May 18, 2011

Terima kasih semua dan doakan aku ye !!!



Morning all...

Tak tahu nak cakap macam mane tapi yang pastinya aku terharu sangat dengan kata² semangat yang kalian berikan. Tidak hanya dengan kata semangat ada juga di antara rakan blogger yang begitu mengambil berat tentang diri aku , sampaikan sanggup hantar email serta mesej di facebook semata² ingin mengetahui apa yang terjadi kepada diri aku baru² ini. Maaf sangat² coz aku masih belum bersedia untuk menceritakan apa yang terjadi kerana ia terlalu sensitif dan melibatkan banyak pihak. Sejujurnya ia langsung tiada kaitan dengan rakan di alam maya ini tapi cukup la aku katakan ia melibatkan keluarga aku sendiri tentang hati dan perasaan bonda aku.Mungkin satu hari satu masa aku akan kongsikan di sini.

Ok la mengenai penutupan SR pula , ramai rakan² blogger dan pembaca yang kurang setuju. Sampaikan ada yang kata aku mungkir janji berkenaan contest yang telah aku janjikan sebelum ini. Maaf aku tidak bermaksud untuk berbuat begitu. Jadi untuk tidak menghampakan kalian aku akan cuba penuhi janji² aku sebelum ini.Insyaallah dalam masa terdekat ini aku akan berjumpa dengan penaja dan berbincang berkenaan hadiah dan konsep contest ini . Dan di atas permintaan rakan² serta perbincang dengan en.hubby , maka SR akan terus aktif berblogging tapi untuk masa ini aku tidak akan membenarkan komen daripada Mak Anon. Ini adalah jalan terbaik untuk tidak ada sebarang komen yang akan mengganggu emosi aku dengan menghantar komen² yang tidak sepatutnya.huhuhuhu~

Hrmm masa untuk bersiap² pula. Pagi nie aku akan ke HUSM ada appoitment dengan doktor. Keputusan darah aku akan di ketahui pagi ini. Doakan aku ye kawan² semoga semuanya baik² aje. Takut juga coz masuk nie dah 3 kali darah aku di ambil. Ini kerana di sebabkan baru² ini aku kecundang lagi jadi doktor mengambil sample darah aku untuk mengesan punca berlakunya keguguran yang berulang kali.Apa pun keputusan hari nie aku akan terima dengan hati terbuka.Sebarang kunjungan akan di balas sekembalinya nanti ye!

Note: Bloglist SR tetap akan ada petukaran seperti yang telah di beritahu sebelum ini. Semua url blog yang telah di tinggalkan sebelum ini aku telah updatekan di blog satu lagi iaitu bloglist sinar raudah. Mengenai blog business pula telah mengalami masalah ekoran blogspot problem baru² ini.Habis semua yang aku update barang niaga telah hilang.Nak tunggu aku update semula entah bila la huhuhuhu~

25 comments:

Nur Hawa Mohd Zin said...

sedih awe bace perenggan terakhir tu kak...insyaAllah semuanya akan baik..dan akak akan dapat anak2 yang cumil satu hari nanti...

Pasal anon its better kalu akan bertindakan macam tu..sebab tak semua anon ni positif kak...be strong ye kak...kami doakan semuanya baik2 belaka

Kakzakie Purvit said...

Alhamdulillah ada sedikit keterbukaan minda Amy. Teruskan perjalanan hidup usah berpaling lagi....

Kakcik Seroja said...

Walau apapun ujian yang datang, kita kena positif, kan Amy?

Semoga Amy tetap tabah. Tidak semua orang suka dengan kelebihan yang kita ada. Serahkan sahaja kepada DIA Yang Maha Mengetahui.

eelobor said...

saya tetap sokong SR... huhuhu

eima said...

hopefully tak de prob la
insyaallah rezeki itu ade cuma belum pasti bila ....

teruskan berusaha ye amy....

nurkass said...

take care amy..
moga sihat dan ceria selalu..:)

cikpuanhady said...

saya doakan semoga amy baik-baik sahaja dan dipermudahkan segala urusan..

takmo stress-stress..

Jom join :Nak menang souvenir dari Swiss? Meh join MBS Giveaway

Belog kami :Notre Belle Histoire

sarah-najwan said...

amy harus kuat semangat yer..
semoga ujian darah amy xde apa2 yg merisaukan..

sahromnasrudin said...

assalamualaikum sahabat..

kami sentiasa mendoakan agar sahabat terus dirahmati Allah SWT dan dipermudahkan segala urusan ya..

azieazah said...

Kak Azie memang sejak awal tidak ingin "berkawan" dengan ANON, dan tidak pernah benarkan ANON memberikan komen.

Kan elok guna nama, wpun menyamar?

Sabar ya, moga ada hikmah dan penyelesaian yang terbaik. InsyaAllah.

Moga segalanya berjalan lancar dan hasrat termakbul. Amin..

eMMe said...

ape pun keputusannya...moga ianya petanda baik...saya doakan Amy...moga ade sinarnya nnt....Insyaallah.

Rina Rahamat said...

salam. eh-eh kenapa ni? sy ke sini bbrp minggu lepas. nmpk mcm ok. kaki amy dah sembuh? kalau anon-anon jd puncanya amy sabarlah ya.sy sendiri belum pernah berhadapan dgn komen-komen dari anon, kalau sy yg hadapainya x tahulah mcm mana kan..tutup blog jugak kot.

zaidah said...

bersabar yer amy....semoga keputusan darah hari nie ok...

ahmad humairi said...

kongsikan aje , pasti tidak menanggungnya sendiri...insyaAllah.

Bunga said...

insyAllah semua akan ok sis..:)

aza ni said...

assalam amy

sebenarnya apa juga tujuan amy nak teruskan atau tidak semuanya pada tangan amy dan suami...

apapun saya doakan yang terbaik buat amy sekeluarga.

aanie said...

semoga semuanya ok....jangan berputus asa ye...insya-Allah ada rezeki...

Yasminhamid said...

insyaallah.. semuanya akan berjalan lancar.. mungkin belum masanya lagi... tapi.. masanya pasti akan tiba..

eLYies said...

hai..salam perkenalan...hope semuanya ok yer

ozzy said...

Assalam...

Semoga kejayaan menjadi milikmu..insyaallah..yg penting teruskan usaha jgn putus asa

Noor Fatin said...

sabar byk2 kak..

kurus said...

YES DIK ! cayukk2 .. pedulikan kata MAK ANON tuu .. lama2 dia akan senyap dikk .. kalau adik lemah semangat nanti dia tepuk tangan tau .. soo jgn bagi dia senyum atas kelemahan kita ..

soo cayuk2 cayang ! :))

☾SHiemaCMa786☾ said...

amy...jgn give up oke!..amy kene kuat..biarlah org nk mengata ttg kita..yg penting,nawaitu kita tu betul..
elok sgt jgn bagi anonans komen..nnti buat emosi lg x stabil..
si anon ni pun tau nk menyibuk je..

Sheherazade said...

dear,insyAllah pia doakan yg terbaik utk amy ye

pia tahu amy kuat

Panglima7 said...

Assalam Amy...keguguran adalah ujian dari Allah. Dan kengkadang juga datang daripada gangguan makhluk halus yakni jin....yang menganggu rahim wanita yang penyebab terjadinya keguguran. Halangan2 ini merupakan ujian dari Allah Taala, yang mengkehendaki kita berusaha agar dapat apa yang kita hajatkan. Sekadar pandangan dari Panglima.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign