As'salammualaikum...
Salam perkongsian untuk semua di pagi selasa. Hari nie aku nak share satu story yang mungkin korang pernah dengar atau baca sebelumnya. Semoga kita mendapat ihtibar dari cerita tersebut. Suatu masa dahulu , ada seorang saudagar menjual kopiah dari sebuah kampung ke sebuah kampung yang lain. Dia menggendong kopiah-kopiahnya yang telah di ikat di dalam sebuntil kain ke merata tempat untuk di jual.Setelah penat berjalan , saudagar itu berhenti berehat di bawah sepohon pokok di pinggir hutan.Oleh kerana terlalu penat saudagar itu terlena.
Tidak berapa lama kemudian datang sekumpulan beruk di tempat dia berehat. Beruk-beruk tersebut turun dari atas pokok dan mengambil kopiah-kopiah saudagar itu lalu memakainya seperti mana saudagar yang sedang lena tido itu.Sebaik terjaga, saudagar itu mendapati buntil kainnya berselerak dan tiada satu pun kopiahnya yang tertinggal kecuali kopiah yang di pakainya. Apabila dia memandang ke atas pokok , dia melihat sekumpulan beruk memakai kopiah-kopiahnya di kepala mereka.
Dia kemudiannya membuka kopiahnya lalu menggaru-garukan kepalanya sambil memikirkan cara terbaik untuk mendapatkan ke semua kopiah-kopiahnya. Tanpa di sedari , beruk-beruk itu meniru gelagat atay perbuatan saudagar itu tadi.Keadaan ini memberi ilham kepada saudagar itu untuk melambungkan kopiahnya dan menyambutnya beberapa kali .Beruk-beruk itu memerhati dan kemudiannya meniru kelakuan saudagar itu.Malangnya apabila beruk-beruk itu melambungkan kopiah , beruk-beruk itu tidak dapat menyambutnya semula lalu jatuh ke bawah.
Di penghujung cerita , saudagar tadi berjaya mendapatkan kembali ke semua kopiah-kopiahnya kerana sikap beruk-beruk tadi yang meniru kelakuan saudagar tanpa menyedari implikasinya. Apa yang boleh kita boleh rumuskan dari cerita di atas , kadangkala kita bertindak seperti beruk-beruk di dalam kisah tadi. Ini kerana , kita begitu mudah untuk meniru dan mengikut orang lain. Persoalannya sama ada kita tahu apa yang di tiru baik atau sebaliknya tidak pula di fikirkan.Sama-samalah kita renung dan fikir-fikirkan.
4 comments:
renung2 kan...
ambil iktibar bersama
hmm..byk hikmah yg tersembunyi..
salam
1st time baca cerita ni...setuju sangat,,jadilah diri sendiri,kerana itu lebih baik =)
Post a Comment