Jan 13, 2011

Perlu ke blogger hentam blogger


" Who are you to jugde the life I live? I know im not perfect and i dont live to be. But before you start pointing fingers make sure your hands are clean "


Hah, sejak jadi seorang blogger yang tak berapa nak tegar ni aku memang sangat rajinlah blog-jumping sana sini. Ketuk pintu blog orang sana, masuk ikut tingkap blog orang sini. Seronok.:) Dapat entri yang gempak gempak memang lekalah aku membaca.Oleh sebab rajin blog-jumping, tolong tambahkan traffic blog orang , aku adalah terjumpa 2 3 4 blog nie yang suka back lash orang. Dan dengan segala hormatnya aku takkan sebutlah blog mana yang terlibat kan sebab pastinya para bloggers sendiri dah tahu.

Jadi, aku gunakan khidmat uncle Google.
;) Apa tujuan blog sebenarnya? Pendapat aku lah; Blog ni ialah another way to express your talent in writing, or mungkin tempat berkongsi informasi. Tapi semakin banyak blog aku baca, semakin aku sedar kegunaan blog yang sebenarnya adalah untuk lepas geram. Tettttt ! Okeh, terasa di situ sebab aku sendiri pernah guna blog untuk melepas geram. Tapi sekali je lah, dah tak buat dahh*wink* :P Memang tak dinafikan banyak bloggers di luar sana yang selesa berkongsi aktiviti harian mereka dan masalah peribadi di blog, dan ya ini sangat bagus dalam dunia Rangkaian Sosial, kita dapat bersosial dan menambah kenalan dengan hanya menggunakan kepakaran komputer saja. Tak payah pakar sangat pun takpe kott! Ada blog yang memaparkan hasil karya kreatif yang sehebat karya A.Samad Said. Ada blogshop jual jual barang, pretty handy bagi siapa yang suka shopping tapi malas keluar rumah. Ada juga blog tempat maki orang. Ohh ya, ada satu blog ni memaki hamun ahli keluarga sendiri tapi I cut her some slack lah sebab blogger nya budak lagi. woii mulut kau Amyyyy~:P

Paling baru yang aku baca, ada dua tiga blog yang menghantam blogger terkenal Fatin Liyana. Hahaha, yes, I'm one of FL silent readers. Her blog is pretty interesting and maybe sebab dia super cute and that's why aku suka singgah blog dia kot.
:) Satu yang pasal tudung dan satu lagi yang cakap FL ni gedik. Sungguhlah, wth ? Pembetulan ya blogger, even though blog is one of our personal space to write what's on our mind, itu tak bermaksud yang we have the right to hantam people sesuka hati. Lagi-lagi when it comes to the person's behavior dan seseorang yang kita tak kenal dengan sesungguhnya. Satu yang aku belajar lah kan, tak kisahlah macam mana pun perangai seseorang we will never have the right untuk judge mereka. Sebab kalau kita kutuk orang tu pun akan membuatkan kita no better je dari orang yang kita kutuk tu. *mahaplah gedik gatal nak speaking pulak.*;)

Nope, di sini aku bukan nak buat entri membela FL. Aku cuma memberi pendapat aku sebagai seorang blogger yang tak suka tengok sesama Melayu, sesama Islam, sesama Malaysian bertekak, ber-tutt tuttt tuttt sini hanya kita tak setuju dengan pendapat seseorang.
;) Ada beza untuk memberi pendapat dan mengutuk orang. Pendapat biasanya di utarakan dengan cara yang betul dan terpulang kepada individu untuk terima atau tidak, mengutuk pula di utarakan dengan cara yang di sangka betul tetapi sebenarnya menyakitkan sesetengah pihak.

Kesimpulannya para bloggers, apa yang kita tulis itu melambangkan diri kita yang sebenar. Ada orang yang akan setuju dan ada yang tidak. Sebab manusia ni variety. Hati sama merah tapi isi lain lain kan. Apa yang kita tulis menunjukkan cetek atau dalamnya pemikiran kita. Kalau tak mahu dianggap cetek, shallow, betulkanlah niat kita dalam mengarang sesuatu.:)

p/s: ini pun bukan entry backlash ye, saje kongsi pendapat. kalau ada yang tak setuju tu maaflah. aku manusia biasa, silap itu perkara biasa. peace !



38 comments:

Sheherazade said...

salam

bersopan la walau dimana

apezs shah said...

Salam.

Betul juga tu kak amy.
blog adalah utk memberikan infomasi yg berguna serta mcm saya luahkan xpresi.. yg suka hentam tu mgkin jeles kot.

My Little Diary said...

salam,

yup!!! agreed with u...

semoga mereka2 ini membuka mata besar2 & luas kan otak yg sempit tu.. jdk lah manusia yg menulis ikut akal fikiran bukan ikut nafsu serakah...
huahuahuaaa...

noor said...

yeah amy btl tuh
jgn sesuka jer nk hentam sana sini
is not gud kan...

ch@ said...

selalu kita lalu-lalang aja di sinarraudah niii, lately tertarik utk singgah.
*stuju dgn entry ni, rasanya pendapat kita sama tapiii kita ni tak pandai nak olah ayat2. hiii.

azieazah said...

Kerana manusia ni pelbagai perangai lah, wajar juga kita memaafkan mereka yang tersilap itu, tak kira lah samada mereka pernah menghentam orang lain waima menghentam kita sekalipun...

Kesilapan kita adalah suatu kelemahan.

Anonymous said...

saya pn setuju sgt dgn amy...klu boleh guna la blog utk tujuan yg baik kn...

Penjejak Mimpi said...

Salam.

Manusie ni macam2. Blog pon macam2. Yg pentingnye cane kite gune otak kite ni untuk memproses maklumat. Amik yang bebaik ajek. Pandang yang bebaik ajek. Cakap yang bebaik ajek.. Tenang dunie.. Aman dunie... kan Amy?

IMANSHAH said...

xnaklah kutuk2 orang, diri sendiri pun teruk

atie said...

mmg dah manusia ni ada perasaan nak dengki sama dengki ni..huuhu..realiti hati busuk..virtualy pun nak busuk hati..tak faham btul..

ozzy said...

salam Amy..

Perkara mcm ni telah diduga sejak awal2 lagi.Sebaiknya elakkan dari perkara sebegini.

antara en3 yg pernah diterbitkan mengenai blog
" KENAPA KITA BUAT BLOG "
" JALAN-JALAN CARI PASAL "

ULtradya said...

setuju dgn amy....sebab banyak blog yang saya singgah sumanya pasal kutuk2..marah2..mcm2 ada lah..hehehehe...dunia cyber kita dh disalah guna..lg2 bila yg komen tuh guna nama "anon" la apa...

::..dYa..:: said...

Salam

tak baik menghentam orang
baik kita saling hormat menghormati
nanti kita dihargai
bukan dimaki...

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...

hati2 di jln raya...ewah apa ke hal KakD ckp menda ni...
btoi kata amy..kita sesama melayu,sesama islam patutnya kitA ni berbaik...

eelobor said...

memang tak patut.... dan kekadang ada perlu juga. eh...ye ker? heheheh, ntah la pulak

Tuan Din said...

Tak baik berbalas hentam di Blog... lebih baik berjumpa & bertumbuk terus... hahah

bardboo said...

kelakar diorg ni? suka2 je nak hentam org...nk tegur pon adalah caranya..

Jom Lawat Blog Bardboo

sarah-najwan said...

kita boleh tulis pelbagai perkara
tak kira aspek apa..

paling penting jgn menyentuh sensitiviti pembaca atau siapa-siapa sahaja..sb mata siber lebih tajam dr lidah..hehee

beringat2lah..kdg2 kita xsedar jugak jika ada bait kata kita menyentuh hatikan..

akak pom selalu hati2 jika melakar kata2..takut tersalah tulis..
tak nak gitu sb akak nk hepi2 blogging je..heheee

ch!natsu said...

yes setuju..

today saje dah bc beberapa blog menceritakan hal yg sama..
psl hentam mghentam org lain nie..

xde kesedaran mereka nie?

apapun nice one.. =)

munna said...

mmg tengok ada yang suka buat entry untuk jatuhkan org lain... kak munna pun tak suka kalau jadi macam tu... kita berblog ni disamping menambahkan ilmu dan pengetahuan, berkongsi pengalaman dan juga menambah kenalan...jadi bersopan santunlah dalam blog

hanahani said...

hye tuan tanah....sy tag kamu pd entry contest yg sy join yekk... =)

eima said...

betui amy
suka hati betui la ..
tp serius aku kate minah tu poyo ... dengki tah pepe

Nurul Baiti said...

paling tak suka dgn blog yg grab gambar orang lain kemudian mengumpat secara berjemaah

mmg le ada blogger yg suka letak gambar dia banyak2 tapi dah tu blog dia tak suka close je le..

Nurul Says said...

hmm...salah satu cara nak UP TRAFIK le tu...

Kakzakie Purvit said...

itulah warna dan rencah dunia blog. Ada yg pedas terlalu pedas, ada yang manis terlalu manis, ada yang yg hitam sehitam-hitamnya dan ada yg putih seputih-putihnya....

Kaseh NazLieza said...

lieza pon xsuka dg blogger yg suka hentam org lain..xbaik taw...tuhan marah..=))

Tieah Madian said...

Tu lah pasal..
Last week mmg kecoh blogger yg tulis pasal ni jugak..
Ade yg buat balik entry pasal lensa buruk, tp backup c FL..
Tu lah tanda2 nak naikkan traffic cara kotor..
Huahuahua..

sahromnasrudin said...

yang penting kiter tak aibkan individu lain huhuhuhh

baincardin said...

jadikan blog sbg medium yg hebat utk berkongsi ilmu yg berguna.")

*Jom bersama Encik Dave Hills layan HDR kat Cameron Highlands. ^_^

AngahSayang2314 said...

angah ada gak terdengar pasal nie yg penting kena la bersopan w'pun dimana berada

Ati Masrif said...

kerana mulut badan binasa
kerananya juga hati terluka...

ingat mata kita yg juling..haha

Mama Zharfan said...

those yg menghentam sbb ada perasaan envy/jealous ..tu jer

apdm said...

salam..

syira mengambil sikap berada di sebelah,
syira pun dah pergi geledah ke blog yang dimaksudkan, blog penyerang dan blog yang diserang,

dan jawpannya syira tetap dgn jawpan sendiri.
jawapannya biarlah rahsia...

yang penting, teruskan niat berblog dgn ikhlas, jgn ambil kesempatan di atas kebaikkan orang pada kita.

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

ye la amy...x semua kita tau hati masing2 kan......kena jg gk kan pnulisan d blog ni..hmmm...

C28su said...

ada masa mmg patutla kita meluahkan perasaan diblog supaya ia x terpendam tapi nak tembak pun pada2 la kan...org kata "bahasa mencermin bangsa"... k cemara pun ada gak suka tembak org tapi jarang2 n bila dah x tahan jer....

Lelaki Ini said...

terasa aku weh..
kah3!!!!!XD

☾SHiemaCMa786☾ said...

setuju ngan amy..
jgn jadi biadap..haruslah bersopan mase menulis @ meluahkan

mjali said...

Sekarang org post mcm2 sebab nak dapat publisiti murahan.. banyak jugak yang hipokrit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign