Merujuk kepada jawapan bagi entri INI. Aku yakin semunya bermula daripada bagaimana kita mengawal minda kita . Kebiasaanya orang yang berjaya sentiasa berjaya mengawal fikiran mahupun minda mereka. Sentiasa membenarkan minda mereka mengeluarkan dan merakamkan sesuatu yang positif. * ini yang aku belajar dari grandma aku seorang bisnesswomen yang berjaya*Manakala seorang yang gagal sentiasa di kawal oleh pemikiran mahupun minda mereka.Sentiasa membernarkan diri mereka mengikuti perkara negatif yang di salurkan oleh minda separuh sedar mereka.
Kebiasaan orang yang gagal apabila di beri peluang , sentiasa berfikiran negatif dengan sering bertanya kepada diri 'bagaimana sekiranya aku gagal pasti kerugian yang akan di tanggung'.Jika di bandingkan dengan orang yang berjaya , mereka sering menganggap peluang berada di sekeliling mereka dan yakin pasti mereka akan mencapainya.Itulah yang membezakan orang kaya dan orang miskin.Semuanya bermula dengan minda , sekiranya kita menggunakan minda dengan sebaiknya insyaallah kejayaan akan menjadi milik kita.Tapi sekiranya kita sering berfikiran negatif dan sentiasa membenarkan diri kita di kawal oleh pemikiran itu maka kita pasti tidak ke mana-mana dan masih berada di takuk lama.
Oleh itu sentiasalah berfikiran positif.Gunakan sebaiknya anugerah minda yang di berikan kepada setiap manusia. Anugerah allah kepada manusia tiada bezanya.kedudukan atau taraf manusia berbeza kerana cara kita menggunakan anugerah ALLAH tersebut dengan cara yang berbeza , kerana itulah hasilnya berbeza...
9 comments:
Setuju. Think positif, barulah apa yang kita hajati akan kita perolehi InsyaAllah. Tapi kalau tak dapat pun, kena selalu positif, mungkin sudah bukan rezeki kita dan masih banyak lagi yang menanti untuk kita di luar sana asal kita berusaha untuk mendapatkannya.
Assalam..
setuju...sentiasa berfikiran positif dalam banyak perkara.Jangan biarkan unsur negatif mempengaruhi kita dalam membuat keputusan.
walau macam mana pun kita perlu bersykur atas kurniaan Allah...
assalamualaikum amy..
benar pandangan amy itu..kawalan minda yang positif akan menerbitkan hasil yg positif jua
setiap manusia dilahirkan dgn kelebihan yg ada kalanya tidak diketahui diri sendiri. jadi banggalah jadi diri sendiri.
Assalamualaikum Amy
ikut hati = mati
ikut rasa + binasa
Wassalam
setuju,good entry
insyAllah ;)
bljar bermule dr kegaglan then insyaALLAH, kan berjaya nnti.. :)
pasti ada hikmah diatas setiap apa yg allah berikan+ujian~
Post a Comment