Jan 20, 2011

Kerana status akan mengundang fitnah


Whoahhh!!! Macam kontroversi je tajuk entri aku hari nie. Tapi macam biasa entri-entri yang aku taip setiap hari dalam blog nie bukan lah untuk mencetuskan kontroversi tapi sekadar nak berkongsi pendapat dan pandangan serta informasi saja. Aku langsung tak ada niat nak mengutuk , mengumpat atau mengata orang melalui hasil penulisan aku . Mana yang boleh di jadikan teladan kita ambil la sebagai ikhtibar tapi kalau ada salah dan silap tue cuba la betulkan * tapi jangan pula kalau tak setuju terus maki hamun sesedap rasa dengan bahasa yang tidak sepatutnya , itu tak beradap namenya*..

Lagi story mengenai facebook..:) Sekarang nie aku dah mula terbuka mata bila semakin hari aku lihat semakin ramai anak-anak Adam mula leka dengan facebook. Kenapa aku cakap macam tue sebab baru-baru nie aku ada terlihat seorang hamba allah nie yang belajar sama dengan aku , sudah berkahwin dengan si polan lain tapi di dalam facebook statusnya di tukar kepada si polan lain. Dengan alasan saja nak mencetuskan kontroversi. *nie yang kuar dari mulut mereka ok*.

Kami rakan-rakan yang sedar akan hal nie terus bertanyakan kepada si perempuan nie. Bukan niat nak masuk campur atau nak menyibuk menjaga tepi kain orang tapi kerana kami sedar perbuatanya itu akan menimbulkan fitnah. Hampir semua rakan mempersoalkan hal nie. Kesiankan isteri kepada lelaki itu yang sedang dalam pantang dan si perempuan pula masih bersuami. Apa la perasaan suami dan isteri mereka kalau lihat perkara nie kan:(..

Nauzubillah minta simpang la dalam kehidupan kita..Perkara macam nie pun boleh di buat main. Tapi tak boleh buat apa la sebab ibunya sendiri tahu hal ini tidak berbuat apa-apa , inikan pula kita orang luar. Aku sebagai rakan just nasihatkan saja , nak ikut -ikut la tapi kalau tak nak pun tak pe as a friend aku dah jalankan tanggungjawab aku selebihnya pandai-pandai sendiri la menilai baik buruknya perbuatan yang di lakukan.. Aku tak rugi apa-apa pun;)..

So nasihat aku kepada mereka-mereka yang obses dengan facebook nie..Gunakanlah laman sosial ini sebaik mungkin tapi jangan sesekali korang salah gunakan kerana kelak diri sendiri yang akan dapat susah kerana apa, kerana diri sendiri yang mengundang padah;).


Note : Aku sedaya upaya sebenarnya tidak mahu mengata orang sebab takut jadi pada diri sendiri tapi daripada aku elok-elok nak elak dapat dosa mengata kan dah dapat dosa free-free sebab tercakap dekat sini:(.

21 comments:

sarah-najwan said...

status kat fb ni
seelok2nya jgn lah tentang emosi atau tmpat lepas geram..nati diri sndri yg malunya..
ada baiknya ttg perkara suka2..hal2 rutin..tu je

akak skrg da lama xbuat status kat fb..fb hanya utk ping blog je..hehhe

::FAIZ:: said...

saya dah jarang update status fb

Tieah Madian said...

Betul tu..
Yg suka gak tukar single ke its complicated tu pun kdg menyampah gak tau..
Bukan ape, selalu sgt tau tukar.. *Rimas
Mula in a relationship with bf dia, bila gaduh tukar single then bla ok ckit tukar plak its complicated, pastu tukar lg in a relationship..
Bila mula terasa bahagia sgt tukar married padahal tak nikah lagi pun..
Last2 aku hide je org cmtu..
Menyampah tau dan bila aku bersuara dalam hati dah rasa berdos plak mengata, so baik hide dia jadi tak lah nmpk lg perbuatan yang buat aku rasa sesak nafas tgk..
~Emo sungguh

Ayuni said...

hm, sye x ske fb sbb kt c2 tmpt org mengutuk, maki hamun org....

zulkbo said...

salam..
nasib baik saya
tak kemaruk langsung
FB nih..tapi blog??
ermm...sendiri mau ingat
he he..

Tuan Din said...

ermm apa yg dia buat tu mmg salah.. walaupun bergurau & suami isteri masing2 tahu... pasti ada terdetik persoalan di hati....

eelobor said...

setuju tu sis, saya pun dah beberapa kali buat entri pasal nie.

munna said...

selalu gak tgk status diaorg ni kejap berubah ..ari ni tulis dah kahwin esok single ..sat lagi tulis lain pula... pening2....bagi yg tahu tu takpelah ...mana yg tak tahu mmg boleh sebabkan fitnah

atuk said...

Assalamualaikum Amy

gunakan kecanggehan untuk pembangunan diri atau orang lain

Wassalam

Nurul Baiti said...

aduii ni mcm punya case pun ada ke..
macam2 hal le orang sekarang..betul tu nana kita mintak hal2 yg negatif mcm ni dijauhkan dari kita dah..jangan sesekali kita meniru aksi annoying tersebut :)

white rose said...

btul tu amy...
ramai sngt yg salah gunakan FB...

ada yang maki2 orang, kutuk2 orang, perli2 orang...

siap tulis kat status lagi tu...
ape kes?


kes tak kes, i dah jadi mangsa keadaan FB...

azieazah said...

Kita boleh tahu samada seseorang itu obses dgn FB atau tidak.

Lihat status dan lihat pic profile. Jika aktif... tahula.

Lina said...

emmm yg penting niat kita berfb tu aper...klu stakat nak cari kawan lama nak nambah kenalan ok lar tp klu dah ke lain tu mmg tempah nahas lar

BIONIC WOMEN said...

kita jarang2 tulis status dalam fb..memang sangat jarang..cuma update blog, dan kekadang komen perkembangan terkini kengkawan..itu ajer

ch!natsu said...

xpe at leats kamu ckp ia dpt mengingatkan ktorg yg membaca.. kan? =)

Panglima7 said...

Salam Amy, selagi kita tak sebut siapa dia.....tak dosa. Lainlah kalau kita sebut siapa si polan tuu dan semua orang tahu...itu baru dosa.

Mengumpat terbahagi kepada dua. Satu tak boleh...dosa....dan satu lagi boleh didedahkan.
yang bawa kpd dosa....mengumpat jiran, rakan dan sesiapa sahaja dgn syarat...org yg mendengar tahu akan siapa kita maksudkan.

Mengumpat, mengata yg dibolehkan...adalah mendedahkan perilaku orang yang dipilih oleh masyarakat atau rakyat sebagai pemimpin. Dan pemimpin ini tidak amanah dalam menjalankan tanggungjawab dan melakukan penyelewengan untuk kepentingan diri. Ini perlu didedahkan supaya masyarakat tidak tersalah memilih pemimpin sebegitu. memang pemimpin ini akan malu...tetapi malu itu untuk dia sedar dan kembali ke jalan yang diredhai Allah SWT.
Harap maklum

Wallahualam.
Panglima7

Penjejak Mimpi said...

itu baik dan buruknye FB.
tepuk dada tanye selera,..

Kakzakie Purvit said...

Salam Amy,

Banyak yg menggunakan kemajuan teknologi kearah yg negetif. Kelalaian dan penipuan banayk terjadi dlam melayari FB.

p/s: No FB buat anak-anak waktu hari sekolah. Cuti sekolah bagi 2 jam sehari.

Mama Zharfan said...

kalau spesis miang and suka curang, kat mana2 pun boleh, bukan takat kat FB ajer kan :) cuma FB lagi memudahkan kes2 gitu

amy, nak tanya, mcm mana cara nak buat quote kaler corak2 dlm box tu (mcm yg buat kat entry ni)..me buta bab2 ni..teringin nak buat gak :)

Mama Zharfan said...

me dh click ur HB banner tu :) me memang click kat semua blog yg me terjah :) tlg kwn2 kan--lg pun kira derma 4 sen ajer per click :)

misSbLurRy said...

nak update status biar elok2...kot nak gurau pun jangan mention nama...

ntah la...pandai2 la kan..dan org yg membaca pon..kot kalau salah paham..pandai2 la bertanya dulu..
jgn sesuka ati wat andaian sendiri

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign