Jan 24, 2011

Hulurkan bantuan ringankan beban *Aku , Ben Ashaari dan Elee Mardiana*


image

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya. Itulah yang terpaksa di tanggung oleh adik Mohd Hairuman , mangsa renjatan kabel elektrik yang melecur hampir 35 peratus tubuhnya. Beliau yang juga merupakan seorang pelajar kolej swasta di Kuala Selangor terkena renjatan ketika mengambil upah mengait kelapa sawit.Berita selanjutnya boleh baca di SINI...

Alhamdulillah penderitaan yang di alami oleh adik Mohd Hairuman mendapat perhatian ramai . Malah salah seorang blogger ELEE MARDIANA sanggup mengorbankan royalti bukunya hanya semata-mata untuk membantu mangsa.Satu usaha murni yang di lakukan oleh beliau. Turut menjayakan sama adalah blogger En.BEN ASHAARI. Jadi marilah kita sama-sama menjayakan usaha murni Kak Elee dan En.Ben untuk membantu mangsa yang sangat memerlukan bantuan nie.

Bantulah dengan apa cara sekali pun , sekiranya anda tidak dapat membantu dari segi kewangan , cukuplah sekadar dengan menyebarkan berita ini kepada rakan-rakan lain samaada di facebook mahupun di dalam blog. Di samping itu marilah kita sama-sama berdoa agar kecederaan yang di alami oleh adik Mohd Hairuman akan kembali pulih seperti sebelumnya. Amin!!






13 comments:

Tuan Din said...

Masyaallah.. saya doakan adik tu cepat sembuh...

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

ya Allah....teruk la dia lecur...tseksa dia...semoga cpt sembuh..

wahida said...

ada hikmah di sebalik semua ini...semoga mangsa tabah hadapi segalanya...

sahromnasrudin said...

assalamualaikum..sedih saya lihat keadaannya..marilah kita titipkan doa untuk beliau

A.s.t.i.n.a said...

Ya Allah ... kesiannya...

Semoga sembuh..

Amy.. ai follow..

Kakzakie Purvit said...

Salam Amy,

Tahu tak Amy, sekarang kedua tangannya dah dipotong. Jari kaki juga telah di potong. Sedihkan....

Kakzakie Purvit said...

Kakak baru received call from home saying that I've receive the parcel. Tonight I'll do the N3. Wait!!....

IMANSHAH said...

semoga cepat sembuh..syukur kerana ramai yang membantu

ieda said...

semoga adik mohd hairuman tabah hadapi dugaan ini ..
kesinn pulak tgk nie . sakit tuuu x dpt akak bayangkan huuhu

Unknown said...

semoga adik hairuman tabah menghadapi dugaan,,

kak elle, seorang penulis novel yang agak rapat dgn kak di dunia maya..
terharu dgn keperhatianan beliau..

dan tahniah utk ben dan amy.....semoga adik hairuman segera sembuh..amin

azieazah said...

Aminnn... moga makbul segala doa.

Dan semoga orang yg menghulurkan bantuan mendapat ganjaran dari NYA.

Anonymous said...

kak amy cane nak joinn niy??

::FAIZ:: said...

adoi... sakitnya.... ngeri btl...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign