Jan 10, 2011

Story sepanjang perjalanan ke Penang-Ipoh-Kb


As'salammualaikum dan selamat pagi semua...

AJL sudah pun berakhir semalam samaada kita suka atau pun tidak dengan keputusannya kenalah terima. Aku ada sedikit tak puas hati sebab lagu yang aku suka tak memang :( mungkin bukan rezeki dia kot. Lagipun semalam aku bukan fokus sangat tengok AJL nie , just tengok mane lagu yang aku suka je selebihnya tengok bola MU lawan Liverpool.;) Ok stop cite pasal semalam! Meh aku nak cite pasal perjalanan aku baru nie..

Jumaat lepas aku ke Penang menemani En.Hubby untuk bermain bola sepak. Sepanjang perjalanan hujan lebat sampailah di satu kawasan puncak gunung di jalan gerik tiba-tiba ada sebatang pokok kayu balak tumbang menutupi jalan raya. Alhamdulillah nasib baik la tak ada kenderaan masa kejadian tue berlaku , kiranya 4 kenderaan termasuk kereta kami lewat beberapa minit saja kalau tidak nauzubillah tak tahu apa akan jadi..:(

Hampir setengah jam juga la menunggu orang untuk datang memotong pokok balak tue.Jalan time tue jangan cakap la kiri kanan jem nasib baik la hujan dah reda just renyai-renyai je , kalau tidak pasti akan menyukarkan lagi dowang untuk memotong pokok tue. Selepas dua jam berada di situ akhirnya pokok yang tumbang tadi dapat la di alihkan dan kami pun meneruskan perjalanan.:) Berhenti sebentar di perhentian titiwangsa untuk makan dan solat zohor.

Sampai di gerik dalam tengahari dan kami meneruskan perjalanan ke Penang dengan mengambil jalan pintas highway NKVE. Sepanjang perjalanan tue hujan tak henti-henti. Dalam hati aku berkata alhamdulillah nasib baik la hujan pasti en.hubby tak main bola nanti. Sekali sesampainya di Penang hampeh baik punya cerah cuaca. Rezeki dia lah nie!

Perlawanan bola bermula dalam pukul 6.00 petang. Risau jangan cakap la sampaikan naik bosan en.hubby dengar aku dok berpesan. Alhamdulillah nasib baik la sepanjang perlawanan tidak ada pape yang berlaku.Lutut pun tak buat masalah. After perlawanan kami pun bertolak balik ke rumah bonda di Ipoh. Bukan tidak mahu menginap di hotel tapi di sebabkan aku ada sedikit urusan keje di ipoh jadi better menginap di rumah bonda saja. Sesampai di rumah terus minta ayahanda mengurut kembali lutut en.hubby.Nasib baik la ayahanda pandai mengurut kalau tidak jenuh pulak nak mencari tukang urut:P

Keesokkannya selepas settel semua urusan kami pun bertolak balik ke kota Bharu. Di Ipoh cuaca ok je bila masuk je kawasan sempadan Perak-Kelantan cuaca tiba-tiba mendung dan hujan.Bermula dari Jeli hingga la di Kota Bharu hujan je.Nasib baik la kawasan dekat rumah tidak di naiki air kalau tidak naya juga :(.Harap this year tak kena banjir la! Ok jom kita layan gambar pulak...



Masa nie ada 4 kenderaan je termasuk kami..


Hakisan tanah menyebabkan pokok tumbang


Jalan dah mula jem..


Orang sibuk alihkan pokok aku pulak sibuk bergambar
Sejuk je time nie kabus tebal tapi risau jugak
risaukan gajah dengan beruang...;)


Meneruskan perjalanan kembali!


Masa di Penang


Pintu gerbang taman rumah Bonda!



Next week kena out station lagi ke kuala lumpur-ipoh- kota bharu. Nampak gayanya kali nie kena naik flight nak drive sendiri confirm tidak di benarkan.Nak naik bas lagi la bahaya fobia dah selepas kejadian bas baru-baru nie jadi jalan terbaik naik flight saje cepat pun cepatkan..




















17 comments:

noor said...

takut tgk yer amy pokok tumbang tuh..
4 kereta jer pulak tuh
syukur alhamdulillah selamat tiba

Sheherazade said...

salam

syukur la xde ape2...cantik ye pemandangan kat situ

Anonymous said...

huh mujur pokoktuh tak mencederakan sesiapa..takutkan musim2 hujan nie bleh jadi tanah runtuh n banyak lagilah yang merbahaya..syukur perjalanan selamat=)

Normaliza said...

syukur semua selamat kan. amboi..sempat lagi posing tu.. :)

Kakzakie Purvit said...

Salam Amy,

Masih berdua jalan tak leceh... tak ada gangguan rengekan itu-ini. Walau jem masih sempot posing lagi.

Jalan puas-puas selagi masih berdua nie. He..he...

me suya said...

alhamdulillah
nasib baik perjalanan akak selamat
wahhh kuatnya outstation^^

::FAIZ:: said...

Bahaya tanah runtuh ni.....

Fazleyatul Aini said...

ush busy nye dia slalu o/station ek

sahromnasrudin said...

kalau jumpe gajah, mesti awak dh snap picnya kan hehehehee

NM02 said...

tak sudi ke follow kita? sedih arrrrr.. *_"

munna said...

syukur takde perkara buruk yg berlaku ... klu pergi sorang2 baik naik flight amy... tak larat nak drive jauh gak tu ..lenguh urat saraf satu badan nanti...

Tuan Din said...

mak aiii.. jauhnya meronda...

bunga_rose said...

alhamdulillah, perjalanan pergi - balik selamat..

btw, keciknye amy ni.. hihihi..

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

dtg png ritu ek...kt mn men bola tu?

kak eina said...

Alhamdulillah selamat pergi dan pulang.. itu gambar amy ke , keciknya amy ni dah macam budak umur belasan tahun pulak.Kalau sudi story la sikit tentang diri amy.Amy kerja apa ye!

ummie bonda said...

Bahayanya jalan tu.amy kerap out station keje apa? kalau lihat pada gambar nampak macam seorang pelajar je.

.::: Princess MOMOY :::. said...

lama momoy tak g penang
urmm...dulu pergi pun time pesta penang


Beza Antara HARIMAU MALAYA Dan HARIMAU MALAYSIA

Sebab Mengapa HARIMAU MALAYA Tidak Boleh Ditukar Kepada HARIMAU MALAYSIA !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign