Pada suatu hari, ketika sepasang suami isteri duduk makan diruang tamu, datang seorang pengemis berpakaian lusuh , comot dan berbau busuk meminta belas kasihan mereka.
"Tolonglah encik, saya lapar, sejak semalam saya tidak menjamah sesuap nasi." Dengan muka bengis, si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu.
Dalam hatinya berkata "Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain, tetapi untuk diri dan keluargaku." Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah.
Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terpaksa menceraikan isterinya kerana tidak mahu isterinya turut menderita sepertinya. Setahun kemudian, isteri yang masih cantik itu berkahwin pula dengan lelaki lain.
Pada suatu hari, sedang si isteri dan suami barunya mengadap makanan, tiba-tiba datang seorang pengemis mengetuk pintu sambil meminta belas kasihan. Mendengar rayuan pengemis itu si suami menyuruh isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan seperti yang mereka makan.
Setelah memberi sepinggan nasi kepada pengemis itu, si isteri menangkup muka sambil menangis. Si isteri mengadu si pengemis itu sebenarnya adalah bekas suaminya yang dulu pernah menengking seorang pengemis.
Suami yang baru itu menjawab dengan tenang. "Demi Allah, sebenarnya akulah pengemis yang dihalau dan ditengking dulu!".
Setelah memberi sepinggan nasi kepada pengemis itu, si isteri menangkup muka sambil menangis. Si isteri mengadu si pengemis itu sebenarnya adalah bekas suaminya yang dulu pernah menengking seorang pengemis.
Suami yang baru itu menjawab dengan tenang. "Demi Allah, sebenarnya akulah pengemis yang dihalau dan ditengking dulu!".
Cerita ini memberi pengajaran bahawa hidup kita seperti putaran roda dan tidak selalunya diatas. Ada masa ketikanya kita akan turun kebawah dan naik semula atau sebaliknya.
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya : "Sedekah itu dapat menutup tujuh puluh ribu kejahatan".
Anas b. Malik pula meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w ada bersabda bermaksud :
"Barang siapa mempunyai harta, maka bersedekahlah dengan kekayaannya, barang siapa yang mempunyai ilmu, maka bersedekahlah dengan ilmunya dan barang siapa yang mempunyai tenaga, bersedekahlah dengan tenaganya".
22 comments:
Salam
Syukuri nikmat yg Allah beri
wah,header dah bertukar..cantik :)
menarik..menginsafkan..
tertulis dlm al quran tentang infaq.. dari awal quran sampai abis... bahawasanya Allah menyukai orang yang berbuat kebajikan..
moral of the story..
'what u give u get back!!'
alhamdulillah..
betul kata akak.. hidup ni roda. secara tak langsung ia akan datang balik kepada kita.. Allah maha besar kan^^
touching
satu pengajaran bagi orang2 yg sombong dan angkuh dgn kekayaan diorang
bagus kisah ni... sebab manusia tak selalunya senang, adakalanya dia kena pandang org yg berada dibawah~
insaf...
ambik ikhtibar dr cerita nih. jgn angkuh dan sombong..masa depan blm pasti dan perbanyakkanlah amalan kebajikan
sedekah tidak akan mengurangkan harta..malah menambahkannya lagi..
kalau ada rezeki lebih tuh sedekah laa allah akan limpahkan lagi berlipat kali ganda insyallah..
sedikit kita memberi kepada yg benar-benar memerlukan akan membuat kita mendapat limpahan rahmat yang tidak terhingga dari doanya. (Doa dari org susah)
sedekah akan menggandakan harta kita
Assalamualaikum...
Sedekah membersihkan harta dan menyucikan diri kita.
sedekah dengan ikhlas, walaupun sedikit dan kecil jumlahnya namun amat besar nilainya kepada yang menerima
semoga kita menjadi antara insan yg pemurah
As Salam Amy,
bagus citer nie.....mungkin kisah yg benar2 berlaku dahulu.....good!!
sangat member pengajaran...
Tapi sekarang ni ramai peminta sedekah yg x ikhlas..ada komplot dan ada agensi x bertauliah plak tuh..hadoooiii..
menarik entry kali ni :)
p/s : first time koomen sini.
klu ye pun xnk bersedekah xperlu berkasar dgn org kn..pengemis tu manusia jugak..ada hati , perasaan..=)
amy baru perasan header ber tukar yeeeee nice laaaaa
saya keliru untuk bersedekah pada pengemis sekarang tak tau yg mana betul yg mana palsu.. jadi sedekah terus kepada masjid..
Post a Comment