; Tonton Bersama Fizz Fairuz

sarah-najwan said...

mmg benar amy..
bukan namanya manusia jika
kita tidak diuji...

semoga kita terus diberi ketabahan dan semangat yg jitu...

Kakcik Seroja said...

Setidak2nya bila diuji kita akan sentiasa ingat dengan Maha Pencipta. Sebab bila kita terleka, kita akan menjadi lupa.

Nur Hawa Mohd Zin said...

salam kak..Alhamdulillah tak da ape yang serius..cousin awe ada juga hadapi maslah rahim lemah tapi Alhamdulillah dapat juga anak sorang.

Psal dugaan ni kadang2 awe rasa sangat down..nak luah kat siapa pun tak tahu..tq kak foe dis entry

Anonymous said...

setiap dugaan yang datang dalam hidup kita pasti ada hikmah disebaliknya, sebab tu kita kena hadapi setiap masalah & dugaan tu dengan bijak..

jgn jadikannya setiap dugaan yg datang tu sebagai halangan utk mencapai sesuatu kejayaan..tp berfikiran positif dan menerima semuanya sebagai satu dorongan dan kekuatan seterusnya menjadikan kita lebih matang :)

sahromnasrudin said...

assalamualaikum..

dugaan juga adalah kifarah pada dosa-dosalalu yang pernah dilakukan..semoga kita ambilnya dari sudut yang lebih positif..

Kakzakie Purvit said...

Allah kurniakan kita dgn airmata sebagai satu hadiah. Ujian itu jugalah hadiah yg ada kalanya rasa terlalu besar dan membuat airmata mengalir.

Dari kesabaran hikmah akan datang. Insya-Allah... Sabar Amy.

Do you receive my e-mail?

Nadyahoney said...

betul kak, Tuhan tak kan beri ujian jika hambanya xmampu nak tanggung...semoga akak dan sy diberikan kesabaran yg tinggi untuk menempuh ujian yg Allah beri ni..

Bionic women said...

Allah itu maha adil dan bijaksana..

di ujinya kita dengan dugaan yg buat jiwa kita rasa kontang, tapi di hadiahkan kita dengan air mata, supaya kita sentiasa rasa segar, tenang dan damai dengan mencurahkan air itu..

kekadang org tengok kita menangis dengan penuh kepayahan, kekadang org tengok air mata sebagai 1 seksaan tapi sebenarnya mengalirnya air mata itu 1 nikmat utk menghilangkan segala apa yg terbungkam di hati..

sekurang2 kita ada air mata menemani tiap kali kesedihan, dan di sebalik itu, Allah mahu kita tahu, dia sentiasa ada disisi kita saat kita memerlukan, kerana dialah yg menjadikan air mata

Scha406 said...

learn to be grateful :)

ayie said...

slalu berzikir tanda kesyukuran kpd allah

husnalalink said...

betul tue..kalau sy sedih saya selalu cakap kat diri sndiri..

BERSYUKURLAH kerana dugaan itu menandakan Allah mengasihi kamu setiap masa..

=)

azwa amani said...

kekadang kita rasa kita kuat mengahdapi dugaan, tapi bila dugaan tu datang, kita masih lagi menangis.....kekdang menagis tu perlu kan kak....

nurkass said...

salam dear..
sesungguhnya ada hikmah dari dugaan dan ujian yg diberi..

munna said...

setiap ujian yang di beri membuat kita semakin kuat dan tabah seandainya kita menghadapinya dengan cara yang betul

Sheherazade said...

amhu jd hamba yg tabah!!insyAllah

Myra Jay said...

Bersabar dengan ujian Allah kerana itu tandanya Allah sayangkan kita..
InsyaAllah akak mampu hadapinya :)

Syafiq Rosli said...

sy bersyukur dengan diri sy sekarang wak..walaupun macam2 yg menimpa..sy tetap tabah..:)

Panglima7 said...

Assalam Amy...bukan sahaja orang mukmin diuji, bahkan orang kafir juga Allah SWT uji. Semoga kita redha dan tabah dalam ujiannya. Seperti para sahabat r.a (radiallahu anhu) Allah redha kepada mereka dan mereka redha kepada Allah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign