May 8, 2011

Selamat Hari Ibu 2011


BERSEMPENA dengan sambutan Hari Ibu yang disambut pada Ahad kedua bulan Mei, jatuhnya pada tanggal 8 Mei 2011 pada tahun ini, marilah kita sejenak menghayati segala jerih payah ibu kita dalam membesarkan kita.

Sembilan bulan sepuluh hari lamanya, beliau mengandungkan kita, menyusukan, membelai dan memberi sepenuh kasih sayang buat seorang insan yang bernama anak. Aduhai, betapa besarnya nilai pengorbanan seorang ibu.

Sejarah Hari Ibu

Mengikut catatan sejarah, hari ibu ini disambut bersempena adat pemujaan terhadap ibu di Yunani purba, yang menyambut satu perayaan untuk ibu dewa dewi Yunani agung.

Orang Rom purba pula menyambut perayaan yang memperingati dewi Juno, di mana ibu-ibu akan diberi hadiah pada hari tersebut.

Jelasnya, sambutan hari ibu ini telah disebarluaskan ke merata pelusuk dunia dan disambut pada tarikh-tarikh yang berbeza mengikut kawasan. Di Malaysia akan disambut pada Hari Ahad kedua di bulan Mei setiap tahun.

Penghayatan sambutan Hari Ibu

Jadi marilah semua, kenanglah jasa ibunda kita. Hargailah saat-saat beliau bersama kita. Bagi yang telah berkeluarga, luangkanlah masa untuk bersamanya. Tak dapat selalu, seminggu sekali pun tak apa. Kalau tak sempat, sebulan sekali pun okay.

Yang masih menuntut, tak kira di IPT, sekolah atau mana-mana pun sekali, belajarlah bersungguh-sungguh. Jadikanlah kejayaan anda yang cemerlang di dalam pelajaran sebagai balasan kepada pengorbanan ibu selama ini.

Seorang ibu tak mahu apa-apa daripada kita sebagai seorang anak, selain mahukan perhatian dan kasih sayang kita kepadanya.


To all wonderful mom in the world , Especially to my lovely mom and mom in law , Happy Mother's Day , i love you so much ........

15 comments:

Sheherazade said...

selamat hari ibu

pia task buat entry sebab terlalu istimewa,tak kata2 :')

atuk said...

Assalamualaikum Amy

saya berdoa agar amy akan menjadi seorang ibu yg solehah

Wassalam

sarah-najwan said...

selamat hari ibu amy..
semoga impian amy akn tercapai nati deh..

nurkass said...

selamat hari ibu buat semua ibu2..
semoga dirahmati dan diberkati olehnya..

aanie said...

selamat hari ibu...

☾SHiemaCMa786☾ said...

huhu...
selamat hari ibu juga buat amy dn bonda amy..

saya sayang ibu saya...♥♥♥♥

eiela said...

selamat hari ibu..

Latest Entri :
Selamat Hari Ibu

Anonymous said...

selamat hari ibu untuk kak amy...

Noor Fatin said...

syg ibu sgt2..

apdm said...

salam

selamat hari ibu buat kak amy =)

Nisa Greennnpanda said...

slamat ari ibu pd sy juga, hehe..
Amy, ape kabo? Sihat ke? Lame xsinggah sini..sori tau.. busy la, hehe..

eelobor said...

di ucapkan selamat hari ibu buat semua golongan ibu2 di luar sana...

munna said...

selamat hari ibu ...

semoga amy juga menjadi ibu suatu hari nanti...

Kakzakie Purvit said...

Insya-Allah panjang umur, murah rezeki Amy akan menajdi ibu. Itu doa kakak....

lalink7 said...

slmt hri ibu sis..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign