Mee celup adalah sangat popular sejak kebelakangan ini. Aku musykil! bukan musykil apa. Aku musykil macam mana rupa mee celup ini dan adakah sedap rasanya. Dengar cerita dari `aunty hubby', mee celup nie sangat popular di negeri Kelantan. Tapi adakah rasanya sama enak dengan meehun sup utara kegemaranku yang dimakan dengan sambal kicap atau sambal belacan tue?
So hari nie buat pertama kalinya aku santap mee celup.Boleh tahan juga rasanya. Aku beli dekat area HUSM kubang kerian. Masa beli tue agak terasa kembang sikit tekak , bila melihat kuahnya bewarna kehitaman. FIL pulak dok menyakat aku. Tapi di sebabkan dah nekad nak cuba rasanya. alhamdulillah sedap boleh di terima. Warna kuahnya saja hodoh sikit tapi rasa memang superb best.Korang dah pernah cuba makan tak! Aku yang first time rasa nie pun dah mula jatuh hati dengan mee celup. Tapi MIL kata nak makan mee celup nie kena tengok tempat juga ada setengah tempat x berapa sedap mee celupnya.
Dari hasil pembacaan di enjin carian google boleh di katakan orang² pantai timur terutama di negeri Kelantan memang suka sangat makan mee celup nie. Malah mereka yang merantau mencari rezeki di luar Kelantan pun pasti mencari mee celup ini untuk melepaskan rindu pada makanan ini.Betul la kata orang negeri Kelantan nie mewah dengan makanan. Nanti bulan puasa lagi la seronok melihat pelbagai juadah makanan di jual.
17 comments:
Teringin juga nak rasa Mee Celup. Kalu ada kicap, mestilah sedap tu.
wahh, pertama kali saya dengar nama masakan ni... teringin nak merasanya bila tengok pic tu..huhuhu.. slurrppp
sekali tgk macam mee sup pon ye gak ek.
wah sedapnya mee celup.. i like!
nanti nak belajar lah makan mee celup.. huhuhuhuhu
Tak pernah lagi rasa mee celup. Kat Johor rasa takde jual mee celup ni..huhu
p/s: amy, tq ya...check loading blog akak. Ok ya, kadang2 bila refresh rasa lambat je loading, tu ingat berat...thanks again.
salam..meme celup meme soho d kelantan..sedapp..
salam
mee celup memang sedap kak =)
lama dah tak merrasa mee celup. nak balik tanah air!
Amy, pe bezanye dengan mee yang biase tu? Kuahnye saje ke? PM tak penah try makan mee celup tuh..
wahhh sedappp! astina nk emel adress tuan punya blog bole? mel ke dygastina@gmail.com
nk invite ke blog
kakkkk
teringinnya nak balik makan mee celup..lagi sedap kalau dpt mkan kat tepi pantaiiii :)
alahai..
sodap eh mee colup tu..dah lamo tak makan..hehe
alamak dear..tak sempat nak buat n3 baru lah..tah kenapa sejak kebelakangan ni bos suka duduk sebelah kass..huhuhu
xpernah makan. nanti leh cuba kalau jumpa..jauh tu klo nak makan
tak penah mkn . sedap ke ??
yup, setuju.kelantan mmg byk mknn yg best2. yang bukan org kelantan pun skg ni suka mkn mknn dari sane
kadang2 rupe tu kena ignore je,rase best hehe
Post a Comment