Selamat hujung minggu semua.. Apa program korang hari nie! Tak pergi tengok cerita khurafat ke... Huwaaaa!!! Jelesnya aku , setiap kali orang dok perkatakan pasal filem Skop Production nie , hati aku mesti terasa. Mana tidaknya aku tak dapat menonton cerita nie.Bukan cerita nie je malah semua cerita yang di tayangkan di pawagam aku pasti terlepas. Bukan sebab malas nak ke panggung tapi sebab kat sini tak ada panggung wayang.Kalau ada pun panggung wayang kulit je. Sedih kan ...
Ok stop cerita pasal nie nanti bertambah sedih pulak , ahaks* sapa suruh mulakan* Sekarang meh aku cerita pasal jemputan aku ke rumah blogger baru-baru nie. Sebelum aku teruskan story , terlebih dahulu aku nak minta maaf dekat adik Yana sebab lambat post entri nie , semalam busy sikit la dear dan terima kasih di atas komen yang di tinggalkan *mengingatkan aku untuk update story nie*.
Actually rumah blogger yang aku pergi baru-baru nie adalah rumah blogger Hisbani staff kepada en.hubby aku.Rumah beliau nie di Kok Lanas so kalau dari rumah kami perjalanan mengambil masa dalam satu jam jugak kerana jalan kuala kerai nie laluan utama ke Kota Bharu jadi memang banyak kereta.Sesampai di rumahnya majlis pun sudah berlangsung.Seronok lihat budak-budak ramai dan macam-macam gelagat ada. Aku yang excited sangat pergi sebab nak jumpa buah hati aku aka anak angkat aku QALEESYA.* anak kepada adik Bani* Serius memang tak puas dukung eisysa baru nie sebab eisya bad mood baru bangun tido.
Di sepanjang majlis yang sederhana dan meriah tue ada pula satu kejadian yang sangat melucukan. Biasa la kan kalau ada majlis hari jadi mesti la ada belon. So budak-budak yang ada di situ apa lagi memecahkan belon yang ada. Aku yang di dalam sedang menyantap bile mendengar bunyi belon apa lagi terus bersuara sehingga tidak menghiraukan tetamu yang ada. Malu siut melatah tak kena tempat sampai semua orang ketawakan aku. Perghhh!!! time tue buat muka tebal je la nak buat macam mane kan , dah itu penyakit aku yang belum ada penawarnya. Tapi serius memang malu....
Ops sebelum terlupa nak story gak makanan yang di hidangkan memang best. Roti jala sama dengan bihun goreng tapi sayangnya aku dapat menyantap sikit je sebab perut masih kekeyangan. Sampaikan Ibu beliau menegur suruh aku menambah makanan. Katanya aku kena tambah sikit berat badan sebab nampak kurus dan kecik sangat.OMG! sekali lagi orang menegur badan aku , so apa lagi semalam aku dah mula makan banyak. Kira setiap jam aku akan pastikan ada je makanan yang aku makan so hope pasni bila jumpa , Ibu beliau akan tegur badan aku sudah berisi haha... boleh ke gitu!! Ok la jom cuci mata dengan gambar yang sempat di ambil...
Suasana di majlis hari jadi..
Papa dan mama bergambar dengan Qaleesya
Bergambar dengan Hisbani blogger Chinta Hati Ibu
Sayang Qaleesya...
*****End*****
20 comments:
melatah rupanya amy ni :)
MDT memang seram dengan belon mase kecik2 dulu..kalau ade game tiup belon, kompom MDT lari jauh2 dulu..haha!
Assalamualaikum Amy
seronok bertemu bloger
bertambah keriangan, bermesra dgn anak angkat tuu
Wassalam
wah maveles baju amy
syoknya dikk dpt bergumbira dgn blogger2 nie .. hermm pasni leh akak buat gather2 di ktn dgn blogger pahang .. nanti amy dtg ya :)
Wahh seronoknya dapat join bebudak kat majlis besday.
Ahaa AMY, makan banyak skit.. selagi lalu kata orang. :)
hehhe...buat selamber je bile termelatah...nak buat cm ne...dh melatah..
ahhahaha terpacak saya kat situ.. bulan 4 ni datang pulak yee.. ada majlis lagi
lawanya amy pakai tudung :)
moga cepat2 dpt baby ..Amiin
me dtg click ur HB utk ari ni :)
alala comelnya qaleesya tu..
syok nyer, dpt jumpe2 mcm nie kan..nk gak niesz jumpe akak..hehe..
salam
setuju dengan mama zharfan, mmg comel kat amy pakay tudung, dan baju tu mmg maveles :)
seronok kan kak main dgn baby..semoga impian akak mahu dapat baby tu akan dimakbulkan...amin3...
amy dan qaleesya...sama comel je
assalamualaikum..sy baru 2 kali jumpe member blogger..pasti seronok kan
Salam Amy,
Rajin jumpa teman blogger.
Tak nak jumpa kakak ke?
Datanglah JB...
suka tgk gambar mama & papa with the baby...
anak buah white ade nama Qaleesya...
cute je mcm Qaleesya nih...
amy, SEMOGA IMPIAN AMY & EN HUBBY tercapai yee...
white doakan...
Amy melatah sebut apa??
Cercite... cercite....
dlm pic terbaru ni kak amy n hubby nmpak kurus la kak..
bila kita nk ketemu ye? hehe
salam
bestnya,teringin nak jumpe Amy :)
Post a Comment