Jan 3, 2012

Tahun baru dan kanser payudara




As'salammualaikum...

Wahhhhhh... LONG TIME NO SEE!!! rindu bangat sama belog nie dan rakan² maya. Rasanya masih belum terlambat untuk aku mengucapkan Selamat Tahun Baru 2012 kepada semua pembaca Sinar Raudah samaada yang rajin meninggalkan komen mahupun yang silent readers...Thanks sebab anda semua tak pernah jemu singgah di sini walaupun tuan empuanya belog menyepi agak lame.

Tahun baru!! hrmmm...sebenarnya sangat susah untuk menutup buku kisah lame yang telah berakhir..Dan lebih menyakitkan apabila sampai di muka surat terakhir...kerana kita tahu sudah tiba masanya kita menutup buku itu dan membuka lebaran baru...semoga tahun ini akan lebih baik dari tahun² sebelumnya..amin~

Alhamdulillah beberapa perkara yang aku rancang tahun lepas berjaya di laksanakan.Cuma ada dua tiga perkara lagi yang aku masih belum tercapai.Insyaallah dalam tahun nie , aku akan usahakan untuk mendapatnya... Mudah²an juga Allah swt mempermudahkan segala urusan ku di dunia ini...

January.. aku akan mengurangkan segala aktiviti di luar mahupun bisness online.Ini kerana sekembalinya aku dari out station baru ini , aku agak sibuk menguruskan aunty en.hubby yang sedang sakit akibat kanser payudara.Beliau sekarang tinggal sementara di rumah kami dan sangat memerlukan perhatian yang cukup. Dan tugasan itu akan aku laksanakan.Insyaallah setelah semuanya selesai aku akan buka kembali kedai online. Buat masa ini aku tidak akan mengambil sebarang order mahupun booking dari mane² pihak...Harap semua faham dengan keadaan aku sekarang , terutama sekali ajen² DAC MOBILE SHOP.

Di sini aku ingin minta jasa baik anda semua sekiranya ada di antara anda yang tahu pemakanan apa yang harus di berikan kepada mereka yang mengidap kanser?? aunty hubby tiada selera makan , mungkin salah satu kesan kimo dan paru² beliau juga mengalami masalah.mudah penat dan tiada tenaga untuk berjalan atau berdiri seperti biasa. Sesiapa ada info atau pengalaman minta kongsi di sini...thanksssss..

Note : Aunty aku pula hari ini telah menjalani pembedahkan di kakinya. Minggu lepas jari kaki terpaksa di potong akibat kencing manis. Dan pagi nie aku menerima panggilan daripada bonda yang petang nie aunty aku akan di potong kakinya sehingga paras lutut , akibat kuman yang telah merebak. Semoga di permudahkan segalanya..amin

Note 1 : Ahad ini FIL aku akan menjalani rawatan di HUSM akibat lutut kanannya yang bengkak hampir dua minggu akibat gout. Moga abah cepat sembuh dan kembali aktif seperti biasa...








19 comments:

Kakcik Seroja said...

Semoga mereka yang rapat dengan Amy itu diberi kesembuhan oleh Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Amin.

Unknown said...

sy pernah terbaca satu artikel dlm tenet..durian belanda boleh jd salah satu penawar kanser,boleh cuba dan try search..

Hanis Azla said...

akak mendoakan yg baik2 untuk semua yg tidak sihat itu.. selamat menjaga makcik yer amy.. semoga dipermudahkan segalanya..

norhidana said...

selamat thn baru gk kak...

fieda said...

selamat tahun baru amy..
alamak..kita pun tak tau gak bab tu..semoga mereka sihat sentiasa dan kuat utk bertarung dgn penyakit..

Sarah Syazwani said...

Semoga jasa amy diberkati Allah..maafla sy pun xde pengalaman juga xtaula apa yg sesuai utk org kanser ni..mungkin amy cuba search kt internet ke

kurus said...

selamat tahun baru amy

ya allahh akak doakan aunty amy kuat dan tabah lalui ujian dari allah ini dan semoga dia cepat2 sembuh dari penyakit dia ..

Unknown said...

yeah, tahun baru, azam pon baru... meh lepak blog saya,ada entri baru... meh http://7a19ed93.theseblogs.com

Unknown said...

sedihnya amy..
semoga mereka kuat menghadapi ujian ini..

jaga diri baik2 amy..
kesihatan kena jaga jugak tau..:)

☾SHiemaCMa786☾ said...

salam..

huhu...cabaran yg berat utk amy...
cma x tau ape2 petua..

semoga tabah menjalani kehidupan seharian...

Unknown said...

moga dipermudahkan urusanmu dik..

moga makcik kamu, makcik suami moga cepat sembuh..
buat FIL kamu pula, elakkan dari makan kekacang ya, suruh cari prosuk ecpi GTH.. asid urid boleh cepat beransur pergi dr tubuh

PS: tang makcik hubby tu.., maksaudara kak ayu dah habis kimo..alhamdullilah.. walau payudaranya dah tiada, dia tetap sihat..
pemakanan dia makan yang lembut2.. kak ayu bagi bubur sesekali..
harap membantu

Panglima7 said...

Asm. Amalkan makan buah durian Belanda....Buah durian belanda ataupun buah nona boleh mengubati kanser secara perlahan-lahan. InsyaAllah.

Unknown said...

happy new year..sy x pasti pemakanan yg sesuai utk pengidap kanser

Nurul Huda said...

Sy cuba berkongsi sedikit ilmu,harap dpt membantu.. kurang selera makan selepas menjalani kemoterapi mmg selalu dialami oleh patients, nasihat yg boleh sy berikan adalah kenalpasti atau tny apa makanan yang aunty boleh makan dlm kuantiti yg agak byk, beri makanan yg calorie dense & ni mmg bergantung kepada individu.

Ada rakan sekerja sy selepas kemo dia boleh makan beriani (sbb tu yg menaikkan selera dia).

Tak semestinya beri makanan yang lembut/cair mcm sup & bubur nasi,solid food pun boleh, apa shj asalkan makan & beri tenaga yg byk (sekadar cth: teh susu, roti canai, aiskrim, mushroom soup, kuih muih) yg penting beri makanan yg aunty akak rasa boleh makan byk.

Kalau tak lalu nak makan, cuba beri minuman yg calorie dense juga, elak beri minum air kosong terlalu byk (sbb air kosong tak ada kalori, nanti kenyang & tak rasa nak mkn sbb penuh dgn air shj). Boleh beri milo, horlicks, sirap bandung etc. sebagai alternatif atau kalau ada bajet lebih boleh beri supplemental diet products mcm Ensure/Prosure (boleh beli di farmasi).

-dietitian ukm-

eelobor said...

balik kampung itu ari tak sempat nak pekena nasik air wakaf che yeh ngan mirul.....

cikpuanhady said...

huhuh..taktaula pulak mknan ape yg sesuai..mungkin klu nak bagi tambah selera yang bersup2, tak pon apa yang aunty suka?

selamat tahun baru & semoga dipermudahkan kesemuanya..

Tea said...

semoga semuanya dilimpahi kesihatan yang baik...

Cik jejari said...

salam...
happy new year....klau x kisah,sis....pls iklankan contest sy ni....nak join pun bleh jugak..he..he..
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=273822626008430&set=a.191557557568271.48131.191161340941226&type=1&theater

Sheherazade said...

semoga mereka cepat sembuh dan tabah menghadapi ujian,Amin

selamat tahun baru

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign